Nak KAYA Tapi Tak Kaya-Kaya
Wah…sebut je nak kaya, semua angguk kepala (saya pun..hehe). Yerlah semua nak kaya. Kalau kaya senang hidup, sebut je ape nak semua akan dapat. Tapi kenapa wat bisnes tak kaya-kaya jugak?Join skim cepat kaya tapi makin cepat miskin jadinya. So cmner nak kaya ni..leh ajar x?
Sedang melewati blog blalang, isuhangat tadi, terbacalah satu post yang menarik iaitu tips menjadi kaya. Hmm..banyak yang betulnya. so nak kongsi ngan semua pelawat kesayangan saya.. Jom kita menelaah secebis ilmu KEKAYAAN ini
Tips menjadi kaya
1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.
Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.
Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.
2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.
Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha ‘melebatkan’ wang.
3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul
Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.
4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan
Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.
5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.
Istilah ‘kebebasan kewangan’ sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.
Jika anda ada pandangan dan idea mengenai nak jadi kaya ni, jangan lupa tulis kat bahagian komen kat bawah ni..semoga sama-sama kita jadi KAYA dan ada otak orang KAYA
Dipetik dari Isu Hangat: Tips Menjadi Kaya
10 July 2009
Masa 3:27 am
ya. setuju!
yang penting ialah keyakinan kita tu. kalau kita betul2 yakin dan usaha, InsyaAllah boleh berjaya dan kaya! =)
10 July 2009
Masa 11:11 am
@alone: betul tu bro. kalau buat kerja dengan tak yakin, satu keje pun tak pasti lagi berjaya ke x
10 July 2009
Masa 2:47 pm
hendak menjadi kaya perlu ada “burning desire” iaitu keinginan yang meluap-luap untuk menjadi kaya.. bukan sekadar keinginan yang biasa-biasa sahaja.semua orang teringin dan ingin menjadi kaya. tapi tak semua memiliki “burning desire” untuk kaya.. Ramai jutawan hari ini memiliki sifat ini untuk menjadi millionaire bukan keinginan yang biasa-biasa.
keinginan yang biasa-biasa tak cukup memotivasikan seseorang itu untuk menjadi kaya sebaliknya keinginan yang disertai kemahuan, kehendak dan keazaman yang akan memacu seseorang itu untuk memburu kekayaan:)
10 July 2009
Masa 6:21 pm
Kekayaan bermula di minda kita. Kita mesti percaya (have faith) yang kita boleh kaya. Bukan kerna kita tamak tapi kerna kita percaya yang kita boleh buat. Anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Ada satu buku yg sangat baik yang saya nak kongsi. Tapi dah lupa download kat mana. Nanti kalau dah dapat saya nak kongsi kat awak semua. Jangan risau, free saja. Lepas baca buku tu, pandangan saya tentang kekayaan telah berubah. Sbnrnya, kita yang menentukan samada kita kaya ataupun tidak.
p.s – buku tu saya tak jumpa lagi, tapi nanti kalau saya jumpa saya bagi free je. Sesape yg nak sangat, boleh email saya kat givingmybest@gmail dot com. No catch, just want 2 share. Sharing is caring.
11 July 2009
Masa 4:14 am
marilah kita sama2 jadi kaya… insyaallah 🙂
11 July 2009
Masa 9:03 am
Hmmm niat untuk kaya? … aku niat untuk mebantu keluarga aku dan orang-orang yang memerlukan… Insyallah
11 July 2009
Masa 4:42 pm
@mfadhly: semua orang nak kaya bro. Tapi bagi kita orang biasa ni, dapat 30-40 ribu dah rasa kaya. Tapi mungkin yang dah senang sekarang, 1-2 juta baru rasa kaya..hmmm..fikirlah anda di tahap mana
07 July 2010
Masa 5:15 pm
nak kaya tapi enggak kaya2 trus soluzinya nak gimana
14 September 2010
Masa 11:02 am
tak jadi kaya pun bila nak jadi kaya
18 February 2011
Masa 5:19 pm
Nak kaya perlu berfikir seperti orang kaya.