Buluh Mas kena serbu Bank Negara
Anda pasti pernah dengar buluh mas kalau anda giat dalam mencari duit lebih..cara perniagaan mudah sahaja..tampal stiker di kenderaan dan dapat duit tiap2 bulan..logik ker? sebab saya banyaknya tengok, tak ada iklan lain yang ditampal selain iklan buluh mas tu sendiri..so dari manakah duit diperolehi untuk bayar pengiklan ni? tentulah rolling dari pelaburan pelabur mereka sendiri..sedih sekali..selain buluh mas yang diuruskan Buluhmas Enterprise Sdn Bhd ada 3 lagi syarikat yang turut diserbu Bank Negara Malaysia (BNM) kerana dikatakan mengambil wang pelaburan secara haram.
Ni petikan dari Utusan Malaysia 14/10/08.
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.
Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.
BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.
Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.
Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.
Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.
Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.
BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.
“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.
Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.
Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.
Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.
Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.
“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.
28 October 2008
Masa 9:19 am
Assalamualaikum..
Ramai orang berkata sedangkan mereka tidak pernah berjumpa dengan ketuanya. Kalau ingin tahu dari mana keuntungan buluhmas perolehi, berjumpalah dengan wakil-wakil buluhmas di setiap negeri. Bersopan santun pun tak berguna kalau berpakaian seksi, berlagak soleh pun tak berguna kalau mengumpat.
Sekian, terima kasih.
29 November 2008
Masa 4:02 pm
p mampus la buluh mas.amer hamzah menipu duit org je kerjanya!….ko ingat berkat ke?
10 December 2008
Masa 2:59 pm
sesiapa yang arif boleh cerita apa perkembangan buluh mas yang terkini
28 February 2009
Masa 12:48 am
Sapa yg boleh bg tau apa perkembangan buluhmas?
28 February 2009
Masa 5:34 am
entahlah..senyap camtu je..
04 March 2009
Masa 12:54 am
jadi, apa la cerita sekarang? BNM kononnya amik masa 3months untuk siasatan,tapi dah dekat setengah tahun dah,takda pun resultnya…apakes??marah ni!!!!!!!!!!!!!!!
macam sengaja mau kasi lingkup buluh mas…..at least, let us know whats going on lar……sampai mana dah siasatanya….apa perkembangan nya…..ini???.BNM sekat,but kedai2 jalan cam biasa, byk pun kedai baru kene buka…..jadi apaaaaaaaaaaaaaaaaaa la tu masalhnya lagi…..sapa punya kepala la yang kasi lambat kerja ni…..
heyyyyyyyyyyyyyy……
07 April 2010
Masa 11:08 pm
harap – harap wang pelabur yang diambil oleh syarikat dikembalikan semula kepada semua, lebih – lebih lagi kepada pelabur – pelabur yang baru melabur dan tidak sempat mendapat pulangan. ni dah kira tipu.cakap lain buat lain.
08 April 2010
Masa 12:23 am
benda camni susah sangat nak dapat balik. swisscash dah berapa lama pun tak dapat2 lagi duit diorang
13 August 2010
Masa 3:16 pm
[…] ramai tak caya bila saya cakap benda tu skim cepat kaya terutama masa kontroversi buluh mas, island read cafe dan stevens cafe, swisscash dan ceramic club yang diserbu bank negara. Mereka […]
18 September 2010
Masa 9:49 pm
ak rase duit yg dilabur bnyak2 2 wat bkk kedai diorg kot….adoi….pening2
12 December 2010
Masa 2:18 pm
Dah makan tahun kes buluhmas belum ada apa berita lagi . harap mahkamah dan kerajaan malaysia ambil tindakan supaya mereka memulangkan deposit pelaburan yg dilaburkan terutama yang baru melabur dan belum mendapat pulangan .
12 December 2010
Masa 10:22 pm
Tgklh mcm yg lepas2.palg kurg 1-2 tahun br dibicarakn.memg lambt n sush nk lepas
07 February 2011
Masa 2:15 pm
bulumas ni macam berkubur je kes dia ni..yg jadi pendeposit pun saya rasa redha jek
07 February 2011
Masa 4:46 pm
nasib baik aku tak masuk lagik buluh mas nih !
07 February 2011
Masa 6:14 pm
byk sungguh kaki penipu skrg ni..
mintak lah di jauhkan drinya
07 February 2011
Masa 6:18 pm
dah dapat duit mudah menipu jer lah kejer deorangf
08 February 2011
Masa 12:37 pm
pernah dengar gak pasal buluh mas ni..byk yg scam skang..kena berhati2 jer
08 February 2011
Masa 1:24 pm
aku pn pernah..
mmg byk kaki penipu dlm dunia ni erk
30 October 2011
Masa 11:06 am
skim ni mmg penipu..duit aku ampai skrg x dapat..aku x kan halalkan dunia sampai akhirat..amin
31 October 2011
Masa 1:41 am
ntah bila akan dapat balik..
02 October 2012
Masa 5:49 pm
[…] masalah ini akan sama macam pelaburan swisscash, i-rich 696, mlm one team, buluh mas, mlm restoran steven’s corner dan island red cafe, asia ceramic atau ceramic business club […]