Kenapa Indonesia???

Hmmm..banyak betul ip dari negara seberang yang kena blocked dengan firewall server..Boleh dikatakan setiap hari, 95% dari semua ip yang kena blocked adalah dari indonesia. Kenapa? Kalau dari Malaysia tu mungkin sebab customer try password salah atau terlupa password..tapi rasanya hanya beberapa orang je customer dari indonesia yang langgan hosting dengan saya..tapi kenapa banyak pulak ip kena blocked?

Bosan Dengan Produk IM Sekarang Ni!

“Saya dah bosan dengan produk IM Malaysia sekarang ni!”..hmm..mungkin anda pernah dengar rintihan ni atau dapat email dari mailing list anda kan? Nak panas lagi? “Semuanya produk hampir sama je..tak pun ubah sikit je dari produk orang lain atau IM oversea”..Cukup panas? Memang panas kalau korang sebagai im dapat email macam ni kan?

Saya Telah Kembali…

Haa...akhirnya saya kembali ke dunia blogging dan internet..semuanya setelah selesai majlis perkahwinan saya dan majlis sambut menantu serta honeymoon kami..Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Walaupun saya tak online dan…

Jemputlah Ke Majlis Perkahwinan Saya Tau..

Kalau korang perasan, kat tepi sidebar tu ada plugin countdown ke tarikh berbahagia kami nanti..Pejam celik pejam celik..rupanya 1-2 hari je lagi majlisnya..hoho..Jadi dikesempatan ni, saya nak jemput sahabat, pelanggan dan pelawat saya ke majlis berbahagia kami seperti tertera di atas.. Untuk rumah orang tua saya, majlis pada 12 Jun 2010 di Besut, Terengganu..Di rumah mertua, pada 10 Jun 2010 di Nilam Puri, Kota Bharu..

Cerita Pok Mat Lebih Mahal Dari Pelajar IKM?

Pok Mat (bukan nama sebenar) sedang perbetulkan tangga di ruang sempit kat foyer tepi rumah sebab nak betulkan air-cond baru pasang minggu lepas..masalahnya kipas jalan cuma tak sejuk..Pok Mat pun naik dan terus capai penyambung kat tepi compressor air-cond box tu(alaa yang kotak segiempat kat luar tu yang tik tik keluar air air cond tu)..lalu dengan selamba cakap “oooo…ni nat penyambung dok kemas ni, tengok berminyok sekali”..

Jangan Biarkan 777!!Bahaya!

Anda tahu 777, 755, 644, 400, 444 atau 666? chmod? Ini adalah file permission setting untuk files dan folder/directories dalam hosting web/blog linux anda. Tapi apa maksud nombor2 tu? Ramai masih tak faham dan perlukan penjelasan sebenar..Itulah yang saya akan kongsikan untuk pelanggan kami dan anda semua supaya kita lebih jelas. TAPI..tolong jangan biarkan files/directory anda dalam keadaan777!

Line TM Problem: Patutlah Slow Connection Ke Oversea

Slow…Slow dan sangat2 slow..semalam nak connect ke web registrar domain pun terlalu slow semalam..nak topup kredit domain. Ni nak buka forum oversea lagilah slow..dah 2-3 hari macam ni. Rupanya kerana gangguan pada kabel dasar laut yang sambungkan Malaysia ke Europe..lagilah dekat-dekat nak Piala Dunia / World Cup FIFA 2010 ni kat Africa, lagilah slow sebab orang ramai nak mendapatkan info terkini

Youthsays Nak Beri RM 10,000 Free..

Salam sejahtera sahabat semua..ingat lagi tentang youthsays? Iyalah yang saya promosikan ebook free saya dulu tu di duitsurvey.com..Ok, saya pun dah lama tak update mengenai youthsays sebab mereka kini slow sikit dalam memberikan survey terbaru..maklumlah pengguna makin ramai, so pendapatan tu kene kongsi2 ramai-ramai.. hoho..tapi kini saya kembali kerana terdapat perkara penting yang pasti menarik.

Selesaikan Masalah WordPress Cannot Install More Than One Script In The Root

Ok..ni panduan ringkas untuk selesaikan masalah kawan-kawan yang nak install wordpress atau cms lain menggunakan fantastico. Masalah yang biasa dihadapi ialah keluar error “The installation can not be completed:- You cannot install more than one script in the root directory of a domain” macam gambar kat atas tu..so cara nak setelkannya ialah..