Server Malaysia JOMHosting.NET Kembali

Penulis: wanmus Kategori: jomhosting | Server Tarikh: 11 November 2009 | 3 komen

Datacenter_protection

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..maaf lambat update blog sebab sibuk sikit untuk proses pemindahan server. Lagipun kalau update kan nanti tertinggal tak masuk dalam server baru..rugi tu..hehe..ok setelah beberapa hari pelanggan JOMHosting terpaksa bertahan dari membuat sebarang update pada blog/web mereka, kini semuanya berakhir.

Sukacita kami di JOMHosting ingin memaklumkan bahawa kerja pemindahan server telah selesai dan server Malaysia kami telah beroperasi seperti biasa. Pemindahan ini tidak melibatkan server kami di Softlayer, Dallas USA. Diharapkan pemindahan ini memberikan kepuasan kepada izad sebagai pelanggan yang kami hargai. Logo kami juga telah berubah kepada logo baru. Laman web baru masih dalam proses.

Selain itu, kami juga telah memperkenalkan perkhidmatan baru iaitu VPS @ Virtual Private Server hanya dari RM 110 sebulan dan Dedicated Server hanya dari RM 450 sebulan. Untuk membuat tempahan, sila ke http://www.jomhosting.net/billing/cart.php dan pilih VPS atau dedicated server bagi menampung keperluan web/blog anda. Sudah pasti pakej ini dapat memenuhi kehendak pengguna web/blog yang selama ini terpaksa berkongsi dengan pengguna lain.

Bagi menghargai kesemua pelanggan kami, kami hadiahkan 5 software penting dan sangat berguna iaitu:
1- Keyword Warrior
2- Blog Warrior
3- Affiliate Warrior
4- Forum Warrior
5- Directory Warrior
+ 1034 senarai directories percuma
Apa kegunaannya? Harganya? anda boleh lihat di https://wanmus.com/warrior-software/ .Tapi untuk anda, kami berikannya percuma! (hanya untuk personal use sahaja tau)..

Ingin iklankan blog/web anda?
Kami inginkan testimoni anda sebagai pelanggan JOMHosting.NET Testimoni terpilih akan diletakkan di laman baru kami nanti. Diharapkan agar anda dapat menghantar testimoni ke admin@jomhosting.net

Jika blog/web anda masih mengalami masalah atau gangguan, sila maklumkan kepada kami menggunakan support ticket di http://www.jomhosting.net/billing/submitticket.php

*Sila renew akaun dan domain anda sebulan sebelum tarikh expired bagi mengelakkan sebarang gangguan.



  1. azizwan(dot)com

    salam bro wanmus.. ambo nak tanya, harga utk VPS tu tak boleh nego ke? huhu..

    – zonartis.com

  2. wanmus

    tu dah terbaik harga boleh bagi bro.
    Spek server: dual xeon processor with minimum 8gb ram

  3. Ronaldmohoni

    Saya percaya jomhosting akan berkembang pesat. setanding dengan server hosting lain.