Seminar Smart Blogging Terakhir!

Assalamualaikum dan salam blogging kepada semua pembaca.. Pagi Jumaat yang mulia ini genap menandakan yang kita hanya berbaki 8 hari sahaja lagi untuk bertemu di UTM Skudai (19/12/09) bagi peserta terakhir Seminar+Bengkel Smart Blogging Rohaizad. Sabtu minggu hadapan, kita akan berseminar bersama-sama dan bagi mereka yang sudah bersedia, TAHNIAH di ucapkan. Mungkin Jumaat yang satu lagi iaitu Awal Muharam dapat memberikan kita lebih banyak harapan baru dalam menjana pendapatan melalui aktiviti blogging.

Wanmus.com Pakai Baju Baru

wanmusdotcombaru

Bertukar baju nampaknya wanmus.com kali ini..Tapi bukan guna theme biasa tau, customized lagi tu..hehe.. Setelah seminggu tak sabar mananti untuk tukar theme ni, akhirnya hari ini dapatlah ku merasa memakai theme ku sendiri..bukan apa, sebab ada orang tu duk suruh tukar maklumlah dia pun baru tukar theme jugak.

Seminar Internet Adalah Duit Di UTM Meletup!!

Seminar Internet Adalah Duit telah berjalan dengan jayanya tadi dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30ptg Di Dewan Senat, UTM Skudai Johor. Bertujuan membuka peluang untuk menjadi blogger dan menjana pendapatan dari internet menjadikan seminar ini sasaran peserta bagi mendapatkan input sebanyak mungkin dari 3 otai yang telah saya dan team organizer bawakan.