Posted inBlog Blogger hidup seorang blogger
Cabaran Hidup Seorang Blogger Beriman
Cabaran hidup seorang blogger beriman ni amat tinggi sebenarnya tau. Bukan saya nak kata saya ni kuat iman atau apa, cuma sekadar nak berkongsi di bulan mulia ni. Yerlah ni dah masuk 16 Ramadhan pun, sikit lagi nak habis puasa. Cabaran jadi manusia kan memang tak pernah habis. Rasanya di bulan puasa ni, cabaran paling kuat ialah pada pengusaha makanan samada restoran ke, kedai tolak ke, penggerai bazar ramadhan ke, sebab gerenti hidung dia tu bau pelbagai jenis makan setiap hari..Hohoho..silap2 mau kurus pahal puasa..