Apa Yang Pelik Bagi Melayu Tapi Tidak Bagi Cina

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Cina | Kerja | Kerja Kerajaan | Peniaga Tarikh: 14 April 2011 | 32 komen

Hmm..perkara ni saya terfikir masa drive balik dari KL ke Klate aritu..yerlah tengah drive sorang-sorang kan..duk berfikir-fikir dan tengok keadaan sekeliling, tiba-tiba berdesup masuk idea ni.. Kenapa benda tu pelik bagi kita ni orang melayu tapi tidak bagi orang cina..mmm..jom sama-sama kita renung-renungkan ye..

Sepanjang perjalanan memanglah nampak banyak benda perbezaan..dari segi jurang ekonomi tu memanglah.. ada beberapa lagi perbezaan iaitu:

  1. 1- Kerja: Bagi orang Melayu, kerja paling dikejar ialah kerja kerajaan.. Betul x? Betul kan? Jika dapat kerja kerajaan, kita akan dipandang tinggi dan selalu menjadi sebutan di kedai kopi terutama jika di kampung atau pekan-pekan.tu yang ramai mencari rahsia dapat kerja kerajaan. Paling kurang pun kerja dengan swasta mestilah kerja yang glamer contohnya Engineer, Lawyer, Arkitek dan Akauntan. Sungguh pelik jika seorang anak Melayu itu jika berniaga. Pada pandangan Melayu lama, jika berniaga, mestilah orang tu kurang pandai jadi tak dapatlah kerja kerajaan walhal gaji tokei kedai kopi kekadang lagi mahal dari pegawai kerajaan. Tapi tak bagi orang Cina kerana kerja kerajaan memang bukan pilihan utama sebab memang susah pun nak dapat, jadi bisnes adalah pilihan utama mereka..thats why mereka lebih kaya dari segi ekonomi berbanding Melayu.
  2. 2- Bisnes: Pelik bagi orang Melyu jika keluar Universiti je terus berniaga..mesti diorang suruh kerja dulu baru berniaga..pastu suruh kerja kerajaan lah..hmmm ada juga orang bertanya pada saya kerja apa dan saya jawab berniaga..langsung pada wajahnya tak konfiden dan menjawab “ooo..bisnes ye”..kalau macam ni tak bagi semangat, macamana orang kita nak maju. tapi cuba bagitau doktor ke, lawyer ke, engineer ke..mestilah panjang pulak soalan dia lepas tu..nak lagi kalau kerja PTD atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik, memang terus nakw at calon menantu lah kot..awal-awal lagi Nabi Muhammad dah menyebut yang rezeki tu adalah 9/10 datangnya dari berniaga.. watpe nak kejar 1/10 tu..tapi mungkin peringkat awal nak cari modal tu oklah..bagi orang cina pulak, bisnes adalah perniagaan warisan dan wajib diceburi untuk hidup..lagi-lagi kat negara luar.
  3. 3- Kahwin: Pelik bagi orang Melayu jika seseorang tu kahwin besar-besaran dan buat kat hotel atau dewan besar jika bukan orang kaya..tapi benda tu normal bagi orang Cina..dimaklumkan pada saya oleh seorang kawan Cina, untuk setiap majlis perkahwinan, mestilah buat besar-besaran.. makan kat dewan, amik chinese course, sewa kereta mewah dan lain-lain..perghh mahal tu kan? kalau Melayu, ringkas pun dah cukup ikut kemampuan. Kawan Cina saya tu juga pernah berkata, orang cina kerja keras hanya untuk 2 benda utama iaitu kahwin dan mati (mengikut fahaman dia kot, tapi macam betul je)..
  4. 4- Mati: Pelik bagi orang Melayu jika upacara pengebumian makan kos beribu. dan pelik juga jika duk sebut atau berbicara pasal mati masa masih hidup..tapi tak bagi Cina..diorang dari awal lagi dah tempah lot kubur diorang tau bagi yang berkemampuan lah..yang kaya-kaya tu kalau boleh nak kubur atas bukit punya sebab lagi tinggi darjatnya lepas mati nanti..ada ke orang kita nak tempah kubur awal2? hehe..mesti dikata buang tebiat nak mampus kan? Pastu upacara pengebumian orang Cina ni makan kos beribu-ribu..keranda diorang tu saja dah berapa ribu..ada 5K..ada 10K..ikut kekayaan orang tu.
  5. 5- Matlamat: matlamat hidup pun kekadang tu pelik dah tau..hmmm..orang Melayu ni ada yang tak bermatlamat mana..kenapa? sebab mereka tahu ada kerja kerajaan yang mereka boleh pohon dan pelbagai bentuk biasiswa atau pinjaman untuk anak mereka nanti..jadi nak risau buat apa? Orang Cina dah tau susah nak dapat benda-benda tu, jadi nak atau x, mereka wajib bekerja dan berniaga bersungguh untuk kumpul wang sebanyaknya supaya mudah nanti..

Jadi jelas di sini, kekangan hidup memaksa seseorang itu bekerja overlimit dan bersungguh-sungguh. Apabila orang Cina tahu yang mereka susah nak dapat kerja kerajaan dan biasiswa untuk anak mereka, mereka hanya ada 1 jalan iaitu bekerja dengan bersungguh untuk kumpul duit sebanyaknya..selain untuk hidup dan anak-anak, ianya juga untuk kahwin dan mati mereka nanti..

Yang baik kita jadi kan panduan..yang buruk kita jadikan sempadan dan peringatan supaya tak terbuat nanti..



  1. Kujie

    Bab Bisnes tu memang…sebab ramai orang melayu sebelum sebelum sebelum ini yang berbiznes telah ‘merosakkan susu sebelanga’ dengan nila.

  2. Peja

    Huhuhuhu, no wonder la sampai arini, ade lagi anok branol ambe pandang rendah nge ambe 😀

  3. Shaffik

    Mentaliti kena ubah. Jangan duduk di dalam satu dunia “kerja Kerajaan” sahaja. Tengok-tengok anak-anak melayu yang berjaya di luar sana. Kalau pernah baca The Malay Delemma…semua perkara di atas di sentuh oleh Tun Mahathir.

  4. wanmus

    Tulh mslhnya.campur dgn yg main bg rasuah tu.hbs rosak susu selori..huhu

  5. wanmus

    Tulh dunia.selagi x pkai mercdes @ bmw,tulh pndgn diorg

  6. wanmus

    Yup.jika x ubah skrg, 20 tahun nant akan ada anak2 kte tulis post sbegini lag..

  7. Ramnah Salleh

    Memang betullah orang Melayu ni pelik bila kita berhenti keje yang gaji beribu cuma nak jual nasi lemak je. Tapi ada seorang cina tu manager sebuah bank, gaji hampir 20k sebulan, berhenti kerana nak bisnes nasi lemak. Alasannya bisnes macam ni tak tension sebab semua kaum makan nasi lemak.

  8. muhammad fakhruddin

    Lagi satu bab nak tambah ialah PENDIDIKAN. Bagi mereka tiada kompromi bila menyenuh isu pendidikan, itulah sebab SJKC biasanya mempunyai PIBG yang kuat, bahkan boleh menyalurkan dana yang besar untuk kegunaan pihak sekolah.

    Orang kita, entahlah. Suruh datang mesyuarat PIBG malas. Bila kena bayar seringgit dua untuk aktiviti akademik tertentu, dah bising tak tentu pasal.

  9. wanmus

    betul..tulah orang kita ni..semua tak betul..yang betul bila kita bagi mereka wang berjuta dan pakai kereta besar..barulah mereka tutup mulut..

  10. wanmus

    betul..diorang tu kalau bab berpakat memang bagus..kita ni jelah yang selalu nak bertanding dan tak sokong jika tak beri duit pada mereka..huhu..nasihat pada snediri jugak ni

  11. Sabahan Bloggers Club

    Orang Melayu taknak berbelanja besar di dalam perkahwinan sebab itu membazir. Di dalam Islam membazir tu sesuatu yang tidak baik. jadi ianya dijauhi.

  12. nurul

    sebabnya… warga bumiputra terlalu banyak “dimanjakan”, idup bertongkat, makan bersuap…so bangsa kita ni takde rasa unsecure, tak pandai berdikari. kenapa orang kite suke keje gomen? sebab gomen banyak kemudahan. walaupun gaji kecik tapi, ada macam2 elaun, rumah free, nak buat loan pun senang, bak kata sapa yang keje gomen ni, senanglah idop. (senang – tak payah keje keras!)

    lepas tu bab pendidikan, orang kita pun dah ade quota tetap untuk tempatkan diri dalam IPTA. cuba kalau takde… mau penuh IPTA tu dengan bangsa cina jek…. alamatnya orang kite makin tertinggal laa….

    bab perkahwinan yang saudara ulas itu, memang betul perkahwinan orang cina memakan belanja besar, tapi selalunya jemputan tak ramai, dan yang datang tu kena buat reservation. manakala orang melayu pulak, kalau bole satu daerah nak dijemputnya… jadi yang penting bagi orang melayu adalah jemputan yang ramai, walaupun ringkas….

    last, orang2 cina sejak zaman dahulu lagi memang berterasan “kekayaan, kemakmuran” dan baru diikuti yang lain2… sebab tu diorang memang usaha untuk jadi kaya….

  13. zakiah

    eh eh betul la..
    tat y cina ramai yang kaya dari melayu skrg
    facts!

  14. hafeez

    aku ada member cina kat tempat kerja,dier ada keluarkan statement cam ni..”Kami orang cina takkan buat apa2 yang boleh merugikan diri sendiri,kalau bos suruh kerja hari ahad pun saya sanggup,mau makan maa..”

  15. PD

    Memang betul aoa yang wanmus kata, tapi nak buat macam mana dah acuannya begitu. Cina dengan berniaganya, melayu dengan makan gajinya, tapi lain pulak di kelantan, saya tengok melayu di sana banyak yang berniaga.

    Tapi kalau kat tempat kerja, aku tengok dia orang tu sama je, kalau kerja kira2… bukan semua diaorang tu baguih… orang kita pun ramai yang hebat.

  16. sabree hussin

    azam saya adalah untuk tak ikut formula orang melayu.. yang menyebabkan kita ni tertinggal ke belakang

  17. Esempoi

    aku pun cite2 nak bisnes gak
    selain dari teruskan kerja dengan kerajaan

  18. wanmus

    takpe..slow2..kumpul modal dulu..then dah cukup modal dan pengetahuan, leh join bisnes

  19. wanmus

    tapi jangan sampai tertinggal adab dan budi bicara melayu 🙂 tulah yang mahal yang tak sama dengan bangsa lain

  20. wanmus

    betul..manusia ni sama je bangsa apa pun..ada yang teruk dan ada yang bagus..sama-samalah kita pilih yang baik jadi teladan..

  21. wanmus

    kekadang ada jugak diorang yang kuat merapu..huhu..tapi kita tengok pada yang positif jer lah ek..

  22. wanmus

    betul..tapi kalau kaya sahaja tak cukup 🙂

  23. wanmus

    betul..apa2 diorang buat mesti pikir untung..tapi kita pikirkan pahala yang lebih untung dari kaya

  24. wanmus

    yup..biarlah ianya mengikut kemampuan dan tak membazir

  25. akuzle ayu

    babs kerja n pendidikan akak sokong ah, mmg melayu terkebelakang…. akak antara org yg terperangkap ngan falsampah ‘keja kerajaan yg menjamin masa depan’… tp now, akak tatau akak neh terjamin ker x. kje kerajaan byk isu, songeh, kasta n politik. akak mmg ske org yg berniaga n minat berniaga tp x pandai.. ini maybe masalah matlamat kots…eheehehhehe

  26. Ekal

    tapi aku lagi pelik juga bila dah kerja dengan kerajaan ni, nak mintak tukar balik negeri mesti tak dapat-dapat, dah 10 tahun mintak. Yang dapat tukar kroni, saudara-mara, adik-beradik, adik ipar dan kaki ampu bos yang kerja kat dalam mana-mana jabatan.

  27. akuzle ayu

    ekal: sungguh tepat…

  28. wanmus

    kat dunia, mana-mana pun benda yang sama berlaku..apa-apa pun keluarga diutamakan 🙂

  29. mahani

    ramai org melayu lupa diri.lupa asal usul.aku ni ha..bangsa lain ckp la english pun aku ckp je dlm bahasa melayu.apa nk malu.bahasa ibunda kita.tp yg sedih..ade gak melayu lupa diri.sesama melayu pun nk tunjuk gah konon bgus sgt.kesian kan nasib org mcm ni.dia lupa nnt dia jatuh di jalanan..ko pk org yg naik kreta mewah nk berhenti nolong ko ke?
    sedarlah wahai org2 melayu..berbaiklah sesama kita.jgn pndang hina pd org kg atau yg bertaraf rendah.aku ni dh jmpa rmai org melayu keje gomen..kebanyakan tp bkn smua..yg lupa diri dan bangga dgn status dorg…boleh jln laaa…..

  30. wanmus

    huhu..nauzubillah..semoga kita ni menjadi yang terbaik mengikut acuan Islam..insyallah

  31. eifa

    tau takpe..saya skrg baru je start bisnes kecil2lan..ade lah adik beradik yg tak support…ckp tak kemana bisnes ni nnt..bukan nk bg semangat 🙁

  32. wanmus

    hehehe…tu ayat biasa..so buat dulu, sakit tu memang ar..dah sedap nanti, diorang pulak akan telan balik kutukan diorang tu..