Raya Haji dan Bisnes

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Blog | Business | Raya Tarikh: 08 December 2008 | 3 komen

Old town white coffee

Alhamdulillah..selesai sudah Hari Raya kedua umat Islam seluruh dunia iaitu Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali Hari Raya Haji..sebelum itu, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Dan buat pertama kalinya saya beraya di KL..bersama wandy (AM Denso willbe Insyallah, aren (GM Telekom, willbe Insyallah) dan kakak saya di Pantai Dalam.ni pun duk surf kat Old Town White Coffee kat Jaya One, PJ..macamana raya haji anda kali ni? tahukah kita maksud raya haji?

Raya haji diambil nama kerana ianya jatuh pada hari wukuf di Mekah oleh jemaah haji. Waktu yang paling afdhal doa ialah antara pukul 5 ptg hingga 10 malam semalam kerana pertukaran hari dalam Islam ialah selepas waktu Maghrib. Juga sinonim raya haji ini dengan ibadah korban bersempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup korbankan anaknya kerana demi perintah Allah..Sanggupkah kita berkorban seperti Nabi Ibrahim ini?

Inilah maksud perniagaan sebenar..perniagaan yang tidak akan rugi sehingga berakhirnya nyawa kita..iaitu mengikut ajaran Nabi Muhammad dan meninggalkan segala laranganNya. Mampukah kita? jika kita sanggup korbankan keuntungan untuk beberapa ringgit demi menjaga syariat agama, Insyallah perniagaan kita akan maju dan diberkati.

Sebelum melangkah lebih lanjut, adakah halal perniagaan internet ini? Itu pertanyaan yang sering ditanya kepada saya sebelum mereka mulakan perniagaan di internet.. Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh baca tulisan Ustaz Zaharuddin di Perniagaan Internet Halal Atau Haram. Tolong baca dan fahami maksud perniagaan dalam Islam yang sebenarnya.. Internet atau tidak (offline), perniagaan anda perlulah berlandaskan hukum Islam yang telah ditetapkan.. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan daripada-Nya.. Insyallah.. Wallahualam.

**Persoalan: Kenapa restoran melayu tidak menyediakan perkhidmatan wifi percuma seperti OldTown White Coffee Cafe ni, sedangkan saya tengok ramai je datang beli segelas air dan duk main internet kat situ?? Sama-samalah kita menjawabnya..



  1. mhnizam

    sekarang kat kelantan ni dah banyak restoran melayu sediakan wifi…perkembangan positif dari pantai timur

  2. mat kalut

    btul2..kalau kt aku gong badak mmg byk trmasuk warung pn sesetengah da ade wifi

  3. Ronaldmohoni

    kat sabah nih pun dah ada restoran yang menyediakan wifi.