Pasukan F1 Malaysia Proton-Lotus

Penulis: wanmus Kategori: F1 | Proton Tarikh: 16 September 2009 | 17 komen

kereta Malaysia F1 pertama

Wah..bangga dan terkejut. Pasukan F1 Malaysia Proton-Lotus telah diumumkan akan sesakkan lagi litar F1 seluruh dunia ni šŸ™‚ hehehe..Di dalam kemelut yang banyak pasukan besar tak puas hati dan ingin tarik diri sebab peraturan baru yang akan digunapakai untuk sesi F1 2010 nanti, pasukan negara kita dan US nampaknya memandang peraturan ini sebagai peluang besar..

Yup..dengan peraturan yang menghadkan jumlah yang diperuntukkan untuk setiap pasukan, ianya mungkin sebagai senjata untuk pasukan bermodal kecil dan sedarhana (PKS) ini untuk turut serta sukan bermotor terbesar dan terpantas di dunia ni.

Pasukan 1Malaysia F1 Team sertai perlumbaan F1 tahun depan

15/09/2009 7:08pm

PUTRAJAYA 15 Sept. ā€” Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata, projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Najib yang juga Menteri Kewangan I memberitahu pemberita ketika membuat pengumuman itu di Kementerian Kewangan berkata, tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan S.M Nasarudin S.M Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.

ā€œIni pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, di uji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,ā€ katanya.

Beliau berkata, pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai sambil menambah kata projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.

Najib berkata, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan.

– BERNAMA

Di petik dariĀ Pasukan 1Malaysia F1 Team sertai perlumbaan F1 tahun depan

Really bangga rasa dengar berita ni sebab sayalah antara peminat F1 sejak dari sekolah menengah dulu lagi. Dulu mula2 minat Team Ferrari F1 tapi sekejap je sehinggalah hati ini beralih arah ke Team F1 West McLaren Mercedes dengan pemandunya Mika Hakinen dan David Coulthard. Dan kini tibalah masanya kita berbangga dan menyokong pasukan kita sendiri dari Malaysia. Tapi tolonglah jangan jadi masa pemandu F1 Malaysia pertama iaitu Alex Yoong dimana hanya dapat kutip 1 mata sepanjang berjuta kerajaan dan syarikat swasta taja teamĀ F1 TeamĀ Minardi..Yang bestnya haraplah ada driver melayu kita. Insyallah



  1. shahrul

    Besar pelaburan ni. Kalau x berjaya, byk rugi ni. Baik juga kalau modal tu support team petronas atau support harga kereta kat Malaysia ni.

  2. wanmus

    @shahrul: Harap2 yang buat keputusan tu memang betul2 akan buat yg terbaik. Paling kurang tak menang juara dunia, dapat mata pun jadilah

  3. zuls

    Bagus lah ada juga perkembangan yang bagus kalau macam ni.. harap2 pasukan proton -lotus ni berjaya!

  4. JHafiz

    mm..nice effort.. harap dapat challenge team lain. persoalannnya sapa nk jadi pemandunya? Alex yoong? Fairuz Fauzi? OK gak kan kalau fairuz fauzi. bangga tol kalau anak malaysia sendiri yg jadi wakil…

  5. wanmus

    @zuls: sangat membanggakan..jangan negara sebelah jeles n nak dengki pulak sudahlah

    @JHafiz: yup, memang pemandu, bhgian teknikal, R&D, jaga pit adalah org Malaysia

  6. JHafiz

    jaga pit cam mudah je… kat mane nk isi borang eh? huhuhuh

  7. wanmus

    @JHafiz: tak semudah disangka bro, kene ada lesen tu.sebab banyak prosedur keselamatan nak kene tau

  8. izzuddin3

    kaler kete dia mmg cm2 ke..?ke prototype je br..?kalu kaler cm2 cm xbest je..hehe..jom kita tolong pegi spray ckit kete dia..

  9. wanmus

    @izzuddin3: macam tu lah kot sebab tu sample yang diberikan hadiah kat PM..

  10. […] Kenapa jadi camni? Sebab tak sabar. Korang tengoklah pemandu2 Malaysia ni, ramai nak jadi pemandu F1 Malaysia pertama agaknya […]

  11. Azam

    Kalau ada negara lain nak level dengan Malaysia dalam F1 ni bukan tak ada platform untuk dibeli.ITu Sauber yang ditaja petronas tu dah nak bungkus…tu boleh lah dibeli(Tapi sapae.?.negara di bawah sana ke atau yang sebelah Selat Melaka?Jadi tak payah lah susah-susah dia aorang nak latih driver dan built kereta lumba baru…semua dah ada…cuma mungkin Petronas akan tarik diri jadi penaja…kalau Team Lotus boleh deliver tentu Petronas boleh dibawa berungding untuk penajaan. Tidaklah Tony Fernadez bergolok bergadai untuk membiyai team yang baru ni….

  12. wanmus

    susah bro bila cakap bab politik ni..mesti ada je agenda tersirat yang kita tak tahu..tu susah nak kata apa2 kalau keputusan dibuat PM ni

  13. Proton Inspira Book Yours Now Here!

    […] makin majulah syarikat Proton sebab Proton je syarikat automotif Malaysia yang betul2 hak Malaysia, kehebatan lotus-proton rasanya akan makin membanggakan rakyat Malaysia. yang lain dah campur-campur.. […]

  14. SASHA ZAKAIH

    nak tanya nak belajar jad pemandu F1 kt mana? sebab info ini sepattnya disalurkan utk generasi baru kan..kan..cntoh pemain boleh seak kita yg dh menang piala suzuki heeh

  15. wanmus

    rasanya kene main dari bawah dulu contohnya go-kart..dah wakili negeri atau join mana2 competition, jika ada potensi, mungkin akan diserap

  16. jutawansenyap

    betul tul bermula dgn go kart tapi banyak $$$$ diperlukan

  17. Ronaldmohoni

    Setakat ini, pasukan ini masih mampu bersaing di pentas dunia.