Israel Tidak Takut PBB

Penulis: wanmus Kategori: Celaka ISRAEL | PBB Tarikh: 16 January 2009 | 2 komen

Celaka israel laknatullah semakin menjadi-jadi. Semalam sebuah gudang atau setor simpanan makanan PBB di Palestin dibom oleh jet israel. Wahh..Amerika atau kuasa besar lain pun tak berani berbuat begitu..memang celakalah israel..

Ehud Barak (Menteri Pertahanan Israel) laknatullah bercakap ngan Ban Ki Moon (Setiausaha PBB) bahawa serangan itu adalah satu kesilapan..WOW..kesilapan ke? serangan itu juga merosakkan ibu pejabat PBB..memang celakalah israel.

PBB pun hanya mampu minta israel menyiasat serangan itu..itu je yang PBB mampu buat. So, kita nak bergantung harap apa lagi dengan PBB yang ikut telunjuk Amerika dan Israel laknatullah. PBB memang tak boleh harap. Negara Arab pun masing2 berdiam diri dan tidak kurang juga yang menyokong serangan israel kecuali Iran. Ini diucapkan sendiri oleh Presiden Iran di Ahmadinejad tegur dunia Arab membisu

Israel Terrorist Paling Jahat di abad ini, bukannya Hamas atau Al-Qaida. Jika anda baca berita ini sepenuhnya, hanya 13 orang penduduk Israel laknatullah mati terkena bedilan Hamas tapi Israel laknatullah telah membalas dengan membunuh 1100 lebih dan mencederakan hampir 5000 penduduk Palestin yang tidak berdosa. Adilkah ini? 13:1100 ialah nisbah yang terlalu besar atau 1:85..maknanya harga nyawa 85 penduduk Palestin yang tak bersalah baru setimpal dengan satu nyawa penduduk ISrael laknatullah.

Ehud Barak minta maaf kepada Ban Ki-moon

BAITULMAQDIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon menyatakan ‘bantahan keras dan kemarahan’ terhadap tindakan Israel membedil pejabat pelarian dan gudang badan dunia itu di Bandaraya Gaza, semalam.

Ban yang berada di Israel menuntut siasatan terhadap serangan itu.

Beliau berkata, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, memberitahunya pengeboman itu adalah satu ‘kesilapan besar.’

Bedilan Israel berkenaan merosakkan ibu pejabat PBB di Bandaraya Gaza, kata saksi dan pegawai badan dunia itu.

Jurucakap PBB, Chris Gunness berkata sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam serangan berkenaan.

Sementara itu di KAHERAH, Mesir dan Hamas dilaporkan hampir mencapai persetujuan bagi gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan pergerakan itu di Gaza, yang mengakibatkan lebih 1,100 orang terkorban.

Setakat ini serangan Israel ke Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,100 rakyat Palestin terkorban, kira-kira separuh daripada mereka orang awam, termasuk 300 kanak-kanak dan remaja, kata Dr Moaiya Hassanain daripada Kementerian Kesihatan Gaza.

Angka kematian itu termasuk 68 rakyat Palestin yang terkorban akibat kecederaan. Lebih 4,500 rakyat Palestin juga cedera, kata pegawai perubatan. Kira-kira 13 rakyat Israel terbunuh, empat akibat terkena bedilan roket dari Gaza.

Berita lanjut di: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20090115230223/Article/

Ni dua gambar berbeza.. Ni Gambar tentera israel ketawa selepas mengebom Palestin

Ini pula suasana pilu di rumah mayat penduduk Palestin yang meninggal



  1. akuorgkmpng

    amerika kan mcm ank kpda israel..
    tu yg makin mnjdi jdi israel ni..
    israel mmg x guna..

  2. jutawansenyap

    dalam pbb pon org yahudi gak