MLM Penipu!

Penulis: wanmus Kategori: Berita | Buat duit | Buluhmas | Ceramic Business Club | Internet | MLM | Penipu Tarikh: 03 February 2010 | 31 komen

island_red_cafe_stevens_cafe_scam

Lepas satu..satu kena tutup atau didaftarkan kembali..macam2 taktik peniaga otak penipu ni untuk tipu rakyat Malaysia yang baik hati dan mudah tergoda dengan tawaran kekayaan!!! Geram tau sebab yang ramai kena tipu adalah orang melayu yang tamak nak jadi kaya cepat..aduss.. padahal kalau tanya, ada yang dah pernah kena tipu sebelum ni tapi still lagi nak mencuba nasib untuk ditipu lagi agaknya..

Tahun lepas riuh MLM ceramic club kena serbu dengan Bank Negara sebab katanya tak ada lesen untuk jualan langsung. Semua ingat boleh lepas dan berjalan macam biasa, last-last bila lepas semuanya menjadi makin teruk dan makin nak aniaya pelanggan. Yerlah lepas pembayaran komisyen bentuk duit dikurangkan, diperkenalkan pulak pointlah, kuponlah ntah apa lagi diorang ni. Nanti berkubur, mesti wat syarikat guna nama lain tapi modus operandi yang sama..

Kali ni nasib island red cafe dan steven’s corner pula. Katanya ada 1 lagi yang akan dibongkar nanti, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Semuanya kerana menjalankan perniagaan MLM tanpa pendaftaran atau sijil jualan langsung..aduss..nak meniaga tu dah cantik dah tapi bila tak de lesen tu yang terus jadi tak cantik.

Ni keratan dari akhbar thestar online pada 30/1/2010 yang lepas:

KUALA LUMPUR: The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry is investigating three cafes on allegations that they conducted sales similar to a multi-level marketing scheme but without licence.

“The cafes were registered as private limited companies but they were not registered as companies under the Direct Sales Act,” said Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

He named two of the cafes – Island Red Cafe and Steven’s Corner – and said the third one would be revealed later.

One of the cafes would be hauled up to court next week, he said.

Ismail Sabri said the companies ran foul of the law because the businesses were regarded as an interest scheme under Section 84 of the Companies Act.

He said multi-level marketing schemes required approval from the ministry, which would then issue direct selling licences.

One of the cafes also took RM7,000 in deposit, resembling a pyramid scheme, he said.

Since commercial crime involved several jurisdictions, Ismail Sabri said the Government had decided to come up with a task force comprising the Companies Commission of Malaysia (SSM), the Securities Commission, the police commercial crime division and Bank Negara to help in the investigations.

The task force, he said, would be established within a month after discussions with Bank Negara. SSM chief executive officer Datuk Azmi Ariffin would head the task force.

Speaking to reporters yesterday after closing the “Your Business Starts with Companies Commission of Malaysia” programme, Ismail Sabri said that so far, 6,373 cases had been filed in court for non-compliance with Companies Act provisions.

He said 90% of the cases had been solved and only 123 cases were left and these involved serious corporate governance cases.

In his speech earlier, he urged small businessmen, such as those working in night markets, to register with the SSM.

Otherwise, it would be difficult for them to get bank loans, he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/30/nation/5577080&sec=nation

Tak tahulah apa nasib peserta yang dah join..boleh ke x duit korang balik pasni. Ceramic senyap tanpa bagi balik duit peserta, buluh mas dan norazd pun senyap..



  1. Anarm

    org2 macam ni la yg memburukkan nama MLM.. masuk NERAKA laa.. buruk benor perangainye..

  2. wanmus

    masa naik aritu bukan main promosi dan gah sekali, tapi bila kantoi camni, senyap je diorang..tulah bila berniaga tak betul

  3. Aqif

    Apa yang diperkatakan Anarm itu betul. Golongan seperti yang telah memburukkan nama perniagaan Multilevel Marketing. Dan adakalanya silap individu itu sendiri yang terlampau “asyik” dengan duit tanpa memikirkan latar belakang syarikat itu sendiri.

  4. wanmus

    bila nampak duit dijanjikan, semua gelap mata

  5. […] http://wanmus.com/mlm-penipu.html Share and Enjoy: […]

  6. Aqif

    Saya setuju. Jarang yang “betul-betul” melihat.

  7. syahbandar87

    orang kita akan terus diperbodohkan dengan perkara2 mlm ini..dah bnyk dh tapi tak serik..ketuanya adalah cina dan yg joinnya adalah melayu islam..slalu diperbodohkan..tektik lama..bila jd camtu ckp la macam2 alasan..ada yg x amanah la..orng tengah larikan duit la,pengurusan x cekap la..tp hakikat duit ahli2 yg br masuk semua lesap..malah rmi yg rugi berbanding untung..penipuan yg boleh diulang-ulang..kerna orng kita seakan2 mabuk arak bila dengar mlm dan mmg x akan serik..malah kadang2 jadi macam candu pulak..bila kena skali jadi ketagih..nak lagi dan terus nak lagi..mungkin juga macam judi..skali kalah nak main lagi..main dan terus main..

    kes kena tipu satu hal..umat islam yg join ni x pernah merujuk terlebih dahulu pakar muamalat islam..itu yg lebih menyedihkan..spt kata ustaz zaharuddin iaitu pakar muamat islam,kebanyakkan mlm adalah haram disebabkan beberapa faktor..namun ada sapa2 nk amek tau?macam xde je.huhu..sedih2..

    disini aku sediakan knp sejumlah besar(hampir semua tp masih bkn semua kut.hehe)mLm adalah HARAM disisi Islam..

    http://syahbandar87.blogspot.com/2009/11/haramkah-mlm.html

  8. wanmus

    lenkali berhati-hati untuk melabur..takde orang nak bagi kita senang dengan mudah je..

  9. insan bersifat Khilaf

    huh, Multi Level Marketing..
    Fikir Dahulu SEbelum Buat..
    Logik Atau tak,
    Labur ribu2 baik buka perniagaan atas trading sendiri,
    Lgpn, tidak kah pelik dengan marketing plan yg ditawarkan,
    Produk nyata bersifat fizikal menjadi Maya pulak, ( pelaburan )
    mengaburkan BNM,

  10. rusliesophian

    Ngapalah orang kita tak pernah serik2!?

  11. wanmus

    sebab tawaran dan impian yang ditaburkan terlalu mengaburi mata orang2 kita semua ni

  12. […] See more here: MLM Penipu! […]

  13. Faizal Syukri

    kalau sebut pasal MLM, pure MLM ni, bonus dibayar berdasarkan jualan, bukan per kepala (head hunter). Kalau kite perhatikan betul2, MLM yang based pada sistem per kepala ni, susah nak bertahan. Kita berniaga, xkanlah sampai kiamat asyik nak kene taja orang je semata2 untuk income. Lain plak halnya dengan bonus dibayar berdasarkan jualan. Produk yang ok akan memberikan jualan ulangan. Dan memamg wajib bagi syarikat MLM menyediakan produk yang berkualiti berbanding produk2 jenama biasa kat kedai.

  14. wanmus

    betul tu..tapi kebanyakkan buat MLM ni nak untung je tak kira produk tu produk sampah pun..yang penting mereka dapat duit..tu yg orang marah tu. dah lari dari konsep sebenar MLM tu sendiri

  15. Faizal Syukri

    yup..last2, org akan salahkan MLM..orang akan kata MLM penipula, MLM produk xok la, MLM cekik darahla…
    Nak wat camne…nasibla…
    Cmne pun, pure MLM je yg mampu bertahan dan semakin berkembang sebab kepercayaan pelanggan pada produknya.

  16. Jaws

    aku dah lama tak berminat ngan MLM..
    dulu masuk utk dapat pengalaman..
    memang pengalaman dalam MLM berharga..
    sebab tu Donald Trump soh join MLM dulu kalo nak bermula..
    dari situ kita kembangkan segalanya..
    disitu cuma permulaan..
    pengakhiran bukan disitu..

  17. wanmus

    betul jugak tu..MLM lah banyak mengajar cara kita tak tipu orang, cara jual barang, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan macam2..hoho..kenangan lama

  18. Nadri

    STG di Tmn Molek dah tutup..

    IRC di Tmn Johor Jaya tak sure dah tutup ke blm??

    berhati2lah dgn skim2 pelaburan yg menawarkan pulangan yg tak masuk akal..klu skim tu betul, dah lama Bank2 kat malaysia nie tutup takde pendeposit..

  19. MOHD AWALLUDIN B. YAMAN

    MLM adalah satu sistem perniagaan. Apa perniagaan pun perlu ada rangkaian, baru perniagaan itu boleh berkembang dan maju. Bohong sungguh kalau perniagaan tiada rangkaian. Jadi pilihlah MLM yang tulen. Syarikat mesti kukuh dan berwibawa, Produk berkesan kepada pengguna dan boleh “repeat sale”, pelan pemasaran yang realistik dan tidak”over paid”. Sertai kami http://www.shamelinsmart.com/
    Terimakasih dan Selamat Maju Jaya.

  20. ahmad mudahir

    Salam,
    MLM ni perlu kepada plan pemasaran yang tidak ada penindasan, tiada unsur riba dan tidak ada elemen skim cepat kaya tapi skimnya boleh jadikan kita kaya. keduanya produk mesti la betul2 ada, bermanfaat dan harganya munasabah.
    Terima kasih & Wassalam.

  21. khairul

    Baru2 ni apa sorang brader ni ajak aku join satu bisnes WHR RESOUCES, sykt tak pernah dengar pun sebelun nie, pakej paling rendah RM 499, lepas 18 bulan dapat RM 10K. bleh caye ker???? dunia dunia……………

  22. wanmus

    hehe..biasalah tu..semua nak sebut riban2 dan juta2 je kalau main bab MLM ni

  23. FIRAUN

    sape nak bg duit riban2 free2 jerr.. huh.. kalo nak duit kenala usaha. Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali mereka sendiri mengubahnya. betullah tu, sape2 yg melabur konon tak payah keje bleh dpt duit bulan2, maka mereka telah mengubah nasib mereka kepada papa kedana. guna akal sikit, sapa nak bg duit kat kita kalo tak kerja? usaha tangga kejayaan

  24. wanmus

    tapi tetap masih ramai yang kena tipu

  25. suhaimi

    Bagi sya, tak semua MLM tue boleh dilabelkan sebagai penipu. Apepun kene kaji dl pelan pemasaran, product, training yg ditawarkan oleh company. Amek mase sket.. before invest. Bukan just tgk pada keta besar (yg kadang2 tue smpai pinjam keta kawan).. Bkn tgk pada statement… untuk kita menilai sesebuah organisasi network marketing tersebut..

    Network Marketing nie adalah satu peniagaan yg unik sebenarnya kalau di kaji betol2.. Kalau nk ckp MLM nie skim pyramid.. mcmana plak dgn bidang pekerjaan? Kita kerja teruk2 yang untuk mengkayakan boss kita. Tak ke system pyramid tue?

    So, kesimpulannya.. ape2 pun kita kena pandai kaji and reasearh sket bekenaan company. Sbb orang2 yang tak ada modal yg tinggi tp minat nak wat biz mcm sy ni.. Network marketing is the option that we have besides other business out there yg memerlukan capital yg tinggi.. Selain dari tue training2 yg company MLM tue sendiri akan banyak membantu kita esp. dari segi personal development.. And dari network marketing nie kita leh dapat banyak pengalaman untuk proceed to the conventional type of business.

    Anyway, it is just my oppinion. Tak semestinya pendapat sy nie perlu bangkang or sokong.. Lihat, pikir and digest.. what is the best for your future. But one thing for sure, you must do something different, to get different result, rather then repeat the same thing everyday and expecting something different in future. IT WON’T HAPPEN!! Trust me. And please don’t let your boss decide what will be your future. U decide what you want for your future. Thank You. 🙂

  26. mohd kamaruzzaman b ab kadir

    saya suka jalankan bisnes dcl sebab wlaupun bonus x besar diperingkat permulaan, tapi bertambah bila network kita ramai, jualan kumpulan akan besar, malangnya orang kita x nampak perjuangan mulia ini, bila duit letak dihadapan, memang x kan nampak muslihat syarikat yg menipu, sedih betul x ramai yang buleh ikut sistem MLM tulen seperti dcl ini… sy x bersetuju kalau ada yang letak sistem MLM semua sama, terbukti orang2 yg ikhls berjuang dlm MLM, akan cuba mbantu rakan niaga bawahan utk berjaya dahulu baru lah kita juga akan berjaya

  27. mohd kamaruzzaman b ab kadir

    sape2 yang ingin berjuang dalam DCL bersama saya sila tel ke no ini (012-9631073, 0145386725)

  28. joe

    saye pown org MLM jugak..tapi satu jek mak saye pesan ape pown kite buat biar lah halal…so saye test nasib dlm perniagaan mlm nih saye bwt SCORE A…alhamdulillah lah..x dew lah dpt 5 figure sume…sebab useha saye x same ngn usehe dyeorg tapi ckup lah duit poket tok beli rokok ngn duit minyak n duit makan kat U…satu jek saye pesan sape nk bwt MLM nih kene tgk 4 FAKTOR…syarikat..bisnes plan…product…dgn team…and the MOST IMPORTANT HALAL…coz duit kite nih buat beli makanan so jadi darah daging…byk syarikat MLM x dew sijil syariah n kepatuhan syarak…btw ini sakadar perkongsian kite bersama…nk bwt MLM pilih yg btol2…lagi satu tgk product tersebut adalah sampingan atau keperluan…TQ…

  29. cikgu yi

    salam…untuk lebih selamat..Say No to MLM..diaorg ni ayatnye manis tak ingat dunia.dh perit dh dengan MLM ni.yg jd mangsa kebanyakan org melayu.beli emas fizikal lg baik….;)

  30. sharil

    maaf aku off topik sket. aku nk ceritakan sket bahana MLM ni. ape yg terjadi pd aku. baru sebln lepas aku berpisah dgn wife aku. sumer krn bisnes mlm ni. isteri yg aku syg da lupa diri sejak sertai mlm ni. dia rasa dia hebat bila dia sertai mlm ni. sampai berani ckp dkt aku, xde suami pon xpe. kehidupan kami pon berubah. dia terlampau taksub dgn mlm nye. selalu tinggalkn anak, n selalu blk 2-3 pagi. bisnes larut mlm katakan. weekend pon attend training la, meeting la. duit je pkir. sampai berani lwn suami. x bole ditegur. x respect pd suami. tp bila dgn kwn2 mlm nye bukan main mesra. kwn ppuan laki da xde beza. bila tgk laki yg join mlm tu hebat, mula membandingkan dgn suami. ntahla, byk lg buruk dia. bg aku senang cite mlm ni byk buruk dr baik. sampaikn ustaz jawi kl (ustaz abdullah, unit kaunseling keluarga) yg aku rujuk psl masalah rumahtangga aku ni pon geleng kepala bila aku ckp psl wife aku join mlm ni. katanya, byk jugak kes penceraian yg berlaku ade kena ngena dgn mlm. kira kes mcm aku ni byk la. so, pd suami2 yg wife dia nk cebur mlm ni b careful ok. i also heard psl budaya scandal2 n bersekedudukan ni ade dlm mlm ni. kata gi meeting, tgk gi dating. kite x kn nk ikut dia je tiap2 kali dia buat xtvt mlm kn. so it’s better prevent dr biarkan kn? yg wife dia blom start lg, masih belom terlambat utk do something. nasihatla isteri korang. sekian dulu dr aku.