Coklat Halal Sedap Dan Berkualiti

Coklat Halal

Coklat yang sedap, menarik dan berpatutan..Itu yang boleh digambarkan ngan coklat oleh Coklat Halal Dot Com ni..walaupun coklat ni dah sampai 19 November dulu, cuma sekarang baru sempat nak review..aritu dah review pasal perkhidmatan ni di Coklat Halal Review Berbayar. Maklumlah nak tukar layout blog ni pun dah mkn masa..hehe..berbalik kepada coklat ni..

Coklat ni mula-mula sampai dalam kotak ais yang kecil tu warna putih..tu siap ada gambar skali ngan slip penghantaran courier lagi, so jangan risau sebab coklat anda akan sampai paling lewat pun sehari selepas penghantaran oleh pihak Coklat Halal Dot Com ni. Dari segi penampilan coklat ni, mungkin biasa bagi kita.. Saya telah menempah 1 coklat bar dan 1 panned coklat untuk saya..dan untuk si dia, saya order 1 coklat bar dan satu kotak 9 pcs coklat.

Kotak untuk panned coklat adalah plastik biasa untuk coklat dan coklat bar pulak, anda boleh request untuk letak gambar anda..tu kalau lihat gambar kat coklat tu ade gambar saya..hehe..Tapi mungkin dari segi printing tu kurang berkualiti skit, maklumlah masih di peringkat awal.. saya pun nak support usahawan melayu untuk terus berniaga.

Dari segi rasa, memang sedap..sebab yang panned coklat tu, dalam satu malam je dah habis, kongsi makan 4 orang ngan budak2 umah sewa ni..semua kata sedap..rahsianya ialah, simpan dalam peti ais tapi bila nak makan, biarkan di luar seketika dan barulah makan..Coklat ni sedap ketika tidak terlalu sejuk.. memang kalah Cadbury..sedap.. so kepada sesiapa nak try test Coklat Halal Dot Com ni, terus ke web mereka di Coklat Halal Dot Com.

Review ni ikhlas dari saya..tapi sebabkan RK ada menawarkan sedikit hadiah untuk sesiapa review, so saya akan submit link ni kepada RK kat post RK:Coklat Halal Dot COM. Seperti yang saya tulis dalam Coklat Halal Review Berbayar sebelum ni.

9 Comments

  1. waa. ini yang rasa nak beli gak nih..

  2. jom kita support barangan dijamin halal..lupakan yang lain..hehe

  3. sy pun suka makan coklat. nak rasa gak nanti.
    yang penting halal dan sedap. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.