Kos Pos Naik, Harga Barang Naik Ke?

Penulis: wanmus Kategori: Berita | Buat duit | Business | Pos | Setem Tarikh: 07 April 2010 | 24 komen

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengumumkan bahawa harga setem dan semua servis oleh Pos Malaysia akan naik bermula Julai ini. Mendadak jugak tau. Yerlah kalau dulu surat biasa boleh pos guna setem RM0.30 je, tapi nanti kena guna setem RM0.60! naik sekali ganda tu..Hohoho..Macam biasalah, bila minyak naik, harga barang naik..Kalau harga pos naik, harga barang2 jual di internet naik jugak ke?

Mungkin itu patut difikirkan oleh penjual dan pembeli barangan di internet. Kalaulah setem naik sekali ganda, servis lain macam PosLaju dan PosEkspress pun akan naik sekali ganda jugak ke? Harap2 janganlah naik tinggi sangat..Sikit2 tu ok lagi kot. Sebab PosEkspress dah naik harga sikit awal tahun 2010 aritu. Ni kalau naik lagi, tak taulah berapa.

Posmen naik gaji, setem lebih mahal

Strategi Pos Malaysia berkuatkuasa Julai

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti, setara amalan terbaik antarabangsa.

Apabila dilaksanakan nanti, harga setem pos domestik bagi mel standard seberat hingga 20 gram akan dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan mel seberat hingga 50 gram harga setem akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 70 sen.

Kenaikan harga itu juga membabitkan mel standard yang beratnya kurang daripada 50 gram, mel bukan standard yang beratnya kurang daripada 100 gram, bahan cetak berkala, PosDokumen, mel berdaftar dan bungkusan kurang daripada dua kilogram.

Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan mel bukan standard melebihi 100 gram hingga dua kilogram, Peti Surat, beg berkunci dan serahan tingkap.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata penyusunan semula tangga gaji dan elaun hampir 2,000 posmen dan kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain akan berkuatkuasa Julai ini.
Katanya, penyusunan semula yang sudah mendapat persetujuan kerajaan itu akan diumumkan Pos Malaysia Bhd selepas urusan pentadbiran dan penstrukturan semula selesai.

“Seperti yang diketahui umum, gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 sebagai permulaan dan RM710 untuk kerani pos, itu boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan.

“Dengan dasar untuk menyemak semula gaji ini dan beberapa elaun pokok maka dapatlah dianggap bahawa posmen serta kerani pos kita nanti sejajar pendapatan mereka dengan mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementerian itu di Istana Budaya, di sini, semalam. – Bernama

Dipetik dari Berita Harian

Jawabnya kena pos awal2 semua barang sebelum Julai 2010 ni(termasuklah kad kahwin 🙂 )..tapi bila difikirkan gaji asas posmen bawah had kemiskinan, memang perlu dinaikkan gaji. Kesian kat posmen yang berhempas pulas, berhujan panas tu nak hantar surat kat kita selama ni.

Hmm..apa pandangan anda? Patut ke naik harga?



  1. Nurul

    nurul tak tahu la nak ckp samaada ptt naik harga atau tidak. tp semua benda jd ada sebabnya kan..

  2. Jana Wang adsense 2.5

    He3…
    Mana2 la..
    Asal jangan sampai menyusahkan banyak pihak terutama penjual.. Susah ati nak naikkan harga untuk tampung kos mengepos atau x.
    Tapi kalau betul kualiti perkidmatan dapat ditingkatkan, bagus lah..berbaloi2..:P

  3. alone

    aduh.. setem pun naik harga =(

  4. Azizuan

    aku rasa akan naik gak even tak banyak..gerenti punya..benda macam ni la yang buat ramai orang nak ambil kesempatan..pantang naik, semua nak naik..tapi bila turun, masing-masing buat tak paham..haha…

  5. wanmus

    iya tapi janganlah naik sampai sekaliganda

  6. wanmus

    penjual naikkan harga, yang sakit pembeli jugak nanti

  7. wanmus

    tu ar..ingat tak naik2 dah..naik jugak rupanya

  8. wanmus

    yang paling rasa kesannya ialah bisnes dari rumah yang banyak gunakan pos ni..yerlah diorang tak ambil untung banyak..so terasalah jugak kalau kos pos naik

  9. Dila.13

    Thank you bro wanmus untuk entri ni. tak perlu dah saya belek online paper yg selalunya ambil masa lama utk loading homepage. tapi rasanya memang lumrah jadi rakyat mana2 negara, apa2 kos yang ditanggung oleh badan gov atau private, consumers yang disuruh untuk tanggung.

  10. wanmus

    tu ar..balik2 rakyat yang tanggung..hoho..kesian rakyat

  11. Natrah

    Pos Malaysia sama macam company mcm Nationwide, Fedex, Panasonic, Nestle, Sony, etc.. Smua ditubuhkan utk buat untung, sbb smuanya bukan badan kebajikan. Jadi, bnda2 mcm ni naik, biasalah. Kenapa bila TV naik harga kita tetap beli wpon harganya ribu2, tp bila setem naik 30 sen kita perlu salahkan kerajaan? Humm… fikir2kan… ~hnya berkongsi pndapat~

  12. Nizam76

    Thanx kat sapa2 yg support gaji kerani kaunter pos mcm sy yg dah servis 10th tp gaji kasar tak sampai rm1500..nak tanggung anak bini pun tak cukup.naseb baik kerajaan sedar nasib kami setelah 18th mengharap..alhamdulilah.naik gaji sikit pun jadi la..boleh idup pun cukupla.

  13. Hafiz Lidin

    kos pos naik? ini bermakna kita semua harus berpindah kepada alternatif baharu iaitu… produk digital yang dijual di internet 🙂 tanpa perlukan setem dll

  14. wanmus

    tapi peniaga barang fizikal tu kesianlah..hoho

  15. Amy

    aku rasa akan naik gak even tak banyak..gerenti punya..benda macam ni la yang buat ramai orang nak ambil kesempatan..pantang naik, semua nak naik..tapi bila turun, masing-masing buat tak paham..haha…

  16. hana

    Pada Hana.. terjejas jugalah sbb niaga barang besar seperti comforter set tu… tgh fikir macam mana nak atasi.

  17. marjan

    Dari tahun 2005 sehingga 2010 sudah berapa kalikah puak-puak KAKITANGAN KERAJAAN ini naik gaji tak ada pulak siapa nak kecoh tapi kalau posmen naik gaji suara tak uas hati bersepah dalam akhbar, tahukah anda dalam tempoh 18 tahun POS MALAYSIA diswastakan dari tahun 1992 sehingga 2010 inilah baru pertama kali kerajaan mengumumkan kakitangan pos naik gaji sebelum ini semua orang sebok nak cari salah kakitangan pos Tahukah anda kami selaku kakitangan Pos Malaysia cuma mendapat 11% itu pun dikira dari gaji akhir tahun 2008 ( INIKAH BANGSA YANG DIDIK SELEPAS 50 TAHUN KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN )

  18. jutawansenyap

    meniaga ebay kene naik hager lah kan

  19. jutawansenyap

    yang untung penjual gak yang tukang beli terus hidup dlaam kerugian

  20. jutawansenyap

    setem naik harger meng terjejas peniagaan aku

  21. jutawansenyap

    aper company pon semua nak untuk kecuali NGO yang baut misi kemanusiaan tapi kalo niaga tetep nak untuk untuk disalurkan kepadstempat dier

  22. jutawansenyap

    selagi ekonomi dipegang oleh kapitalis memng camnih .. betukar kepada ioslam pasti bahgia

  23. jutawansenyap

    org kerejaan meng cam tuh duit dapat banyak tapi asyik cakap tak cukup ynag kejer swaasta meng kesian lah

  24. jutawansenyap

    nanikkan jer harge shipping nak buat camnerkan takkan nak rugik plak