Seminar Smart Blogging Terakhir!
Assalamualaikum dan salam blogging kepada semua pembaca.. Pagi Jumaat yang mulia ini genap menandakan yang kita hanya berbaki 8 hari sahaja lagi untuk bertemu di UTM Skudai (19/12/09) bagi peserta terakhir Seminar+Bengkel Smart Blogging Rohaizad. Sabtu minggu hadapan, kita akan berseminar bersama-sama dan bagi mereka yang sudah bersedia, TAHNIAH di ucapkan. Mungkin Jumaat yang satu lagi iaitu Awal Muharam dapat memberikan kita lebih banyak harapan baru dalam menjana pendapatan melalui aktiviti blogging.