Tips Elakkan Domain Anda Di curi

Penulis: wanmus Kategori: domain | Internet | jomhosting | Kecurian Tarikh: 25 April 2011 | 19 komen

Wahhh selamat pagi Isnin semua..mesti pagi ni ceria kan buat yang kerja kerajaan sebab gaji dah masuk kan? hehe.. oklah ni nak cerita bab domain yang korang dan mungkin ramai lagi tak tahu..iaitu masalah domain di curi..haaa tu ramai yang ternganga..oklah masalah ni memang ramai tak tahu jadi bila dah kena, domain provider lah tempat mereka minta tolong untuk cari penyelesaiannya..ok camni..

Domain di curi ni biasanya berlaku kerana beberapa sebab iaitu:

  1. Password domain control panel yang mudah diteka (memang betul-betul kena curi)
  2. Pengguna tak sedar bila domain deleted (ni mencuri cara berhemah)

Ok untuk mengatasinya juga ada beberapa cara dan korang semaklah cara mana yang korang belum implement. Jangan nanti dah kene curi atau domain hilang dari sistem korang barulah nak cari macamana nak dapatkan balik..ni caranya nak elakkan domain di curi:

  1. 1. Tukar password domain control panel jika anda dah tukarkannya ke password terlalu mudah contohnya pass123, pasword, abc123, dan sebagainya..tukarkan ke password yang tak mudah diteka dan tak beri maksud dalam BI..sebab hackers ni biasanya dah ada beribu kemungkinan password yang biasa digunakan untuk dicuba
  2. 2. Pastikan bila tarikh expired domain. Kalau boleh sebelum expired dah renew..sebab nanti jika korang tangguhkan, silap-silap bila semak nanti dah ada tuan empunya lain bagi domain tersebut.. Jika broker domain yang beli, jawabnya harga domain yang asal dalam $10-11 akan jadi $100-200..
  3. 3. Renew atau beli domain 2 tahun terus jika domain tu untuk projek besar sebab takut tak perasan nak renew..
  4. 4. Aktifkan registrar lock untuk elakkan orang lain mudah transfer (curi) domain tersebut. Ini kerana selagi registrar lock ni enabled, memang domain tersebut tidak boleh ditransfer ke mana-mana
  5. 5. Aktifkan ID Protection untuk elakkan hackers tahu email anda kerana kebanyakkan domain control panel login adalah menggunakan email. Ini juga untuk elakkan domain di transfer mudah-mudah oleh hackers atau pencuri domain.

ID Protection ni ada sesetengah domain provider kena kan caj dama RM5 kot..tapi di jomhosting, kami bagi percuma sahaja..ianya untuk keselamatan domain hak anda..



  1. Azeri

    Terima kasih tuan WanMus. Baru tau… domain pun boleh kena curi.Camner pun saya memang langgan tuan punya service. Jomhosting. TERBAIK…

  2. Mus

    terima kasih atas peringatan tersebut..

  3. wanmus

    Sekadar peringatan sahabat pengguna domain semua

    Terima kasih atas sokongan 🙂

  4. wanmus

    sama-sama..semoga kita sama2 beringat

  5. Anarm

    tips yang sangat berguna.. boleh share dengan rakan2 yg lain ni.. terima kasih..

  6. Bro Framestone

    tips menarik nie…

    boleh bro kongsikan di blog ohpakar.com

    ada juga domain provider yang menawarkan id protection percuma…

  7. MuJE

    domain buruk. takde sape nak curik…hehe

  8. kasimo

    domain hilang, hidup merana..

  9. landax

    YEAH!nice entri bro!!landax tak tau plak domain ley kene curi!thankz bro!

  10. wanmus

    boleh share bro..supaya lebih ramai sedar

  11. wanmus

    mane tau bro..silap2 domain tu harga mahal..

  12. wanmus

    betul..lagi2 domain yg dah lama kita guna..sayang tu..

  13. wanmus

    betul..ramai tak tahu tapi bila dah kena barulah menggelabah..

  14. mhnizam

    wanmus hari tu blog saya kena hack…tkt gak bila dpt tau dr pihak jomhosting…alhamdulillah dah selesai..cuma yg terernya diorg ni smpi akaun log in wordpress pun berubah…nasib baik dpt ubah balik..thanks jomhosting..kalau hilang domain ni hancus la..penat wat SEO..huhu

  15. zul

    bagus entri ni, webmaster kena rujuk2 ni kang ade pulak yang hilang domain

  16. wanmus

    betul..tapi diorang biasa ubah mainpage je..cuma kena maklum cepat pada hosting provider untuk elakkan masalah lebih teruk

  17. wanmus

    betul..untuk elakkan domain hilang sebelum perasan

  18. Ceqla (kamarul azri)

    ha, harus berjaga² macam ni, kadang² tak perasan pun… takut jugak hal macam ni berlaku..

    kalau domain hilang makna kata kena beli lain la? mksd Ceqla beli balik dari org yang ambil tu ke?

  19. Malaysia Travel Blog

    Terima kasih kerana mengingatkan.