Churpchurp Buat Duit Dengan Twitter Pulak

Alhamdulillah dapat anda baca lagi post saya untuk kali ni. Kali ni post berkaitan buat duit dengan twitter. Yup, kerjanya sangatlah mudah dan senang tau.1-2 minit dah siap. Kalau program macam ni kat oversea kita biasa dengan Magpie dan revtwt.com. Tapi kali ni dari Malaysia pula iaitu

Dari Malaysia iaitu churpchurp.com yang merupakan antara projek seterusnya dari team nuffnang. Twitter ni adalah salah satu cabang blogging tapi bentuk makro blogging di mana hanya mesej pendek dipost sebagai makluman atau peringatan kepada kawan-kawan dalam jaringan twitter kita tu. Hanya 140 patah perkataan je dibenarkan dalam satu-satu post. Oleh kerana saban hari pengguna twitter ni meningkat giler2, jadi syarikat pengiklanan menjadikannya sebagai salah satu medium pemasaran.

Sebelum cerita lebih panjang, anda dah ada akaun twitter? Kalau tak ada, daftar percuma je di twitter.com dan lepas tu sebaiknya anda tambah ramai-ramai kawan twitter anda kerana makin ramai follower anda di twitter, makin mudahlah nak dapat job dari churpchurp nanti. Untuk tambah kawan, boleh search di twitter anda nama yang anda nak jadikan kawan dan boleh juga add saya di http://twitter.com/wanmus

So sekarang anda dah ada akaun twitter

Langkah seterusnya ialah mendaftar dengan churpchurp ni. Caranya ialah dengan masuk di page churpchurp.com dan klik pada start here  untuk kolumn “I am a Twitterer” seperti yang ditunjukkan anak panah pada gambar kat atas tu. pastu akan keluar page untuk anda isi..So isilah sebaik mungkin berkaitan diri anda. Lepas siap daftar, mari kita tengok pula apa ada dengan churpchurp ni.

Sekarang dah ada akaun churpchurp

So anda loginlah ke akaun churpchurp anda guna username dan password yang anda dah daftar tadi. Page pertama yang keluar ialah page dashboard seperti gambar kat bawah tu. Kalau anda tengok, kat bahagian earning memang akan 0.00 lah sebab tak mula apa2 lagi dan anda perlu kumpul earning sehingga RM100 baru boleh cashout.. Kat bahagian dashboard ni, anda boleh set iklan pilihan anda dan pending kerja “pending tweet” yang perlu anda siapkan untuk peroleh bayaran.

Di bahagian tab tweet pula, di situlah akan ada arahan untuk menulis tweet anda. Jika tak menepati kriteria advertiser, anda akan diminta menulisnya kembali tau tapi mestilah dalam jangka masa yang dibenarkan. Di bahagian tab settings pula, anda boleh edit maklumat diri anda. Ok, rasanya anda dah nampak sikit kan latar belakang churpchurp ni? so saya akan cerita tentang job tweet pula.

Tentang JOB Tweet pula

Sebarang job yang anda terima akan masuk ke email anda contohnya seperti gambar kat bawah ni (klik untuk besarkan). Ni berkaitan xpax blackberry. untuk maklumat lanjut, saya perlu login ke akaun churpchurp saya.

Selepas login, anda akan nampak berapa tweet yang perlu anda siapkan. Jika dilihat gambar di bawah, akan ada 1 tweet to write yang perlu saya tulis dan post. So untuk tengok detail, klik atas 1 tweet tu atau tekan tab tweets.

Syarat Tweet dari Advertiser

Maka akan ditunjukkan disitu apa syarat yang perlu anda tulis sebelum diterima. Jangan lupa juga untuk tengok tarikh “Publish target” tu bila untuk pastikan kita tak terlepas tarikh tu. Kalau terlepas, mungkin tweet kita akan sia-sia tanpa bayaran 🙁 . Kat bawah ni adalah syarat untuk post xpax blacberry tersebut. So, anda tulislah apa sahaja anda rasa berkaitan apa yang disuruh tulis. BM atau BI tetap diterima asalkan ikut syarat!

Ni pula apa yang telah saya tulis mengikut kehendak pihak advertiser. Tapi jangan terkejut, ini adalah kali kedua saya post sebab kali pertama pihak churpchurp email katakan yang tweet saya tak ikut syarat disebabkan tertinggal beberapa patah perkataan yang wajib diletak tau. so, inilah hasilanya:

Tapi selepas anda tekan submit, tweet anda masih perlukan approval dari pihak churpchurp tau. Biasanya dalam masa 24jam anda dah tahu tweet tu approved atau kene baiki.

Bayaran dari Churpchurp

Jika dah approve, nantikan jelah duit masuk ke akaun churpchurp anda ni. Biasanya selepas 3-7 hari lepas tweet kita di terima. Setiap tweet di terima, kita akan di bayar RM 1.07. Tak pastilah kalau pihak churpchurp akan bayar lepas lepas ni 🙂

Daftar dan mula buat duit dengan Churpchurp

So, anda dah tengok step by step buat duit dengan chupchurp. Sekarang ni makin banyak job diberikan. So rugilah sapa yang daftar lambat tau. Satu lagi, jika makin ramai rakan follower anda, maka makin bertambahlah keperatusan anda untuk terima job tersebut. 🙂

Oppss sebelum terlupa, just nk ingatkan yang tanpa kita sedari, dah 21 hari kita berpuasa. Kita dah masuk 10 malam terakhir yang dikatakan ada malam yang lebih baik dari seribu malam. Jadi, jom kita sama2 rebut malam ni tau.

68 Comments

  1. best2.. kena try nie… follower xkisah ke dari negara mana2.. ke nak malaysia je…

  2. mantap nih wanmus.. leh wat duit klu kna cara n istiqamah..

    Thanks for the info =)

  3. @yoji: yup tak kisah asalkan banyak dan berkualiti..tapi janganlah semua dari oversea, kan nanti orang churpchurp cek ramai dari oversea, korang pulak tak dapat job nanti.

    @fathaz: sama-sama kita berkongsi ilmu bro

    @Anarm: yup, betul tu bro. makin ramai maka makin banyaklah job kita dapat.

  4. @boy_bersahaje: try bro jgn tak try

    @Abdul Rashid Basar: betul tu, dari buang masa xde faedah, baik join benda macam ni

    @KHALIFAH: sangat menarikkk bro 🙂

  5. @takcute: boleh..

    **Terfikir sekejap..apa kata kalau kita ramai2 letak alamat twitter kita kat sini.so bolehlah kita sama2 join2 kan? jom letakkan alamat twitter anda disini..percuma je.promosi tu tau.. saya tak kenakan caj pun,cukuplah doakan kebahagiaan saya

  6. aku da register sebagai publisher n advertiser kat churp2 tu. huhu.
    nak tengok samada hasil marketing ni menjadi atau tak. kalau facebook ads mmg menjadi. 🙂

    terima kasih utk info lengkap ttg churpchurp ni wanmus.

    selamat berbuka bro. 🙂

  7. Erie

    Thanks musyris..

    1st time aku bukak web ni. Kagumnye!!! =)

    korang sume, follow la aku gak ek..

    aku pn org baru kat twitter ni. thanks…

    http://twitter.com/erie84

  8. @Erie: wahh..erie dah ada twitter..bereh erie..welcome to da club 🙂

  9. Thaniah.. Kwn pun silap gak utk 1st advertise.. Tapi 2nd advertise dpt la RM 7.90 kot.. 😀

  10. cam best je ni…nak try la lepas ni..thanks mus 4 the info

  11. @ijamidayu & mokhzam: jom kawan2, kita kutip duit banyak2.. 🙂

  12. bagus sekali bro..best rupanya twitter neh..haha..jom tgk kat blog aku ada cara nak tambahkan follower kejap je..:P

  13. @reezluv:wah menarik ni.thanks bro

    @abrablog: try bro jgn tak try

  14. @syahmi: boleh iklan di sini twitter anda. ok saya dah follow awak. Tentang AW Survey ni susah nak cakap sebab dari 7 kali cashout, hanya 3 kali saya dapat payment..so fikirlah sendiri 🙁

  15. syahmi

    @wanmus: dh bnyk sgt kot. dirg pun xnk bg.. hehe.. thnx for da info.. n thnx for adding me..

  16. @syahmi: xdelah banyak sangat lagi..hehe..

    @pedagangIT: macamana tu bro.

  17. keluangqq

    cam best jerr…
    nak try larr..
    thanks

  18. churpchurp mmg best.
    tiap2 bulan mst dpt iklan untuk di tweet..
    setiap tweet yg diapprove,diorang bayar base on followers kita di twiiter..lagi ramai followers makan lagi masyuk la income 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.