Prosper Siswazah: Kursus Rancangan Perniagaan PUNB

Penulis: wanmus Kategori: bumiputera | Business | Internet | kursus | PUNB | Share Tarikh: 02 November 2008 | 11 komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua..seperti saya katakan dalam post sebelum ni, saya baru balik dari Bengkel Rancangan Perniagaan (RP) bagi Prosper Siswazah anjuran PUNB..nak tahu saya belajar apa di sana? ya mestilah belajar cara2 membuat dan merancang penubuhan sesebuah perniagaan yang bagus dan mampu berdaya saing..

Sebenarnya bisnes ni susah..tapi once kita dapat kuasai, ianya akan jadi mudah semudah dan secantik impian kita..walapun mudah, tak semua yang mampu jadi macam tu..oleh itu, perlunya kita sertai kursus2 dan bengkel macam ni..tapi mahal sangat bengkel ni tau..mahal kalau duit anda dalam bank ada RM40 jer sebab bengkel ni yurannya RM50 untuk 3 hari…HAHAHA..murah giler..sj jer nak wat korang suspend..

ya..bengkel ni saya sertai dari 28-30 oktober 2008. diadakan di Delta Inn, Shah Alam. RM50 untuk penginapan 3 hari 2 malam dan makan 6 kali sehari boleh dikatakan melampau murah tau..nilah bersungguhnya PUNB nak tolong usahawan melayu..

OK..bercerita tentang bengkel plk, memang sgt2 best. gambar kat atas tu gambar hari last kitorg amik kenangan bersama 21 orang ahli peserta dan 4 wakil PUNB iaitu Encik Aziz, Cik Noraini, Encik Mustafa dan Encik Ezani (kot..hehe..lupalah nama dia) yang telah banyak berkorban dan berkongsi idea dengan kami dan juga gambar kecil tu gambar kitorg amik sijil ngan En.Aziz .rasanya macam sekepala jer jumpe untuk partner sesi kali ni..Kami semua happy go lucky tapi semuanya bisnes minded yang happy but serious in bisnes.. 🙂 Lupa nak bagitau yang sesi kali ni ialah sesi ke -52 sejak Prosper Siswazah diperkenalkan sekitar ogos 2005 dan sesi ke-13 tahun ni.

OK..ni bawah ni gambar kitorang semua masa awal pagi sampai lepas daftar..19 orang yang dikenali tolak aku n nazman ialah Shahrin, James (keje jaga sistem celcom share credit), Mud (keje contract manager), Daus, Fadzil, Izham, Hafiza (tokei minyak urut) , Zaini, Hilal (ada cc di kelantan), Hasdi (nak bukak Spa), Ila & sue (nak bukak cc n sekarang manager syarikat sendiri), Nurul, Farhah, Diana (Tokei butik yang asyik kene jadi contoh dalam kuliah), yo, fendi dan Anas..sorry tu je yang ingat..hehe

Untuk hari pertama, kami di berikan motivasi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani oleh Tn Hj Ariffin yang merupakan seorang usahawan dan bekas pemegang jawatan tertinggi dalam beberapa buah syarikat katanya.. Sebelah malamnya pula, diteruskan dengan kelas perancangan perniagaan oleh En Aziz..pagi esoknya tu yang fedup skit sebab senaman pagi dimulakan lewat oleh kerana instructor MSN datang lewat dan semua senaman pagi tu macam kitorang kene wat sendiri..dahlah xder warming down, semua sakit2 badan..Untuk hari kedua ni, perancangan perniagaan diteruskan oleh En Aziz dan disambung oleh Cik Noraini dengan teknik kewangan..macam2 blajar, cara wat cash flow, profit & lost dan semua2 berkaitan kewangan dalam RP. Ni bawah ni sedikit gambar2 sekitar kuliah..macam2 gaya ada..hehe

Malam tu bermulalah tugasan kami menyiapkan satu contoh RP untuk setiap kumpulan..pkl 3 pagi baru tidor, tu pun x siap lagi..rupanya x mudah nak buat RP ni..tp best bila dah siap..bersiap sedia untuk kene hentam petang tu..dan petang tu presentlah RP yang telah siap bagi setiap kumpulan..semua kene hentam..tapi baguslah sebab kitorang dapat pendedahan ape sebenarnya yang PUNB nak kita sediakan..dan sedih sekali bila nak balik..walaupun 3 hari jer dapat kenal semua peserta tu, tapi rasa macam dah lama kenal..rasa macam dah kawan lama..thanks jugak daus ngan james yang sanggup antar saya n nazman ke stesen LRT..thanks kawan2 semua..semoga kita jumpa lagi dipuncak kejayaaan..

GOOD LUCK to all..may god bless us..thanks..

Kepada kawan2 yang nak download semua gambar2…ni link download saya sertakan, download dua2 koleksi:

1- Koleksi gambar kursus PUNB 1

2- Koleksi gambar kursus PUNB 2



  1. akimsensei

    wah musyriz.. hg jd tokei kedai jgn lupa aku noh nti.. roger2.. weh, memandai je kata shah alam tu kecik.. aku pi dh masuk 4x, still tersesat tahap gaban.. haha.. kalau jumpa kapten kt utm tu, hang suruh dia ketuk ketampi sepuluh k. roger.

  2. naim

    erm nk tnye.. lps g kursus nie ade pg wat latihan kat syarikat tertentu ke?? n biasanya bile dia panggil temuduga lepas antar borang prosper siswazah tu??

  3. wanmus

    @akimsensei: belum tokei kedai lagi, baru kedai online..keh keh..apsal kapten kene ketuk ketampi, baik suruh terjun balai cerap je..hehe

  4. wanmus

    @naim: tak ada naim, lepas kursus ni terus wat kertas kerja dan submit. Kalau lulus, akan dapat duit dan kene gi kursus 1@2 lagi sebelum leh guna duit tu..

  5. Malaysia web design

    memang mudah ke

  6. nazri

    slm admin..
    sy dan sepupu dah join skim prosper RUNCIT
    smlm dh g taklimat
    RP pon dh siap..
    tp ade lg yg ckit kna touch up
    esp. part kewangan..
    ade x contoh RP tok bengkel kereta??
    saya amat2 perlukan coz nak tau perbelanjaan nye.. (part kewangan)
    thanx
    slm……….

  7. wanmus

    wsalam.
    maaflah, saya pergi je kursus ni tapi RP tak hantar lagi

  8. nazri

    o..yeke..
    ade ape2 handout x yg lh share ngan sy tok run biz…
    yela…sume org nak wat biz..tp ilmu tok run tu kna ade gak
    lau xde..tu yg rmai stop tgh jln..ye x??
    so…lau awak ade ape2 handouts, nak gak mintak..as a guideline for me…
    thanx…

  9. jutawansenyap

    baru nak joint skali umur dah expired dahhh

  10. Ronaldmohoni

    Murah giler tu. Rm50 untuk 3 hari 2 malam. Dahsyat.

  11. Muhammad Adziem Shafiq

    Assalamualaikum… Bro, bahu bertanya byk perkara, boleh bantu? sy perantis PUNB,ingin memohon skim Siswazah ni~ apparently, tak byk data dapat sy kumpul, even dah pegi PLPSP pun, masih buntu, kena isi borang Siswazah tu dlu ke?