Kenapa Belajar Lain, Kerja Lain, Minat Lain?

Penulis: wanmus Kategori: Buat duit | Business | hidupku | Ibu | Internet | Jawatan Kosong | Kerja | Kerja Kerajaan Tarikh: 26 March 2010 | 65 komen

Kerja..kerja..kerja..semua yang dah habis belajar pasti pening kan fikir nak kerja apa? Pas satu interview, satu interview pergi..tapi kerja tak dapat2..Last-last kerjalah sementara kat stesyen minyak atau pasaraya sebab nak tunggu result interview atau cari interview lain. Balik rumah mak ayah bising sebab tak kerja lagi. Nak tidur malam tak lena sebab fikir kat mana lagi nak cari kerja. Harap gaji kerja sementara tu berapa ratus sangatlah. Pastu mulalah salahkan diri sebab salah pilih kursus kat U..

Betul ke sebab salah pilih kursus (course) kat U yang jadi penyebab? Atau orang kata pelajar Universiti ni tak reti buat kerja. Lebih baik amik budak ILP, IKM, IKBN yang ada diploma atau sijil tu sebab gaji murah sikit dan tahu buat kerja. Betul ke? Banyak lagi lah ayat2 yang saya pernah dengar dan korang sendiri pernah dengar kan?

Itulah yang jadinya minat lain, belajar lain, kerja lain. Contohnya anda minat nak jadi arkitek. Tapi family nak suruh jadi doktor. So anda pergilah kat Universiti belajar course doktor yang korang kurang minat tu. Bila belajar apa yang korang kurang minat, of course nak score tu susah kan? hmm jawabnya result cukup2 makan. Pas habis belajar, susah nak dapat kerja sebab result tak cukup bagus (tu pun untung kalau tak kena buang dari universiti). Tu yang korang terpaksalah amik kerja mana yang ada terlintas di depan mata. Jadilah minat lain, belajar lain, kerja lain..

Kepada adik-adik yang baru lepas SPM, STPM atau sahabat yang baru habis belajar tu, jangan tersalah membuat pilihan. Jika tak boleh masuk dengan bidang tu, janganlah habiskan masa dalam bidang tu. Tapi ingat, jangan yakin sangat dengan minat tu boleh memastikan korang berjaya nanti. Kalau minat saja tapi

Saya? saya ni sebab mula-mula ingatkan minat bahagian engineering tapi bila dah masuk, minat kat komputer tu lebih lagi dari minat kat engineering rupanya 🙂 Tu yang belajar engineering tapi kerja ni berkaitan komputer.

Jadi saya kongsikan info berkaitan untuk kita pastikan yang adik2, anak2 atau anak buah kita tak tersalah pilihan seperti kita dulu :

MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN

Selepas sekolah – atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti – apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.

Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.

Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.

Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih kursus & universiti mana yang terbaik.

Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.

Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www.mohe.gov.my

Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.

Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.

Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.

Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:

Aktuari

Arkitek

Bioteknologi

Bioperubatan

Veterinar

Dietetik

Juruterbang

Sains Nuklear

Untuk bacaan lanjut, boleh dapatkan dari Bahagian Kaunseling USM

Tapi jika dah berjaya nanti, jangan pula lupa diri.

Hadith : Rasulullah saw. bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
Riwayat Muslim

Adakah minat anda sama dengan apa yang anda belajar atau sama dengan apa yang anda kerja sekarang ni?? Jomlah share sikit kat bawah ni 🙂



  1. jutawansenyap

    hu hu nanti kasik feedback kene letak bintang nih

  2. the_seutor

    hurm…maaf yerk. mklumt tue agk krg tepat. seni ya, sejarah, xder la. kalo nk amek law mgkn la. kalo minat arkitek,subjek yg ptut amek cm mate, fizik, seni, eng. kalo bgus crk sbjk yg ade relate ngn environmental studies, construction, etc. maaf la, sye x tau sgt psl stpm nie, coz dulu msuk asasi. kt sne sbjk yg byk ditekn spt yg di atas la.apepn, sye nasihtkn, sblm nk amek arkitek nie, kmpul mklmt sbyk mgkn.bkn stkt peluang dn masa depan, tpi lbh pd metodologi, lifestyle bdk arch. bkn pe, sy skrg sdh bekerja sbgai arkitek. bdg nie mmg tough. x sume bole survive. bkn nk takotkn, cume org rmai x thn wktu kt uni. dulu smpai x tido berhari2, studio tu dh jdi umah kedua- totally diff ngn bbdk kos len, yg agk rileks n ade byk mse nk join xtvty ko-ko. jrng sekali nk jmpe bdk arkitek join xtvty ko-ko, melainkn yg wajib kene msuk la, sbb pointer. apepn, this line is thrilling yet tiring. bdg ni x memrlukan kpndaian otak sgt, tpi more pd yg betol2 cekal dn tabah (by the time ko bce ni mgkn dh amek pn arkitek kn?) apepn, gud luck la…

  3. Xeera

    bedebuk aku kena. entry ni mcm sound aku kaw2 jek. mmg betul pun. minat lain, belajar lain kerja dah tentu la lain. masalahnya aku belum keje lagi. aku pn x taw nak keje apa. pening kepala. dlu masa SPM n matrik, result sume gempak. bila dh masuk u, salah plak pilih kos, fosho result ak mcm telur di hujung tanduk. nasib2.. T_T

  4. zack

    kalau nak jadi pilot…nak ambik jurusan ap nye nnti…

  5. HD

    klu kte da keje…ad x kursus part time engineering untuk deggree n master 4 those yg da keje untuk hujung minggu ke…..

  6. isbi

    anak akak tsangat lah minat gan komp.plan nak futher study bidang ni..akak n suami x le tau sgt bidang ni al maklumlah kami born b4 techno(bbt).Tlong bg bg panduan sikit….tq

  7. Nad

    salam
    macam mana nak jawab soalan penemuduga jika dorang tanya “kenapa mohon jawatan ni (contoh production asst.)?” sedangkan tak dek kaitan dengan bidang yang kita belajar masa kat U?
    mohon feedback segera. terima kasih 🙂

  8. eryn

    bgs tjuk ni, share 2gther2!! = )
    cm sy ni bru abs dip otel, now dpt job saloon, coz sy pnh kje sne aftr spm. sy pn serabut ni nk kje ne, nti kje cni tmpt len memanggil2..tp boz saloon tu pn mgharapkn sy kje ngn die. tp gji plak xbrbaloi. lau x time, nk tunggu keje len x semestinye sesuai ngn sy plak. ur,, sy pn xtau cne ni..any suggestion??

  9. TCM

    saya rase ape yg penulis crite tu betul kene kt sy. sy minat bidang lain, tp balaja bidang lain, keje plak bidang lain. dlu sy blaja civil engineering, tp sy minat komputer sbnrnye..sy tgh survey nk blaja komputer supaya nanti sy nk cari keje yg same dgn minat, baru la syok..so ade possibility x sy boleh further degree computing if sy ade diploma ce? U mane ye boleh? sy xnk bazirkan mase ambil diploma computing pastu bru degree..maklumla, umur pun bkn makin turun..hehe..

  10. bingung..

    salam..please anyone help me..:(..dulu mase diploma saye belajar dekat politeknik ambek kos it programming..result gempak..dekan..then saye sambung dekat usm..amek kos sains komputer..sekarang dh dua sem dari 8 sem..tapi masalahnye saye tak boleh nak go on dah subject ni..nak kata minat tak..!!dulu amek sebab family suruh..sem 1 result teruk sangat..rase down sgt skrg..perlukah saye tukar kos sekarang sebelum terlambat..tolong sgt2..tgh bingung ni..

  11. sepatu biru

    amik sains komputer kat USM eh? well, bukan nak mematahkan semangat cuma study kat USM mmg tough sikit. nak2 kos killer macam math, chems n comp science ni. kalo nak kata dekan tu, mmg payah sgt nak dpt. dpt 3.0 pun dh kira syukur sgt2. sy akui comp science mmg payah sbb sy sndiri drp USM n penah belajar subjek tu. apa yg boleh sy cakap, awak fikirlah elok2. kalo boleh go on, go on je. kalo dah tak boleh, tnya family dlu n tanya diri sndiri sama ada boleh bwk ke kos tu atau tidak. jgn mnyesal di kmudian hari sudah sbb sy sendiri dh merasa apa yg awak rasa ni. 🙂

  12. fika

    yeke arkitek tough?? takot pulakk..sy plan lps spm nh nk stdy kos tu la kt U.. hemm, the seutor, i nk knal u bole x? nnt bole la taw psl arkitek kann.. klo x kbrtan add i dkt fb.. fifikaka95@yahoo.com..tq~~

  13. penderma

    nk tanye skrang sepatu biru keje ngan ijazah yg dr USM ke???taw keje laen bidang gak dr ijazah USM……

    Unuk si comment dr Bingung,,,,better bt solat istikhoroh..pas2 mintak petunjuk dari tuhan dl…pas2…klu dpt petunjuk n petunjuk 2 lebih kurang cm kehendak hati so follow je petunjuk 2….jgn pernah rase menyesal ap yg dah ditinggal kn,,,,xsemesti nya kuar USM x akan berjaya…..Bill Gates yg jutawan 2 pn kuar dr universiti ternama dunia(xpsti Harvard ke Oxford) so….bt la pilihan terbaek….pasal umur x payah risau…..ad orang yg juz pakai diploma je tp leh berjaya..

  14. bingung..

    t.kasih sepatu biru dan penderma sebab bagi cadangan..saye dh buat solat istikhoroh dh..dan dh tnye family..skarang tgh exm..sy nak tgk sem ni kalau dapat pointer teruk jugak sampai biasiswa saye kne tarik sye tekad nk tukar kos..igt nak try tukar u tapi kos yg same, tapi parents xbagi..hurm..diorang nak usm gk..so klu teruk sem ni sye tekad tukar kos lain..ape2 pon tima kasih byk..sepatu biru..senior saye la ni..tolong la ajar saye..plz3..huhuhu..

  15. bojat

    saya pun masa SPM memang keputusan teruk giler subject sains semua dapat 8E. Apply U memang sah2 tak dapat. Apply poli dapat la…juga sambung sijil Kejuruteraan Elk& Elktnk (pakai redah je, belajar ape yang dapat). Minat juga bahagian tu tapi tup2 nak sambung dip dapat tawaran keje Tapi keje bahagian lain, jadi pembantu makmal kat Kimia. Lepas tu ingat nak sambung something yang minat…macam seni kulinari tapi tak buat2, Last2 dapat jadi penolong pegawal sains tanpa diploma guna KPSL…