Sekitar Seminar+Bengkel Smart Blogging Terakhir

Penulis: wanmus Kategori: Blogging | Buat duit | Duit dengan blog | Internet | Rohaizad | smart blogging | Smartzul | wanmus Tarikh: 23 December 2009 | 10 komen

seminarsmartblogging

Alhamdulillah pada 19 Disember 2009 yang lepas, seminar+bengkel smart blogging oleh saudara Rohaizad dan dianjurkan bersama Wanmus Technologies di Pusat Informasi Dan Teknologi Komunikasi (CICT) UTM Skudai dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Dihadiri oleh 17 peserta hensem2 semuanya sebab semuanya lelaki 🙂

Terkejut sebab ramai dari luar Johor Bahru tau..tu yang penuh Rose Cottage Tmn U tu sebab budak2 yang dari jauh semua ditempatkan di situ. So malam sebelum seminar tu, dah kenal2 sikit masa keluar makan malam. tapi semua cerita berkaitan smart blogging, kene tggu keesokkan hari..tak boleh bocor awal2 nanti kurang semangat sebab dah tau..hehe

So secara ringkasnya penceramah untuk aritu sudah semestinya Rohaizad. 3 orang penceramah jemputan turut dipanggil tau iaitu nuaeman, shaffik dan wanmus 🙂 .. ada juga otai dan orang lama yang datang tau..sape lagi kalau bukan zamrin dan dj senja. Orang kuat saya di JOMHosting.NET, mohd shahrin pun datang. Tak lupa juga kepada smartzul kerana sudi datang memeriahkan seminar. si zaki pun ada datang..

so apa lagi, saya kongsikan gambar2 sekitar seminar+bengkel ini. sesiapa yang tak dapat hadir aritu, bolehlah tengok2 gambar di bawah terutama boy..hehe

bengkel smart blogging

peserta seminar smart blogging

peserta seminar smart blogging

peserta seminar smart blogging

penganjur seminar

peserta seminar smart blogging

rohaizad sedang bercerita

Nasi Ayam penyet yang dinantikan

Ok..seronok kan? memang seronok lagi2 dapat makan Nasi Ayam Penyet..perghh.. mujur cukup makan semua peserta tau.. so kepada semua peserta, jangan tunggu lagi..advertiser sedang menanti anda..lepas dulu waktu tawar tu sebelum waktu keseronokkan menerima USD menjelma..

Ingatlah tips penting yang saya kongsikan petang tu:

  1. 1- Kasi cantik punya
  2. 2- Banyakkan info
  3. 3- Tambah backlink
  4. 4- Barulah cari advertiser 🙂

Sedikit perkongsian dari blogger lain:

  1. 7 nasihat untuk Peserta Seminar SmartBlogging
  2. Seminar Smart Blogging – langkah baru sahaja bermula!

**Kepada mereka2 yang berminat untuk berblog tapi tak pernah tahu cara buat dan tulis blog, nantikan seminar+bengkel asas blogging oleh orang kuat smart blogging iaitu shaffik dan nuaeman. Limited untuk 25 orang sahaja dan mestilah betul2 ZERO tentang blog ni.



  1. baem

    Saya kat sinie hanya dpt tengok dan tengok je…sampai bile ye..

  2. wanmus

    bro jauh sangat kat oversea..harap2 adalah sekumpulan peserta dari seberang, baru boleh nak buat kat sana

  3. Yus

    Cik Wanmus,

    saya dah blogging since 2008.
    Tapi masih lagi ‘tercari-cari”.
    Dari mana saya patut bermula semula??

  4. wanmus

    blogging tentang apa ek? kalau basic asas blogging akan ada 1 seminar+bengkel dalam hujung januari 2010 nanti. kalau bro nak join nanti boleh tapi ni lebih kepada sesiapa yang tak ada basic blogging

  5. reezluv

    gambar sikit je..itu je ke?haha

  6. MokhZam

    bro…xde buat seminar blogging kt area kl ke?…klu ada,insya allah saya cuba datang

  7. wanmus

    nanti lambat pulak loading bro..hehehe..banyak lagi gambarnya

  8. wanmus

    bro ijad dah tak nak buat lagi sebab aritu buat kt KL tapi xde org nak join. so dah stop untuk seminar smart blogging, fokus sekarang kepada asas blogging untuk peserta yang mula2 nak berjinak dengan blogging

  9. cyza

    Memang power la seminar ni kalau kita nak go to another level in blogging business…

  10. wanmus

    yup..kita selalu melihat tapi tak melihat betul-betull..

    fuhyoo… 🙂