Seminar Smart Blogging Terakhir!

Penulis: wanmus Kategori: Blogging | Buat duit | Internet | Rohaizad | seminar internet | wanmus Tarikh: 11 December 2009 | 23 komen

Assalamualaikum dan salam blogging kepada semua pembaca.. Pagi Jumaat yang mulia ini genap menandakan yang kita hanya berbaki 8 hari sahaja lagi untuk bertemu di UTM Skudai (19/12/09) bagi peserta terakhir Seminar+Bengkel Smart Blogging Rohaizad. Sabtu minggu hadapan, kita akan berseminar bersama-sama dan bagi mereka yang sudah bersedia, TAHNIAH di ucapkan. Mungkin Jumaat yang satu lagi iaitu Awal Muharam dapat memberikan kita lebih banyak harapan baru dalam menjana pendapatan melalui aktiviti blogging.

Bagi mereka yang telah membuat pembayaran semalam, SYABAS kerana itu adalah harga promosi terakhir dari Rohaizad untuk anda. Selepas ini harga promosi (yang telah di promosikan lebih dari 1 tahun lamanya! ) RM400 itu mungkin akan menjadi mitos kerana akan datang, yuran seminar akan meningkat ke RM450 (seperti yang telah di beritahu) itupun jika seminar ini diadakan lagi lepas ni. Bagi mereka yang telah membuat permohonan awal untuk membuat pembayaran pada hari esok, maka mereka juga adalah peserta yang BERTUAH!

Oh ya… saya bersyukur kerana tarikh yang di ubah (dari 20hb Disember -hari Ahad- ke 19hb Disember -hari Sabtu-) disebabkan masalah teknikal sebenarnya telah memberikan HIKMAH yang besar kepada ramai peserta termasuklah anda sendiri. Ini adalah kerana hari Jumaat itu adalah cuti umum (bagi sesetengah syarikat & kerajaan). Bermakna anda bolehlah hadir sehari lebih awal. Keesokannya hari Sabtu barulah kita berseminar dan hari Ahadnya pula anda masih lagi bercuti.

Sekarang kita akan beralih kepada topik yang lebih serious lagi iaitu berkenaan dengan pengangkutan dan penginapan. Walaupun sebelum ini, saya telah memberikan email yang COMPLETE mengenainya, tetapi sekarang saya ingin menyatakannya sekali lagi bahawa kami akan bantu anda sebaik tiba di Johor dan waktu nak pulang dari Johor. Hubungi saya atau Rohaizad untuk buat pengesahan awal jika perlukan penginapan dan pengangkutan dari larkin. Jangan risau, ayam penyet sudah semestinya menjadi santapan kita ketika waktu tengahari nanti 🙂

Segala jadual perjalanan seminar akan diberikan kepada peserta yang telah mendaftar. Sekali lagi saya nak ingatkan yang ianya terhad kepada 20-25 peserta sahaja. Sekarang rasanya dah lebih dari separuh tempat duduk ini telah ditempah. Tempahlah kerusi anda sekarang. Jangan menyesal nanti jika seminar+bengkel ini sudah tiada nanti. Kami mungkin sibuk dengan beberapa projek yang telah dirangka untuk tahun depan.

Dan buat pengetahuan anda, screenshot income peserta seminar yang paling baru di kirim ke dalam forum private amat mengancam sekali. Untuk melihat screenshot mereka, pastikan anda membaca entri terkini di blog rohaizad dot com yang akan di terbitkan pada malam ini (11/12/09)!

Salam blogging semua!

p/s: Tahukah anda bahawa saudara Alan Tan baru sahaja di bayar sebanyak USD200.00 = (RM700.00) hanya dengan meletakkan link di blog peribadi beliau semalam? Fuhhhh….!!!

Tak sabar untuk menjadi seorang pro blogger? Terus hubungi Rohaizad untuk tempahan di http://www.seminarblogging.com/hubungi/

ok sebelum anda pergi ke seminar+bengkel kami, sila tonton dulu video testimoni live dari seorang peserta terdahulu iaitu reezluv dan muaz hadi..

*Pihak Wanmus Technologies Enterprise adalah penganjur bersama dan Rohaizad adalah penceramah sepenuhnya untuk seminar+bengkel ini. Harap maklum



  1. Syed Akmal

    fuh jeles nya. rasa ingin nak ke sana tapi saya ni dekat kuching bro. hari tu tanya ijad, dia tak ada plan nak datang Kch buat seminar. hmm. harap harap la tahun depan masih ada lagi.

  2. denaihati

    BErsemangat juga aku baca entri ni.

  3. cyza

    Selamat berseminar 🙂

  4. adrenal

    bro..bila nak buat tour seluruh malaysia?haih..johor jauh tuu..

  5. hasbulaqill

    insyaallah next seminar saya join
    bro plak mcm mana earn
    alan da 200usd
    😀

  6. cyza

    Itu kena pi seminar la bro… baru boleh citer

  7. wanmus

    tau xpe..dalam seminarlah baru cerita..takkan nak reveal semua kat sini 🙂

  8. oH! VideoTv

    yalah..saya pun jeles gak…samalah kita dari kuching..kat kuching nie memang banyak org akan faedahnya berblogging nie…

  9. wanmus

    sebenarnya ada perancangan cuma anda perlu kumpulkan beberapa peserta dahulu yang nak sertai sebab risau jugak nanti tiket dah beli tapi tak jadi..

  10. wanmus

    memang untuk menaikkan semangat sapa2 yang belum pernah pergi seminar ni lagi 🙂

  11. wanmus

    dan selamat dapat duit dengan blog nanti 🙂

  12. wanmus

    xtau lagi bro. banyak perancangan kitorang lagi selain blogging ni..so jika ada permintaan tinggi, baru kitorang akan pergi

  13. zuwairiaiman

    menarik.. bende2 mcm ni la exposure pade masyarakat

  14. ijan

    mus..tolong la promote blog aku.nak glamour gak cm ko~

  15. wanmus

    so sempat lagi sapa2 nak join seminar ni..tapi pastikan jadual tu kosong untuk hari sabtu ni..seminar last pada 19/12/09

  16. wanmus

    ijan pun dah ada blog?? mantop tutor sekarang ni..jangan risau, letak link akt blog ni pun dah glamorkan blog tu..

  17. boy-bersahaje

    Sedey tol x dapat join seminar kali ni:(

  18. Jbcool

    Alhamdulillah… Akhirnya aku berjaya mengikuti seminar smart blogging tadi…

    Memang banyak lagi yang aku masih tak tau…dan byk yang aku pelajari….

  19. reezluv

    thanks for the link wanmus..hehe..anyway tak sabar aku nak ushar gambar2 kat seminar tu..hha

  20. wanmus

    alaaa, tak join pun tapi duit riban2 masyuk..hahaha

  21. wanmus

    haaa.tulah perlunya pergi seminar ni..tpai nak wat macamana, ni seminar yang last..

  22. wanmus

    hehe..setiap seminar ada keistimewaan tersendiri..semuanya memang best

  23. […] yang aku dapat setelah sebulan lebih berblogging dengan blog niche..hehe..ini semua angkara Seminar Smartblogging yang Ijad buat tu la aku dapat camni.Memang tak sia-sia rasanya aku pegi JB dan dapat ilmu yang […]