Cabaran Hidup Seorang Blogger Beriman
Cabaran hidup seorang blogger beriman ni amat tinggi sebenarnya tau. Bukan saya nak kata saya ni kuat iman atau apa, cuma sekadar nak berkongsi di bulan mulia ni. Yerlah ni dah masuk 16 Ramadhan pun, sikit lagi nak habis puasa. Cabaran jadi manusia kan memang tak pernah habis. Rasanya di bulan puasa ni, cabaran paling kuat ialah pada pengusaha makanan samada restoran ke, kedai tolak ke, penggerai bazar ramadhan ke, sebab gerenti hidung dia tu bau pelbagai jenis makan setiap hari..Hohoho..silap2 mau kurus pahal puasa..
Kerja apa pun ada cabaran. Yup, menjadi blogger pun ada cabaran tau tak semudah dipandang. Lagi2 nak menjadi blogger beriman. Oklah saya mula dengan cabaran pertama iaitu cabaran yang biasa akan ditemui blogger, advertiser tawarkan iklan yang menyalahi undang2 agama atau negara kita. Contohnya iklan dadah atau pil yang tak dibenarkan di Malaysia dan biasanya iklan sebegini di larang di Malaysia. Nak lagi mahal? cari advertiser gambling a.k.a judi, gerenti tinggi bayarannya.. Tanyalah antara pro blogger ijad, shaffik, Menj dan boy tu. Mereka semua dah jumpa advertiser sebegini dan tawaran bayarannya boleh membuatkan hati kita goyah jika kita bukan seorang blogger beriman.
Cabaran kedua ialah nak ke tak nak tulis post tentang tu..ni jadi masalah apabila kita tahu apabila wat post cerita tentang seks, lucah, rogol,zina, seksi dan seangkatan dengannya akan naikkan traffik kita dengan mudah. Yup betul. Tulah kenapa akhbar Metro laku sangat sebab cerita panas2 ni lah. Tapi adakah itu kena dengan etika kita? Tengok untuk apa kita menulis post tu. Kalau niat kita nak wat pembaca terangsang tengok tajuk tu dan nak baca lanjut, kita dah buat perkara tak elok tu.Tapi kalau niat nak betulkan masyarakat supaya orang lain beringat, tu pahala buat kita..Ingat dalam Islam,matlamat tak halalkan cara..Kita bukan orang kafir tau..
Seterusnya ialah aii tak sedap baca macam ni je, tambah sikitlah..haaa, ni yang tak tahan ni..menambah-nambahkan cerita dan fakta sebenar. Yerlah kekadang kalau cerita tu biasa je, sape sangatlah nak baca kan? Lagi2 kalau post yang berilmu macam post ni (hehehe..)..jadi nak suruh sedap, kita tambahlah cerita rekaan kita sendiri ataupun pusing sikit cerita tu supaya jadi sedap..wahhh..ni tak boleh ye. Kita ni bukan wartawan kalau kena saman berjuta tu boleh bayar lagi, ni setakat berblog, mane nak cekau berjuta untuk bayar saman.
FYI: olah cerita dan tambah cerita adalah 2 perkara berbeza. Olah cerita tanpa melarikan maksud asal dibenarkan. Tapi tambah2 cerita sangat tidak disyorkan..
Dalam post saya kali ni, maksud saya beriman tu taklah sebaik tok imam atau ustaz, cukuplah sekadar buat kebaikan dan jauhi keburukan atau bahasa arabnya, amar makruf dan nahi munkar. Jom sama2 mencabar diri kita menjadi seorang blogger beriman..Insyallah
26 August 2010
Masa 9:31 am
a”ah, betul tu bro. aku pun banyak cabarannya.. Cabaran yg utama rasa malas nak pergi tarawih.. huhu.. macam mana nak jadi blogger beriman kalu dah malas mcm tu..
26 August 2010
Masa 1:20 pm
tu lah pasal..sama lah..hoho kene berubah ni
26 August 2010
Masa 9:43 pm
aku pun sama gak lah..kalo dah terlekat kat Internet ni..memang aku susah lah nak p terawih..bila lah nak jadi blogger beriman ni..
26 August 2010
Masa 10:51 pm
alhamdulillah, arini gi terawikh..hehe
27 August 2010
Masa 2:14 pm
Haha best betul baca post ni….
27 August 2010
Masa 6:06 pm
haha..semoga kita semua jadi blogger beriman..aminn
07 February 2011
Masa 8:39 am
memang nasihat yang bagus..
07 February 2011
Masa 2:01 pm
orang surat khabar selalu buat macam ni dan sekarang blogger pun banyak buat macam ni…tambah citer tambah perasa dari cerita sebenar..jadilah fitnah alaft baru