Apa Kuasa Seorang Blogger?

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Blogging | hidupku | Internet Tarikh: 16 December 2009 | 32 komen

blog-ikan-keli

Tahukah anda kebanyakkan berita di top ranking google dipelopori oleh blogger? tak caya? Cuba taip “ikan keli babi” kat google di mana satu ketika dulu (dalam pertengahan tahun 2009) topik ni sangat panas. so tengoklah result page dari google..adakah page berita harian top result? metro? utusan? semuanya tidak. sebab top search untuk keyword “ikan keli babi” ialah sebuah blog (tengoklah gambar result kat atas tu)..

Untuk top 5, 3 daripadanya adalah blog sedangkan berita ini diwarwarkan oleh suratkhabar..ok tak puas hati lagi? ok, korang search “kereta terjun kb mall” kat google. Korang akan dapat lihat page hmetro berada di kedudukan ke5. Top 4 adalah blog. So jika orang tak perasan yang metro bawah tu, gerenti dia akan klik kat blog tu..so dia akan dapat berita dari blog tersebut walaupun dia tak tahu samada blogger tu tulis betul atau tak.

kereta-terjun-kb-mall

hmmm..so anda dah nampak kuasa penulisan seorang blogger? Jika blogger tu menulis sesuatu yang tak betul dan mendapat top ranking di google, maknanya akan ada ramai orang yang akan tertipu membaca penulisannya. so itulah kenapa ramai parti politik dah mula berbaik dengan blogger  untuk kurangkan blogger kutuk parti mereka. Kalau korang pernah dengar masa piliharaya lepas yang mengatakan kekalahan teruk BN disebabkan kuasa blog..sebab masa tu banyak blog muncul dan kutuk pemerintahan BN, so BN dipandang buruk dan akhirnya kalah di kawasan2 sepatutnya menang..

Itu dari segi politik..kalau dari segi perniagaan, promosi dari blogger ni penting. Contohnya anda nak jual ekamus. Kalau setakat open web dan biarkan sales masuk, memang sales takkan masuk. Tapi jika ada pembeli anda seorang blogger dan menulis review seperti kelebihan ekamus, insyallah sales akan meningkat sedikit demi sedikit..

Itulah dah ramai blogger memperkenalkan pakej review mereka dan nampaknya pakej review sekarang ni lebih diminati peniaga sebab penerangan yang diberikan akan membantu jualan berbanding jika hanya meletakkan banner di blog. Namun semua pakej pengiklanan ada pro dan kontranya..pilihlah yang terbaik.

So kepada sahabat blogger diluar sana, ketahuilah yang suara anda akan memberi impak yang besar..jangan stop menulis malah marilah kita menulis dengan lebih banyak lagi



  1. Aqif

    Salah satu rahsia seorang blogger sebagai pencetus revolusi penyampaian maklumat masa kini.

    Jadi, mari kita bina hubungan baik antara blogger-blogger lain. Tak gitu? 🙂

  2. wanmus

    yup..nak watpe gaduh2..industri kat Malaysia ni kecik je..lebih baik kita bersatu dan bersama

  3. honeyy

    yep betol!

  4. wanmus

    apa yang betulnya? 🙂

  5. denaihati

    blogger ni adalah kuasa senyap yang mempunyai kuasa VIRAL yang sangat POWER…sehingga boleh menumbangkan sebuah kuasa…

  6. wanmus

    tulah kuasa senyap yang masih ramai tak sedar

  7. Aqif

    Betul sangat-sangat. Baru kita semua dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia. 🙂

  8. baem

    Saya ada baca satu post yg di buat oleh saudara khai..(justkhai.com) di mana kuasa blogger boleh mengalahkan gaji seorang doktor,peguam….income sebulan dari khai perolehi dlm RM8000,tak caya boleh singgah blog beliau,ada disertakan dengan bukti lagi…tu yg buat saya semakin bersemangat untuk berblog ini…

  9. boy_bersahaje

    Wah Mus, ko memang memberi aku semnagat untuk terus menulis di blog Melayu aku tu. Thanks Mus. Huhuhu

  10. wanmus

    aiii, bro bukan dapat dalam USD570 ke bulan lepas? tu dah dalam RM2000 tu..mantop bro

  11. wanmus

    tulis bro jangan tak tulis..kuasa blog ni besar sangat

  12. rohaizad

    Tapi aku takleh berkawan dengan orang yang suka menganiayai orang lain. Camne tuh ehh?

  13. wanmus

    memang lah orang yang wat jahat kita takleh kawan..kat sini maksudnya untuk yang baik2lah kita berkawan..

  14. Zil-el-Saif (The Encik Saif)

    Saya seorang blogger yang tak power, tak ramai pengikut. Tapi sejak tukar site saya daripada site biasa kepada blog rasa dah banyak peningkatan walaupun jauh lagi berbanding blog-blog orang lain.

  15. Shahrul

    Menulis itu bagus, memberi pandangan atau menegur, tetapi jgnlah menipu. X baik woo..

  16. wanmus

    itulah kuasa blog

  17. wanmus

    kalau sampai menipu tu dah tak betul..

  18. adrenal

    setiap menda pasti ada positif n negatifnya..gunakan ke arah kebaikan pasti ada manfaatnya..

    p/s : dalam tempoh 10 taun akan datang mungkin newspaper kurang laris dah..maybe org lebih suka dapatkan berita daripada blogger plak or tgk tv je terus..

  19. wanmus

    tengok sekarang ni pun dah nampak yang berita terkini dapat dari paper online, blog dan email

  20. Syed Akmal

    setuju sangat sangat dengan apa yang wanmus nukilkan kat sini. kuasa seorang blogger adalah sangat hebat. mampu buat ramai terpengaruh dengan hanya satu artikel. blogging adalah medium paling sesuai untuk bebas menyatakan pendapat anda. tak payah nak takut takut dengan kuasa kuasa veto kat luar sana.

    tak gitu bro?

  21. baem

    tulah bro..makin semangat nak buat nie,projek terbaru buat videoblog,tu pun beli domain dari bro..he..he

  22. wanmus

    tau..mantop bro..

  23. wanmus

    iya tapi kita tak bolehlah buat sesuka hati..kan nanti masuk penjara sebab mereka cerita

  24. Hazwan Abdullah

    Fungsi blog sekarang sudah meluas. Kalau dulu untuk tujuan suka-suka. Tapi sekarang menjadi tempat mencari dan menyalur maklumat . Keep up the good work bloggers!

  25. wanmus

    yup..thanks juga kepada anda semua, pembaca setia yang memberi semangat kepada semua blogger terus berblog memberikan input dan info berguna

  26. baem

    emas tak ada bro,silver ada…

  27. abdhakim

    blogger biasanya menyampaikan sesuatu benda secara jujur, bila dah jujur kita akan rasa penyampaiannya begitu berinformasi sekali

  28. wanmus

    – post asal tu kene remove sebab spam

  29. wanmus

    betul tu..kita pun taklah rasa bersalah sebab menyampaikan sesuatu yang tak betul

  30. joegrimjow

    ermm
    menarik
    ni yg nak buat berblog lebih masa ni
    huhu

  31. wanmus

    bebrlog ikut kesengan kita, ada waktu free kita tulislah..tapi kalau full time blogging, memang banyak boleh buat..hehe

  32. Ronaldmohoni

    kuasa blogger tidak boleh dipertikaikan lagi. Orang politik pun risau dengan blogger.