Seminar Fish4Wealth Memang Menakjubkan!

Penulis: wanmus Kategori: Financial | Financial Management | Jutawan | Kaya | Kewangan | Pengurusan Kewangan | seminar Tarikh: 17 January 2011 | 19 komen

Wahh tak pernah guna perkataan menakjubkan..ala-ala macam amazinglah..memang..sape2 yang pergi akan rasa tercabar dan tak sabar-sabar nak mulakan cara hidup yang baru dengan betul dan berhati-hati..Jangan ikutkan nafsu..Perghhh banyak lagi yang diajar tau..lagi best kami blogger ni dijemput sebagai wartawan untuk seminar fish4wealth tersebut. Best, mudah dan seronok akan ada dalam hati anda sepanjang dan selepas seminar ni.Tengoklah gambar kat atas tu, semua khusyuk mendapatkan info dari Dr Ahmad

betul..dengan cara Dr Ahmad Rahman yang menyampaikan seminar fish4wealth dengan cara bersahaja tapi berinformasi..Masuk seminar mula-mula tengok buku modul yang tebal, rasanya tak sempat habis..tapi ternyata terpesong apa yang saya fikirkan tu. Yerlah dalam masa 2 hari tepat, modul tersebut berjaya dihabiskan dengan fahaman yang mendalam dan tepat serta berjaya merubah pemikiran keseluruhan peserta dalam seminar tu. Boleh dikatakan kesemua peserta bertanyakan soalan..

Walaupun ada PhD, Dr Ahmad tetap membuatkan kami rasa sama taraf dengan beliau. Terbuka untuk terima idea dan berkongsikan setiap detik pengalaman dalam bidang kewangan, beliau memang patut menjadi mentor kewangan terbaik selain Azizi Ali. Tengoklah gambar beliau membantu peserta untuk memahami dengan tepat ilmu yang diberikan.

Ingat tak post saya yang lepas cerita apek tua tak pakai baju tapi kaya kalahkan bisnessman? haaa..akhirnya soalan dan persoalan dalam kepala saya terjawab di seminar fish4wealth ni..Ooo FISH tu bukan ikan ye tapi  bermaksud Financial Independent, Strong & Healthy..Perghh mantapkan kalau dapat buat kewangan kita macam tu..kewangan yang kuat, stabil, sihat dan mantap..perghhh..

Dalam seminar kewangan Fish4Wealth ni, diadakan jugak FISH MARKET yang sememangnya tak pernah ada dalam seminar mana-mana saya pergi sebelum ini..dan setakat saya tahu, tak ada kot..memang membuka mata kita..apa kita nak mungkin ada disebelah kita sahaja tapi kita tak nampak..mungkin juga peluang tu ada sebelah kita dan kita juga mungkin tak nampak..thats why FISH MARKET really open my eyes! tengoklah gambar kat atas ni, masa makan pun still boleh buat network..Memang mantop penangan Dr Ahmad ni..asalnya semua malu-malu tapi lepas tu, silaplah..

Oleh kerana Dr Ahmad minta saya menjemput blogger dan im terhebat untuk sama-sama sertai seminar ni, terus saya call dan email sahabat im saya..ramai juga tapi sebab last minute, hanya saya, kak jie, muaz hadi dan rahman basri berjaya hadir..tengoklah gambar kami bersama..

Memang best..dan paling best jugak dapat bergambar dengan Dato’ Sheqal..yer penyanyi tu..alaa penyanyi lagu Cinta Nusantara..tak ingat? ni ada video dia..perghh suara dia memang tak berubah..still lagi best dan lunak..cakap cara pun lembut je..sekarang? dia dah jadi bisnesman dan network dia sangat besar..tulah untungnya pergi seminar sebegini. Dia jadi jemputan untuk 2 hari tersebut.

Tentang FISh4Wealth ni, ianya memang seminar pengurusan kewangan terbaik..Ianya banyak mengajar tentang pengurusan kewangan, mencari kewangan, mendapatkan financial freedom dengan betul dan biarkan wang masuk tanpa perlu bekerja lagi..tapi ni bukan scam, sebab anda perlu mengejar cita-cita tersebut..Ingat, kita diberikan jorang untuk memancing dan bukannya ikan untuk kita makan..

3 Benda penting yang diajar ialah:

  1. 1- The What
  2. 2- The Why
  3. 3- The How

apa benda tu? hanya peserta seminar tahu The Secret tu..


Oklah..dah nak habis tu, ada sesia bergambar beramai-ramai..memang best..dapat kenal macam-macam jenis pekerja dan boss..apa pun..rugi sape tak pergi..Nak pergi? cepat sebab next seminar pada 12-13 Februari ni kalau tak silap.

Boleh semak kat http://fish4wealth.com/index/



  1. wandisini

    memang best dapat pergi majlis ilmu macam ini. dapat ilmu dan dapat network yang banyak.

    dah pernah jumpa muaz hadi masa seminar pakar ebook. 1st time nampak wajah kak jie 🙂

  2. Kujie

    hehe..kat blog kak jie bersepah gambar hehehe

  3. wanmus

    yerlah gambar artis terkenal kan..hehe

  4. nuaeman

    Comel Kak Jie… 🙂

  5. wanmus

    bahaya statement tu..hehe

  6. Kujie

    hahaha..korang ni, kan
    komenlah topik lain

  7. nuaeman

    Iini boleh buat modal post dalam blog ni Kak Jie… hahaha…

  8. wanmus

    haha..tu bahaya tu…gosip akan makin berkembang pesat..hehe

  9. ali

    Wah best. Tahniah kerana dapat pergi. Kongsi2kanlah jugak kat sini apa yang diperolehi…

  10. wanmus

    ok jugak tu..insyallah nanti saya kongsikan kalau berkesempatan 🙂

  11. mhnizam

    macam best seminar ni…kalau la dapat pergi seminar begini kan best

  12. lin azlina

    jikalau didizankan dan berkesempatan pasti saya nak jugak join seminar tu…nak beralih ke takuk baru lak

  13. Kimi Rekonen

    nak join juga seminar camni
    tapi kesempatan tu yang tak ada

  14. jutawansenyap

    terperanjat aku tengok sheqal nih
    dah tak pakai serban ker..?

  15. jutawansenyap

    tunggu dapat kumpul duit baru aku nak masuk kursus cam nih lah

  16. kasimo

    ni yang aku suka….
    surface pun tak pa…
    ada juga ilmu-ilmu bertambah sikit..

    p/rasa mcm nak like jak macam FB

  17. Ladfe Amir

    semakin berjaya nampaknya si sheqal.
    walaupun tak berserban lagi, harap dia terus kekal ngan status orang yg kekalkan urusan akhirat juga.InsyaAllah

  18. Ladfe Amir

    teringin nak pegi seminar2 mcmni. tapi masih belum berkesempatan.
    InsyaAllah..satu hari nanti, pasti jadi punye

  19. Ayahanda

    Wah, best ker seminar FISH ini? Nak pergi jugalah suatu hari nanti.