Kenapa Belajar Lain, Kerja Lain, Minat Lain?

Penulis: wanmus Kategori: Buat duit | Business | hidupku | Ibu | Internet | Jawatan Kosong | Kerja | Kerja Kerajaan Tarikh: 26 March 2010 | 65 komen

Kerja..kerja..kerja..semua yang dah habis belajar pasti pening kan fikir nak kerja apa? Pas satu interview, satu interview pergi..tapi kerja tak dapat2..Last-last kerjalah sementara kat stesyen minyak atau pasaraya sebab nak tunggu result interview atau cari interview lain. Balik rumah mak ayah bising sebab tak kerja lagi. Nak tidur malam tak lena sebab fikir kat mana lagi nak cari kerja. Harap gaji kerja sementara tu berapa ratus sangatlah. Pastu mulalah salahkan diri sebab salah pilih kursus kat U..

Betul ke sebab salah pilih kursus (course) kat U yang jadi penyebab? Atau orang kata pelajar Universiti ni tak reti buat kerja. Lebih baik amik budak ILP, IKM, IKBN yang ada diploma atau sijil tu sebab gaji murah sikit dan tahu buat kerja. Betul ke? Banyak lagi lah ayat2 yang saya pernah dengar dan korang sendiri pernah dengar kan?

Itulah yang jadinya minat lain, belajar lain, kerja lain. Contohnya anda minat nak jadi arkitek. Tapi family nak suruh jadi doktor. So anda pergilah kat Universiti belajar course doktor yang korang kurang minat tu. Bila belajar apa yang korang kurang minat, of course nak score tu susah kan? hmm jawabnya result cukup2 makan. Pas habis belajar, susah nak dapat kerja sebab result tak cukup bagus (tu pun untung kalau tak kena buang dari universiti). Tu yang korang terpaksalah amik kerja mana yang ada terlintas di depan mata. Jadilah minat lain, belajar lain, kerja lain..

Kepada adik-adik yang baru lepas SPM, STPM atau sahabat yang baru habis belajar tu, jangan tersalah membuat pilihan. Jika tak boleh masuk dengan bidang tu, janganlah habiskan masa dalam bidang tu. Tapi ingat, jangan yakin sangat dengan minat tu boleh memastikan korang berjaya nanti. Kalau minat saja tapi

Saya? saya ni sebab mula-mula ingatkan minat bahagian engineering tapi bila dah masuk, minat kat komputer tu lebih lagi dari minat kat engineering rupanya 🙂 Tu yang belajar engineering tapi kerja ni berkaitan komputer.

Jadi saya kongsikan info berkaitan untuk kita pastikan yang adik2, anak2 atau anak buah kita tak tersalah pilihan seperti kita dulu :

MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN

Selepas sekolah – atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti – apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.

Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.

Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.

Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih kursus & universiti mana yang terbaik.

Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.

Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www.mohe.gov.my

Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.

Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.

Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:

Aktuari

Arkitek

Bioteknologi

Bioperubatan

Veterinar

Dietetik

Juruterbang

Sains Nuklear

Untuk bacaan lanjut, boleh dapatkan dari Bahagian Kaunseling USM

Tapi jika dah berjaya nanti, jangan pula lupa diri.

Hadith : Rasulullah saw. bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
Riwayat Muslim

Adakah minat anda sama dengan apa yang anda belajar atau sama dengan apa yang anda kerja sekarang ni?? Jomlah share sikit kat bawah ni 🙂



  1. boss

    pelajar ILP, IKM, IKBN mmg la experience lebih sikit sebab diaorang buat praktikal banyak. tetapi student u kelebihannya pada analisis dan penyelesaian masalah..

    tetapi jgn risau boss2, manager2 kat sana tu semua student u tau.. they know how to use and judge you.. so my friends don’t worry.

  2. wanmus

    betul jugak..beza jenis kerja yang mereka boleh buat. eksekutif biasanya nak dari ijazah ke atas, kerja teknikal biasanya nak sijil n diploma.

  3. ramlee

    a’kum, wanmus saya puas hati dengan servis anda.. servernya sangat laju.. tq

  4. wanmus

    wsalam. alhamdulillah.. terima kasih atas sokongan yang diberikan

  5. Anarm

    ni kes lari bidang la ni kan? aku pon lari bidang gak.. nasib baik keje sekarang dlm bidang yg aku minat..

    zaman sekolah dulu2 aku belajar kejuruteraan awam.. ingat nanti bleh la jadi arkitek.. sekali dpt result, FAILED pulak.. hahaha.. tu laa.. byk main sgt.. keh3..

    apply U langsung takde yg sangkut.. hangin je rasa.. tp ada dapat offer dari kolej2 swasta.. then pilih la tawaran study dlm bidang Multimedia kat 1 kolej tu.. alhamdulillah, pilihan aku buat tak salah walaupun ada skit2 yang aku tak minat.. alhamdulillah sekali lagi sebab keje aku skrg ni pon ada kaitan dengan apa yang aku belajar..

    psstt: apa pandangan korang tentang U dan kolej swasta? mane lagi bagus?

  6. wanmus

    rasanya ramai lagi yang lari bidang kat luar tu. tapi jika bidang kita masuk tu tiba2 kita jadi minat, alhamdulillah..tapi kalau tak makin menyampah tu yang bahaya tu.. bagi saya, swasta atau kerajaan ada pro n kon. tengok bidang mana kita nak pergi. sebab sesetengah bidang mantop kat U kerajaan dan sesetengah lagi bagus amik kat swasta

  7. boy_bersahaje

    Topik ni memang best. Rase macam terkene tempias jugak kat aku. Actually, belajar bagi akau adalah untuk bekalan di hari tua. Macam kes aku sendiri, aku belajar dan sambug belajar adalah disebabkan kehendak orang tua. Tapi aku tidak terpaksa dan alhamdulilah, aku minat dengan apa yang aku sedang lakukan (belajar)

    Kalau ikutkan hati, habis spm memang terus nak cari duit sendiri, but that’s not the best way. So, ilmu yang ada tidak la semestinya kene sepadan dengan kerja yang bakal kita dapat.

    So, bagi bakal graduate nanti, fikirkan lah apa perkerjaan atau bisnes yang terbaik untk dilakukan andai apa yang kamu belajar bukanlah pada minat. Banyak peluang, cume kena pandai guna peluang yang ada

  8. wanmus

    boy ni kalau terus bisnes pun dah pakai mercedes kot..lagi2 bisnes online makin mantop..giler ar..

  9. Anarm

    tu la org ade ckp, minat bleh dipupuk… tp kalo tak minat jugak, memang bleh mendatangkan bahaya..seraamm.. so kene la buat pilihan dengan bijak..

    zaman sekarang ni kelulusan diploma ke ijazah ke apa2 ke dah tak penting sgt kan? yg penting boleh buat kerja.. mencabar btol alam pekerjaan ni.. hmm~ kalo la bleh undur balik masa pegi ke zaman study, komfem akan buat sehabis baik.. 😛

  10. Jmay

    Menarik2..ak lak ambik jurusan elektrik n elektronik..memang dari kecik minat bidang tuh..n skrng pn ngan happynyer mengikuti pengajian dlm bidang tuh..mak bapak..bagi freedom untk ak pilih kerjaya sendiri..tapi ak nyer target bukannya untuk kerja ngan orang len smpai mati..ak ingin buka bisness sendiri suatu hari nanti..at least jadi vendor dlm elektrik n elektronik pun cun jugak..hehe..sekadar berkongsi 😀

  11. shaharil

    1. ikut kemampuan.
    Jika kita datang daripada keluarga yang susah, pilihlah U kerajaan. Nanti habis belajar tak mampu pulak nak bayar hutang PTPTN.

    2.kepakaran dan kemudahan yang sedia ada.
    Sesetengah pusat pengajian tinggi ada kepakaran masing -masing. Contohnya, UUM yang lebih kepada bidang Perniagaan dan keusahawanan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Di UUM, pelajar digalakkan menceburi bidang keusahawanan.

    Minat.
    Ini bab yang paling penting. Masuk U perlu berdasarkan kos yang anda minat.

    Setakat tu je lah pandangan kita.

  12. muhammad fakhruddin

    pesan ayah saya…kalau nak belajar fokus betul2 pd belajar, jgn kisah sgt psl kerja.Kerja tu…rezeki Allah kan ada kat mana2

    Minat memang faktor penyumbang,bertukar bdg pun mungkin disebabkan perubahan minat 😉

  13. Acap

    saya pon penah salah amek course. last2 xboleh nk cover, fail 1 subjek last semester, banyak credit hour tu…. terpaksa la drop out.. 😛 pape pon, saya anggap je tu semua ujian, sebab saya percaya pada ‘kita usaha, allah beri ganjaran’.. rezeki ada di mana2, cuma jangan putus asa… 😀

  14. wanmus

    Kalau camtu alhamdulillah lah, maknanya keluar U nanti tak bergantung sangat nak kerja ngan orang kan? bagus tu..U lain pun patut wat camtu.

  15. wanmus

    iya, tapi kalau kursus kita pilih tu susah nak dpt kerja kat Malaysia ni, pening jugak nanti lepas habis belajar.

  16. wanmus

    wahh..cita2 yang bagus yg jarang anak muda impikan..kalau ada pun, impian semata-mata..buktikan pada orang lain yg anak melayu boleh juga berjaya

  17. wanmus

    hoho..setiap orang pernah ada waktu sedih dan jatuh..tapi terbukti minat bro melukis lebih patut bro fokuskan..

  18. siha

    saya pulak takde kelulusan, SPM cukup2 makan. Alhamdullillah, skrg kerja memuaskan! Tak sepadan kelulusan saya, ha, ha. Nak tau ape. Pembantu Tadbir Kewangan padahal Math. masa SPM dulu , ngam2!!!

  19. wanmus

    hehe..tulah namanya rezeki. kerja sekarang tengok result masa nak interview je..lepas tu, kekadang kerja tak berkaitan berlajar pun

  20. jude

    fuh!! mmg best topik ni..i ni lulusan spm 1999.Pangkat 1 aggt 18.tp i x p sambung belajar?tahu kenapa?masalah kewangan..dulu family i mmg susah giler..adik beradik ada 12 org..bapa i kerja x tetap.lepas spm I p Singaore jd operator kilang.Mula2 tu ingat nak kumpul duit pastu p sambung study.tp bila i dapat gaji RM3k-4K per month i da malas p belajar.tp i da menyasal skg!! pasal ada org Msia d kilang i kerja ENgineer coz diorang ada degree.tp result spm dia x pun dapat mcm yg i dpt..Dengki jg aku.Bro, mana tempat yg boleh belajar part time utk elektronik kat Msia.Johor Bahru area.thanks!

  21. wanmus

    ada bro..space UTM ada..Wawasan Open Universiti ada..bagus bro minat bro tu.masa muda ni lah waktu molek untuk sambung belajar

  22. gegurlz

    subjek ape yang perlu diambil ketika stpm sekiranya ingin menyambung ijazah dalam bidang arkitek?????????????someone….pliz help…..

  23. wanmus

    Kalau SPM tu saya tahulah..hmmm tak pastilah..tapi ianya mesti gred baik dalam sejarah dan seni kot..
    .-= wanmus´s last blog ..Kenapa Wajib Renew Domain Anda??! =-.

  24. kira

    kalo nak sambung degree dietetik tp diploma kos pengurusan perkhidmatan makanan boley ke r???

  25. jude

    bro,i ada seorang adik lepasan SPM.dia dapat tawaran masuk Form 6 tp abang i suruh dia x payah p.dia suruh dia p kerja dulu pastu sambung belajar kat IKM.adik i ada apply pergurun tp x dpt.adik i sendiri tak tau nak p study ape?bagi u apa yg terbaik adik i patut buat? thanks..

  26. omi

    Salam bro, sy pun dlm dilema skarang ni. lepas habis blajar sementara tunggu grade..saye ambil masa dlm 3 bulan selepas tamat belajar fikir samada nak teruskan bdg yg sy dh amik atau kije bdg lain. peluang kije bdg saye tu mmg ade. tapi lepas praktikal selama 6 bulan sblm ni, sy sedar bahawa sy kurang minat dlm bdg ni..selain rase susah nak bawak…although result sy 3.29..ok..Sy ade buat solat istikarah dan hajat minta petunjuk..(Moga2 Allah bagi petunjuk, Amin…)..Saye skarang masih jobless cume saye kesian pd parents yg sgt berharap pd saye….(Anak harapan)..Sy terfikir nak kije bidang lain..travel agency@ kije lain..Ape nasihat bro? Bro rase ape kije skarang yang boleh terima student lepasan degree yg takde kaitan pon dgn kos yg dipelajari sblm ni. Tapi kije ni mestilah stabil dan gaji sesuai dgn degree..hehe..hope 2 hear ur opinion…Tx

  27. mieya

    waa..saya punya masalah pun sama mcm OMI,anak harapan jugak..dah abih degree eng. bhn,then jd research assistant kat uniten,tp skang dah x minat bab2 research ni,sedihnya..x tahu dah nak buat mcm mana.:( tolongggg!!!!

  28. wanmus

    sebenarnya kita tak tahu jodoh kerja kita sebenarnya dengan kerja apa..cadangan saya, cuba dulu apa2 kerja yang terpampang depan mata..last2 nanti tuhan akan tunjuk jalan kerja yang terbaik..yg penting doa dengan Allah minta petunjuk dari Dia..Insyallah Dia Maha Mendengar

  29. wanmus

    yup..saya pun kurang minat..tu saya cari kerja bidang lain..dah alhamdulillah kerja saya sekarang saya suka..yang penting cuba je dulu kerja apa2..

  30. far away

    aku pun nak share jgak.skg dh sem 4 kt poly dn sdg praktikal.masalahnye jiwe aku lbh kpd kulinari.nak tukar ko ske x pyh ni?

  31. wanmus

    kalau dah nak habis tu, baik habiskan dulu. kalau awal2 sem tu bolehlah nak mintak tukar kos atau tukar U. habiskan dulu. pastu kulinari ni banyak kursus luar, rasanya awak boleh amik kursus2 tu.

  32. adee

    tajuk yg menarik. sy dulu belajar engineering.target mmg nak keje jd engineer. then dpt offer keje ngan company yg bg scholarship ms study. bkn engineering. in fact dpt keje dlm bidang yg paling sy x suke.oklah, org kate minat boleh dipupuk. tp skang lps 8 bln (br 8 bln keje), rase cam xleh nak go on dah. hari2 rs menyampah nak wat keje. rs mcm insult plak pd org2 yg really enjoy their job and give it all. nak berhenti, br sgt keje. lgpun kene byr blk plak scholar (scholar msh perlu byr blk ikut percentage). nak sambung study, masalah kewangan. nak mintak keje lain, syg plak nak resign sbb gaji tinggi. dgn gaji ni la sy more or less bantu family. aih serba salah @_@

  33. wanmus

    Susah nk kata.ada org gaji sbg motivasi mereka.ada yg minat sbg motivasi.tp jgnlh brenti awal2 ni n xde sah keje baru

  34. miss_orked

    saya ngh mencari keje ni lpas tamat degree.susah btol nk dpt keje tuk fresh grad ni. nk tnye apa jwpn yg tbaik tuk bagi kt interviewer if dorg tnye bidang yg kita amik kt univ x same dgn keje yg kita mintak?saya degree sains tp nak try apply keje kt company yg based nye engineering or manufacturing..mmg lari bidang!!!!!huhu.

  35. zuka

    sye nie bru lpsan spm tp xtau nk wt pe2..bsan lh duk umah tp ble dh dpt result x tau nk g u mane..cm ne nie..nk ikot kn result tryel..hem ckop2 mkn je..3a je..masihkah sye ad pluag tok plih krjye?

  36. zuka

    cm ne nie nk plh kerja kerjaya..

  37. fa10

    mak ayah memain peranan penting utk memilih jln yg diminati anak2… jgn paksa mereka pilih bidang mereka x suka… kan, kan?

  38. lin azlina

    dah abeh zaman pilih course dan kerjaya..saya sangat suka dgn kerjaya sy skang…best…tpkan course masa u xsemestinya akan sama di alam pekerjaan

  39. jutawansenyap

    bagi yang baru grade kejer jer lah aper2 bidang pon .zaman skang nih kalo ko tak dapek 4 plat jgn harap lah nak dapat kejer idaman. ko 🙂

  40. mhnizam

    Buku ni la aku baca masa kat matrix penang dan salah satu bidang disenaraikan sekarang adalah bidang yang aku kerja sekarang hehe…dan mungkin bidang ni jugak akan jadi salah satu bisnes aku..thanks to pengarang buku

  41. […] ) Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu […]

  42. jutawansenyap

    tuh lah dinamakna rezeki dan telah ditentukan cuma kene usaha lebih untuk dapat yang leboih baik

  43. jutawansenyap

    hu hu bagus tul ko nik leh dapat aper yang dibacer

  44. jutawansenyap

    kene pakse gak kalo tak nak belajor langsung ha ha

  45. jutawansenyap

    rezeki memang sing lah azlin a

  46. jutawansenyap

    kerja apaer ajer janji bahagia duinia akhirat

  47. jutawansenyap

    kerja aper dulu janji halal nanti akan senang dapat kejer lain

  48. jutawansenyap

    duduk jer umah abis kan boreh mak ayah anda . tunggu jer result kuar nanati

  49. jutawansenyap

    tul jgn berenti dulu tungu tul2 dapat keje baru berenti tau

  50. jutawansenyap

    tak yah tukar kos tu cuma leh buat hoibby jerk