Bila Hang Buah Mendapat Buah

Penulis: wanmus Kategori: Buah | Buahan Tempatan | Epal | Internet | Kesihatan | Khasiat | Rambutan Tarikh: 08 August 2010 | 20 komen

Hang Buah ye bukan Hangtu Buah..hehehe..Yerlah saya ni memang suka sangat buah-buah ni sebab buah banyak khasiat untuk kesihatan..lagi2 buah-buahan tempatan.Mujjorlah ayah saya adalah kebun buah-buahan kat kampung antaranya buah durian, rambutan, manggis, dokong dan buah salak..lagi-lagi ni dah musim buah kan..ayah cakap buah banyak sangat..tapi nak balik tak berkesempatan..

Jadi kebetulan bas pejabat ayah ada kerja kat Putrajaya, jadi ayah tumpangkan 3 kotak buah tu ikut bas tu..saya gi amik ngan driver pejabat ayah tu kat depan zoo negara..alaa dekat skit sebab kan nanti pening pulak driver tu nak cari rumah kat wangsa melawati ni kan..hehe..

Ok, ni nak kenalkan kepada sapa2 yang tak kenal buah-buahan tempatan ni..lagi2 pada bakal anak2 kita nanti..Mungkin buah2 ni dah susah mereka nak tengok..manelah tahu..sebab diorang mungkin lebih kenal buah epal dan anggur dari buah dokong, duku ataupun salak. Tapi jangan tak tahu, buahan tempatan lebih berkhasiat dari buahan import tau. So buah-buahan tempatan sangat bagus untuk penjagaan kesihatan tau.

  1. 1- Buah Rambutan (nama saitifik Nephelium lappaceum) – Tahukah anda khasiat buah rambutan ini bagus untuk ubat kencing manis? Wahhh..saya pun baru tahu tau..selain tu, ianya boleh juga digunakan untuk ubati penyakit disentri (keradangan usus), demam, menghitamkan rambut beruban, sariawan atau kita panggil ulser mulut tu.. Untuk cara mengubati penyakit ini, boleh layari web ni: khasiat buah rambutan ubati penyakit
  2. 2- Buah Dokong (nama saitifik Lansium domesticum Corr)..buah dokong ni ala-ala gabungan langsat dan duku..manis dan tak kelat dan tak masam..isinya besar dan sangat sedap..asalnya dari thailand. Buah ni susah skit nak dapat sebab kebanyakkannya hanya ditanam sekitar negeri dekat thailand je iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah..
  3. 3- Buah Salak (nama saintifik Salacca Edulis)- Buah ni kulitnya bersisik dan tajam..harus hati-hati nak kopek sebab tersilap kopek, habis tangan. Rasanya pula ikut jenis. Kalau yang biasa ni rasanya kelat skit walaupun dah masak. tapi kalau salak baka indonesia yang ayah saya tanam ni, muda lagi dah manis..kalau masak tu memang sangat manis..hoho..salak mengandung kalsium, tanin, saponin, dan flavonoida. Salak juga bagus untuk kesihatan mata.

Nahh…so lepas ni kalau ada buah tempatan, makan buah tempatan aje dulu..



  1. Dayat

    wanmus…ada benda nak tanya pasal jomhosting ni..ym aku asap dewa_kesunyian88

  2. Faizal Syukri

    sodap wooo…
    smlm blk kg, kenyang mkn buah je..
    duku, langsat, rambai, rambutan, durian, timun cine (heheheh) dan macam2 adaaaaaaaaaaaaaa.. woh pauh pun ade.. mule2 makang colek.. pahtu wt jeruk manih…

  3. wanmus

    salam. jika berkaitan Jomhosting, sebaiknya buka support ticket di http://www.jomhosting.net/billing/submitticket.php
    bagi elakkan persoalan awak terlepas pandang.. TQ

  4. wanmus

    hoho..memang best tu boh..

  5. karim

    buah salak tu meh le sini sikit….hehehe…

  6. wanmus

    sekarang ni tinggal untuk tatapan sahaja..hehe

  7. Faizal Syukri

    balik sni asyik skt perut aje. buah2an dh cuci perut.

  8. apiih

    my fav..ofkos la rambutan…ehehehehe

  9. wanmus

    tulah pasal..makan fiber banyak sangat..hehe

  10. wanmus

    my fav dokong..hehe

  11. Fazli

    ni bukan hang buah dah. boleh jadi raja buah. anyway info kesihatan untuk setiap buah tu memang best. tak sangka rambutan tu boleh jadi penawar kencing manis. saya ingatkan lagi tambah manis adalah.

  12. mijie

    aku pun baru minggu lepas balik makan buah dkt rumah mentua, rambutan, langsat, dan durian 🙂

  13. akuorgkmpng

    trsa lapaq pulak bila trpndng buah buah ni.. hehehe

  14. jutawansenyap

    perrrrrrrrrrrrr gambar buah tuh menyebabkan aku nak gi kedai jap cari buahan

  15. akuorgkmpng

    dh beli ke belum?
    bak bak la kt org sebelah ni.. hahaha

  16. jutawansenyap

    meh datag umah aku makan buah ..mcm buah aader buah betik ,jagung dan yang pasti tempatan punyer he he 🙂

  17. SYAIFUL AZHAR

    lain kli bli la byk2 ltih mnaip ni
    hehehe

  18. SYAIFUL AZHAR

    dtgla dusun ak byk buah dkong kt kedah

  19. SYAIFUL AZHAR

    umah ko kt mna bro ??????

  20. creamanisa.org

    trsa lapaq pulak bila trpndng buah buah ni..