Aqilah Dah 5 Hari

Penulis: wanmus Kategori: Anak | Ayah | Bayi | Penyakit Tarikh: 25 March 2011 | 33 komen

Alhamdulillah..dah 5 hari saya bergelar ayah (insyallah mithali..hehe).macam2 cabaran dan dugaan dah belajar terutamanya menjaga anak, isteri yang berpantang, gi bawak bayi gi klinik dan macam2 lagi..best dan memang seronok sebab pengalaman baru.tapi masih lagi kuning..

Mujjor kerja sendiri dan ada partner yang bantu jaga bisnes yang terpaksa ditinggalkan sementara. Bukan tinggal sepenuhnya cuma kejap-kejap je dapat tengok bisnes..mujjor juga sebab bisnes internet, jadi dapatlah buka di mana-mana untuk semak sekejap.

Ok balik pada Aqilah..hari ni dah berumur 5 hari..tapi hati ayahnya ni masih gundah-gulana sebab kadar kuning semalam sangat tinggi. Kelmarin gi cek kat klinik, kadar kuning tu 212, tapi semalam dah 251!!pergghhh naik..risaulah satu rumah ni takut-takut kene tahan kat hospital..yerlah kalau tinggi dan tak turun, kene masuk wad lah jawabnya sayangku sorang ni duk bawah lampu tu.

Jadi balik tu teruslah bagi buah anggur hitam yang dilenyek..bagi isap air anggur tu. pastu paksa jugak minum susu..hmm sampai petang dia wat derkk je..hisap susu pun sikit2 je..tapi alhamdulillah lepas maghrib tadi dia dah reti menangis dengan kuat dan kerap lapar..selang 2 minit menangis nak susu..pastu hisap susu dah mula banyak berbanding 2 hari lepas..suka tengok sebab bayi yang kuning ni perlu minum susu banyak supaya kerap buang air.

Kuning ni disebabkan kandungan Bilirubin dalam darah tinggi dan diukur dalam unit mmol/l. Natural kandungan ialah pada kadar 17-170 mmol/l…lagi rendah lagi bagus tau. Jadi bila tinggi kandungan Bilirubin dalandarah bayi, sebab tulah jadi kuning bayi. Bilirubin ni ada dalam darah bayi masa dalam rahim. tapi masa dah keluar, darah akan bertukar jadi darah manusia biasa dan bilirubin ni sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh tubuh bayi melalui buangan air besar dan air kecil..lagi kerap bayi buang air, lagi banyaklah Bilirubin ni dikeluarkan dalam darah bayi dan lagi bagus.

Jadi pagi ni kene gi Hospital jap untuk cek darah aqilah ni sekali lagi..mintak-mintaklah kuning tu dah berkurang..

*Maaf kepada pemenang pertandingan pengkomen aritu sebab masih belum berkesempatan untuk wat duit transfer.Insyallah jika selesai semua ni, saya akan terus wat payment..sorry sangat2..



  1. khairolghani@gmail.com

    kena pastikan dia minum susu ibu dengan banyak,sebab susu ibu yang terbaik..harap2 kuning tu tak main teruk..kesian kat aqilah kalau kena tahan kat wad..

  2. wandisini

    aku juga bakal menjadi ayah tak lama lagi. takut pun ada gak. masih macam tak besedia lagi je

  3. Peja

    waaa, dugaan betul… takpe, dugaan yang banyak beri ilmu nanti… esok2 ambe dah ade baby sendiri, blh lah menuntut ilmu dr deme…

  4. Ramnah Salleh

    Petua org dulu2… pagi2 bawa berjemur bwh matahari sebelum jam 10 pagi… jangan pula tengahari, terbakar nanti anak tu… malam pula jangan padamkan lampu kat tempat dia tidur…

  5. Mus

    rasanya susu kambing pun boleh membantu kurangkan jaundis ni..

  6. wanmus

    Huhu aqilah dah kne tahan wad.dia baru reti hisap susu

  7. Fazli

    anak sekarang macam common dengan kuning ni. anak sya 2-2 ada kuning. sabar je lah ye. nasib baik kerja sendiri.

  8. mat kalut

    best la bro ade gak pengalaman..aku ni bile tah nk ade anak halal nie….nk kawin xde org nakkkkkkkk

  9. freak

    bila la saya nak khawin.. ;D

  10. Amim

    comelnya ^^
    tahniah…

  11. myvitrd

    Tahniah sekarang bergelar bapa.. semoga semuanya sihat sentiasa

  12. exinco

    tahniah buat tuan,semoga bahagia. saya pun sudah merasa sebagai bapa,pasti seronok walaupun kepayahan dalam penjagaan

  13. abutalib

    Tahniah…Dah bergelar ayah 🙂

  14. Saiful Bahrie

    Tahniah Bro Wanmus.. Semoga dimurahkan rezeki lagi hendaknya… lopeh nie kene panggey ‘Uncle wanmus’ la plk.. ahaaha 🙂
    http://www.inforaktif.com –> Settle kn Hutang Kad Kredit dgn EPP (0% Interest)

  15. Rushaidin

    Salam wbt,

    Saya pun insyaAllah bakal jadi bapa. Berkenaan kekuningan tu… apa yg saya tahu boleh cuba minum susu kambing…

    insyaAllah… berkesan…

  16. Kasyidi

    mcm mana doh keadaan anak…?

    anak ambo hari tu pon kena kuning juga.. anak no.2…

    mari ambik susu kambing kat umah ambo.. cuba ikhtiar. Insya-Allah…

  17. zam

    Aku dah merasa menjadi bapak.. insyaAllah bulan 11 yang kedua pulak..doakan kami ..
    Tahniah Wan, pasal anak kuning tuh… kena banyak minum susu ibu… kalau tak jemur, atau susu kambing.. jgn bagi banyak plak susu kambing…

  18. wazy

    salam
    comel anak bro ni
    seperti komen-komen di atas ,saya syorkan juga susu kambing,dulu ada gak anak jiran kene kuning macam ni

  19. zaki

    TAHNIAH!

    pengalaman saya lak.. masa dlm perut mak dia lagi dah bagi makan spirulina.. Alhamdulillah… kuning skit jer.. mandikan dengan ‘daun bunga betik’ beli kat kedai ubat cina.. 3 kali mandi dah clear…

    Selamat jadi bapak!

  20. azzu hasni

    Comel giler bb nie. klu la sy dh nikah n punya bb… pasti sy ingin bb secomel dia, susu kambing??? bkn ker panas? TANYA DOKTOR PAKAR SEBELUM AMBIL NANTI MENGIDAPLAK BUDAK TU. Anak angkat yang sy jaga dlu ader G6PD. sy paling tkt bab susu. yer la tkt ader bahan kekacang. di minum soya milk. so far so good sb bb xder antibodi lg bwh 6 bln. pastu sy srh ibu dia check susu lain yg sesuai. yerla tkt darah dia pecah. so take care the bb carefully…

  21. akuchey

    tahniah bro baru dapat baby.biasanya bila dapat baby ni rezeki akan lebih murah. moga2 murah ler rezeki lepasni.masa masih baby ni senang sikit jaga sebab asyik tido jer..lapar menangis.

  22. zuriah

    Pengalaman saya..anak 2 orang kuning. Dua2 kena tahan wad…tapi alhamdullilah dia org sihat dan cergas…sebenarnya kuning ini ikut nasib..kadang2 pantang macam mana pun nak jadi jadi juga.kuasa tuhan kita tak boleh halang. Ubatnya hanya susu ibu itu yang penting. ubat2 lain tu..boleh diiktiarkan. Tahniah Wanmus..comel anaknya.

  23. mirlme

    comey anok Tuan Wan Mus… 😀

  24. ain

    tahniah… dah bergelar seorang bapa… comel anaknya…mcm ain dah 3 org anak… semuanya lelaki… masa ank pertama ada kuning jgk masuk wad bila time anak kedua pulak ada kuning tp x pegi ain mandikan dengan ubt cina org panggil bunga cina ada jual di kedai ubt cina nie khas utk kuning… bg ain susu kambing skrg nie tak mcm dulu.. dia boleh menaikkan lagi tinggi apa2 pun susu ibu adalah yang terbaik….

  25. wanmus

    set mandian bayi kat kedai cina tu tak sempat nak beli..pastu ntah jadi kalut macamana, tu yang terlupa terus. tapi mak mertua dah mandikan dengan air inai sebelum tu

  26. wanmus

    Terima kasih bro :))

  27. wanmus

    betul..kita hanya ikhtiar, Allah tentukan segalanya..tu ar, mula2 tu dia tak reti menyusu sangat, tu yang kuat jugak kuning tu..sekarang dah ok dah..alhamdulillah

  28. wanmus

    G6PD memang bahaya tu..silap2 kene tukar darah..tapi anak saya ni dah turun kuningnya..bagi minum susu kambing fresh setiap hari tapi sikit jelah..n perahan anggur hitam..hari cek kat klinik dah makin turun dan dah ok dah..

  29. wanmus

    memang ada kat kedai cina kt KB tu tapi ntah jadi kalut masa lepas keluar wad tu sampai terlupa nak beli..hanya mandikan dengan air inai je lah awal2 tu..

  30. mohamadSaleh

    tahniah, anak adalah anugerah Allah, anak saya pun kene kuning, hampir semua cara buat, 2 kali jumpa specialist. alhamdulillah dah ok… semuanya dgn izin Allah. Banyakkan doa dan sedekah.

  31. wanmus

    apa pun, semuanya dari Allah..kita hanya mampu berusaha dan berdoa..

  32. mohar

    Salam..Sekadar bagi cadangan why not cuba Produk MIZAM gabungan MI,mineral + Z,zamzam + AM,amber

  33. mohar

    cuba sapu madu leh gak,madu asli yg terbaik dari Iran dan Yemen kerna hutan disana kering manakala hutan negara kita basah jadi madu kita banyak air…ada pengalaman sesaorang yg menyapu madu asli dari Iran ni bila kena air panas,,hasilnya dengan izin Allah tak melecur sikit pun.Subhanallah