Apa Beza SEO dan Traffik Blog?

Penulis: wanmus Kategori: Blog | Blogger | Buat duit | SEO | wanmus.com Tarikh: 02 August 2011 | 12 komen

Apa Beza SEO dan Traffik Blog? Apa benda wanmus merepek ni..tu kan benda sama je..semua blog nak trafik. bila trafik tinggi, tinggilah earning dari iklan kat blog kita ni..betul kan? HMMM…cuba fikir balik, adakah sama SEO dan trafik (pelawat) untuk sesebuah blog? Bagi Wanmus macamana pulak? Bagi saya, totally berbeza..mari saya terangkan di bawah ni..

Ok..semua blog owner atau penulis blog mesti nak pendapatan dari blog tinggi kan? so nak naikkan pendapatan dari blog, kena naikkan trafik atau naikkan jumlah pelawat ke blog kita kan? macamana nak naikkan trafik? kene naikkan SEO lah kan?ada beberapa soalan perlu dijawab di sini:

  1. 1. Adakah anda hanya mahukan trafik?
  2. 2. Adakah anda hanya mahukan trafik sementara?
  3. 3. Adakah anda hanya mahukan trafik kekal?
  4. 4. Adakah anda hanya mahukan SEO?
  5. 5. atau anda mahukan SEO dan trafik?

Semua soalan ni jawapannya ada pada anda. Jika nak dari 1-4 tu, tak susah sangat. tapi untuk soalan 5 tu memang susah! Betul x? Mari kita fikirkan.. Jika trafik ramai tapi hanya beberapa orang je yang betul-betul minat dengan apa kita tulis, ianya akan menjadi trafik. Mungkin trafik sementara ke blog kita sebab orang akan masuk apabila kita ping atau diorang dapat makluman dari blog atau web lain tentang update di blog anda. Trafik sementara pun akan naikkan pendapatan blog terutama jika blog kita dah dikenali ramai.

So nak dapatkan trafik caranya ialah:

  1. 1. ping ke web ping, jika dalam BM sebaiknya ping ke web BM contohnya gengblogger, innit dan lain2.
  2. 2. bertukar-tukar rss updates antara blog anda dan blog rakan2 blogger lain. So pelawat dari blog tu akan tau apa update di blog anda..jika diorang minat, anda akan dapat trafik a.k.a pelawat.
  3. 3. blog walking dan blog commenting. lawat blog yg trafik tinggi, dan komen disitu.. saya suka lawat blog kak jie, kak yanmie, rohaizad dan kak ina.

Tapi nak kekalkan trafik kepada trafik kekal, amatlah sukar kerana perlukan SEO atau Search Engine Optimization. Kena naikkan ranking blog kita kat search engine terutama di google, yahoo dan bing supaya carian orang menggunakan keyword tertentu dapat jumpa blog kita. Contohnya kat bawah ni carian perkataan “khasiat pisang” blog wanmus.com ni berada di ranking ke3 first page google dari 2.16 juta results.

Walaupun post ni dah 3 tahun iaitu pada 2009, ianya tetap mendapat carian. Best kan? Itulah best bila blog kita kuat dari segi SEO dan bukan trafik semata-mata. Biasalah akan ada post yang dapat trafik tinggi tapi tak tinggi dalam ranking SEO. dan ada juga post tinggi ranking SEO tapi tak ramai pelawat atau trafik. Jadi yang mana bagus?

TERBAIK ialah tinggi dari segi SEO dan trafik!!!

Jadi kejarlah SEO dengan keyword yang orang ramai cari dan nak cari. Sebab apa kita tulis hari ini mungkin tak ramai nak cari esok..tapi mungkin akan ramai cari 1-2 tahun lagi..mana kita tahu..so tulislah dengan keyword yang kita rasa ramai mencarinya. Insyallah rezeki kita akan ada nanti. Ni bawah ni saya tunjuk lagi referral ke blog wanmus.com ni untuk hari ini..

So macamana? best x? 16 dari 20 result atau 80% pelawat adalah dari google. Semuanya hasil SEO! dan sebaiknya untuk menaikkan pendapatan blog, tarik trafik yang bukan pelawat biasa anda..sebab pelawat biasa ni dah tau apa yang keluar tu mana satu iklan..jadi biasanya diorang akan jarang klik iklan..so targetlah dari SEO sebab mungkin pelawat baru anda akan dapat dan klik pada iklan yang keluar.

Jadi sekarang ni nak kejar mana dulu? kejarlah SEO dan trafik 🙂  ada pertanyaan? boleh komen di bawah ni.. 🙂



  1. pemudamalaysia

    bukan senang nak dapat trafik tapi memang best kalau dah kuat SEO untuk blog tu. macamana nak buat?

  2. kak ina kl

    kalau ada BE seronok dapat trafik tinggi, kalau tak ado tak yahlah…tu sebab malas nak buat seo lagi. Janji orang datang setiap hari dah cukup kan.

  3. wanmus

    hmm banyak benda jugak nak buat..yg penting persiapkan blog supaya mesra crawler search engine..supaya senang nak di indexed nanti

  4. wanmus

    tu ar..tapi untuk innity yang penting trafik berkualiti..supaya mudah naik earning..hehe

  5. mun

    Tuan x nak ke sharekan teknik SEO tuan yang hebat 2…hehehehehhe…

  6. soleh

    Unique visitor atau pelawat baru yang best..hehe, pelawat tetap pun best gak, asalkan ada pelawat..hehe

  7. wanmus

    apa pun yg menjadikan duit, semuanya best kan? hehehe..

  8. wanmus

    teknik tu tak rahsia cuma cara implement tu yang mungkin berbeza 🙂

  9. akubiomed

    Kalau tidak pandai main SEO sekurang daftar alamat blog dengan Google Webmaster supaya mudah proses indek oleh Google bot.

  10. ismadi

    wah… Banyak lagi nak kene study pasal SEO dengan trafik nie. Tapi yang tak leh tahan time nak update. Masalah bagi yang malas seperti diri hamba.huu

  11. wanmus

    tau xpe..nak dapat idea pun pening kan..hehe

  12. SKyper

    Very good article. No doubt between SEO and traffic too. SEO bring more visitor (traffic). nice