Selamat Berpuasa Semua :)

Penulis: wanmus Kategori: Al-Quran | Puasa | Ramadhan | wanmus Tarikh: 31 July 2011 | Tiada Komen

Alhamdulillah..tadi pukul 8.15 malam, penyimpan mohor besar raja-raja yang baru telah mengumumkan bahawa esok poser..hehe..rasa lain pulak orang lain bagi pengumuman tu..dulu masa nak tunggu, semua dah hafal cara sebutan pengumuman poser dan raya kan? hehe..saya dengan ini mengumumkan..esok poser..hehe

Nama penyimpan mohor besar raja-raja tu ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari 7 Januari 2011 selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Apa pun..esok puasa..alhamdulillah dapat lagi kita menjemput kehadiran ramadhan tahun ni..tahun depan belum tentu lagi…jadi jomlah kita sama-sama tingkatkan amal ibadah kita..huhu..ni ingatkan kat diri ni supaya tak malas-malas bulan puasa ni..