Wahh..berita panas lagi dan biasanya akan ramai tak suka dan terkejut..yerlah benda yang dah jadi kebiasaan pada kita, mestilah terkejut dan marah apabila benda tu diwartakan sebagai benda haram..Hmmm..tapi hukum tetap hukum..haram tetap haram..tak ada toleransi pada hukum agama ni..wahh takut rasanya..yerlah benda macam ni memang perlu kita kongsi supaya ramai tahu..tulah kewajipan kita semua.
Ingat tak post saya yang dulu masa hanya khabar angin katakan poco-poco tu haram, ramai lah yang komen..post pada ogos 2009 lagi tapi kenapa baru kini disahkan poco-poco itu HARAM..takpelah, better late than never kan..so dah tau haram tu, tolonglah jauhi..nauzubillah dari kita lakukan sesuatu yang HARAM!
Iya, diingatkan yang poco-poco, poco-poco dance, tarian poco-poco tu haram untuk umat Islam. Yang non-muslim tu lantak diorang lah nak menari pun.
Source: masrizalhardy.com
Jangan plak ade yang melenting lagi dan xleh nak terima hakikat pengharaman tersebut… Semoga pintu hati terbuka…
nasib baik tak pandai berpoco-poco.
tarian poco-poco sangat popular dalam malaysia.
aku akan cuba sebarkan berita ini untuk kesedaran kaum islam yang lain
betul..semoga sama-sama jauh dari benda macam ni
betul..sebar-sebarkanlah
akak dah bagitau dulu tapi orang tak nak percaya..nak wat camner
yup better late than never.kalau haram majlis fatwa dengan menteri kene pandang serius lah benda ni coz ramai yg cakap “sy buat erobik dan keluarkan peluh.tu pun salah ker”…perlu ada penjelasan yg details..setakat baca kat surat tu tak paham pun
http://cahayamata123.blogspot.com/2011/03/beware-bpa-free-tetapi-kod-7-pc.html
Haaa… Majlis Fatwa dah keluarkan kenyataan tu eloklah disebar-sebarkan.. apa tunggu lagi kan. Kalau dulu kita cakap takde yang nak percaya, kali ni kalau tak percaya juga tak taulah..
tu ar..ni dah ada pengesahan mufti lagi ni, kalau tak percaya jugak, tak tahulah
tulah salah orang kita ni..pastikan dulu benda tu betul dan dihalalkan oleh Islam..ni mudah sangat terpengaruh dengan idea dari luar ni..ntah kan betul ntah kan tidak
yup..kita ni lah perlu sebar-sebarkan..
bagus!! mmg aku suka sgt.. mmg aku tegah bini aku poco poco..
memang dari dulu aku tak suka benda nih. Bagus la..
saya setuju sangat la.lgpun banyak lagi senaman lain bleh dibuat
adoi. benda dal lame act. kte tgk lah sampai mane tahap keberkesanan pengharaman poco2 ni.
sebab benda ni da lama la baru keluar FATWA ni..sebab nak keluarkan sebarang fatwa bukan ikut suka suka 🙂 bukan sebab maen agak agak ja 🙂 kena faham tu..hukum bukan dijatuhkan tanpa usul periksa atau tanpa sebab.kita dok negara islam tapi islam tu dok kat tepi apa kesss???hehe
sekadar pendapat..
Kalau yg di atas tak mahu ikut, kita geleng kepala sahajalah ~
ini bukan majlis fatwa kebangsaan…
fatwa ini dari jabatan mufti negeri perak untuk di negeri perak sahaja. majlis fatwa kebangsaan dan jabatan mufti negeri2 lain belum membuat apa keputusan mengenai pengharaman keatas tarian ini.
banyak lagi perkara yang patut difatwakan haram selepas ini
Ante ingat haram halal untuk negeri berkaitan shj ka? atau islam di perak dgn islam tmpt lain xsama? Pikiran ante salah. sorry to say, pemikiran ante cenderung kepada politik. Mcm mn mufti lain nk buat kuar fatwa, yg duk bjoget tu bukan bdk2 kampong sawah bendang..
memanglah sesetengah perkara ada perbahasan antara ulamak..tapi sebaiknya kita jauhkan jika dah ada yang mengatakannya haram. Mereka pun bukan suka-suka keluar hukum ni, dosa mereka kene tanggung nanti jika salah keluar hukum..
Wallahualam
sodara hampeh looo, biar majlis fatwa bersidang dahulu…
mufti juga adalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan, 1 mufti salah, ada lagi 12 mufti di malaysia sedia perbetulkan, apa yg perlu dilakukan sekarang cuma buang pengaruh politik, egoisme dalam diri pasti sesuatu keputusan dapat dibuat bersama sebulat suara…
haaa macamane? knp x update latest news? lain kali jgn lah terlalu terburu2..
12 mufti bersidang bersama beberapa panel dan tokoh islam dari serata pelusuk bumi melayu membincangkan mengenai pengharaman poco2 dan keputusannya….
majlis fatwa kebangsaan mengesahkannya ianya tidak haram, tetapi bersyarat..
sebenarnya ana bukanlah penyokong poco2, tidak pernah terlibat walau sesaatpun didalam tarian/senaman ini malah keluarga ana tiada 1 org pun yang pernah terlibat dalam aktiviti ini…tetapi ana beri pendapat tentang rasionalnya pengharaman dari mufti perak tersebut..knp terlalu ghairah? knp terlalu terburu2? adakah ingin menonjolkan diri dikalanagn mufti yg lain?adkah politik? adakah ingin menunjukkan kuasa? ntahlaa
selamat berpoco2…
wasalam
p/s: kpd opoco: mind your words dude!
haram dan halal selalu menjadi polemik.. tapi semuanya tergantung masing2 orang bagaimana menyikapi ini.