Ayat Seribu Dinar
Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.
Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
p/s: Sebaik2nya anda simpan ayat ini dan jadikan doa. untuk besarkan, klik atas ayat.
01 July 2009
Masa 9:28 pm
tolong kirim ayat seribu dinar dan maksud nya
02 July 2009
Masa 1:01 am
@ghouse: ayat dan maknanya ada tertulis di atas tu. boleh save di komputer
08 January 2010
Masa 12:00 pm
tolong kirim kan ayat seribu dinar dan terjemaan bahasa arabnya
08 January 2010
Masa 5:11 pm
kan ke dah ada kat atas tu..downloadlah dalam komputer
09 February 2010
Masa 2:03 pm
Cari tafsir…bukak surah Al-Talaq…tgk ayat 2 dan ayat 3…
09 February 2010
Masa 3:12 pm
yup..paling kurang kita buka al-quran atau tafsir..insyallah
09 February 2010
Masa 11:03 pm
sangat setuju dengan wanmus. pokok pangkalnya bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah. insya-Allah kita akan dapat rezeki yang diberkati
10 February 2010
Masa 12:16 am
ayat ini umpama permata.dekat di hati
10 February 2010
Masa 12:33 am
yup..kalau ayat quran ni tampal saja tapi baca, takde maknanya jugak..yang penting baca dan beramal..insyallah.. peringatan untuk kita bersama
13 February 2010
Masa 2:20 pm
ramai juga yg tak tahu, ayat nie juga mujarab utk menyelamatkan diri dari makhluk halus dan jin, maknanyer kalo terjumpa hantu, selain dr ayat kursi dan azan, ayat nie pun boleh..
17 February 2010
Masa 11:25 am
salam..nak tumpang tanye sy baru berpindah rumah…mlm pertama dalam pukul 8.30mlm..sy ade terbau bau kapur barus…adakah ini gangguan dari syaitan??mohon penjelasan dr kwn2 yang mengetahui…sy ibu kepada 2 cahaya mata..saya bimbang akan keselamatan kami sekeluarga…tn/pn bole emailkan maklumbalas : bondafiras304@yahoo.com …tq n salam
08 March 2010
Masa 2:54 pm
ayat seribu dinar dan maksudnya
14 May 2010
Masa 8:51 am
memang bagus diamalkan ayat ini..Allah Maha Besar
15 June 2010
Masa 5:47 pm
Aslam-o-alikum
Saya dari Pakistan dan nama saya Tayyab Ali. Saya telah melawat laman web anda dan saya seperti itu sangat banyak. Aku menterjemah laman web ini dengan bantuan Goggle Translator dan surat ini juga diterjemahkan. Jika seseorang tidak mengerti pandangan saya Saya minta maaf untuk itu.
Aku belajar Ayat Seribu Dinnar dan saya ingin mengutip perkataan hazarat Muhammad (saw) jika seseorang membaca doa Ayat selepas lima waktu dengan kaedah ini, pertama kali Sura Fatiha, Ikhlas tiga QS masa, tiga waktu serpihan kayu dan satu masa Ribuan Ayat Dinnar dan dum menuju langit, Allah akan berkat anda tiga perkara:
1 – Kekayaan
2-panjang dan hidup sihat
3-Taat Anak
Perkataan Hazrat Muhammad (saw) ayat ini cukup untuk semua keperluan.
Allhamdulliha kita adalah Muslim dan dihargai dengan AlQuran. Jika ada yang membaca surah Fatihah dengan bismellah selepas solat Fajur, sulat 11 waktu di begning dan terakhir, Minggu: 70, Isnin: 60, Selasa; 50.Wed: 40, demikian: 30, Jumaat: 20, Sabtu: 10, hanya untuk satu setiap bulan minggu pertama bulan Minggu untuk Sabtu, itu akan sangat berguna untuk rizak.
Menurut hazarat perkataan Muhammad (saw), saya mengalami tiga perkara yang perlu rumah membuat kaya dan peningkatan thingsare income.These Olive Oil, Vinger dan Honey. Ini terus togather, jika anda mempunyai satu atau dua itu tidak akan berjaya.
Saya berharap e-mel akan berguna untuk semua pengunjung. Jika anda ingin menghubungi saya, E-mail saya di info@man4s-sports.com
Terima kasih
28 August 2010
Masa 6:53 pm
terima kasih.
29 August 2010
Masa 4:56 am
sama-sama
28 September 2010
Masa 1:32 pm
[…] Insyallah Allah dan Malaikat-Nya akan menjaga kita..Jika inginkan murah rezeki dan lebihkan keuntungan, amalkan bacaan ayat seribu dinar..Insyallah […]
15 October 2010
Masa 12:02 pm
Perhalusilah solat dulu..; barulah ayat-ayat
yg digunakan berkesan.
02 February 2011
Masa 7:51 pm
amalkan membaca ayat seribu dinar 3 kali setiap sudah solat, insya allah akan diberi kekuatan dan keyakinan diri menghadapi cabaran.
02 February 2011
Masa 7:55 pm
betul tu..kita tampal kat dinding tu supaya kita sentiasa beringat dan mengamalkannnya..bukan sekadar tampal jer
04 March 2012
Masa 2:50 pm
mohon copy..thanks
02 April 2012
Masa 12:18 pm
Doa ini bagus untuk khusus nya orang islam
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
02 May 2012
Masa 7:41 pm
ayat 1000 dinar betul2 mujarab bagi yang sering beramal, bertaqwa dan bertawakal kepada Allah SWT, Amien Ya Robbal Alamien.
19 June 2012
Masa 11:10 am
kaligrafi ayat seribu dinar sungguh luar biasa.