Cerita Pok Mat Lebih Mahal Dari Pelajar IKM?

Penulis: wanmus Kategori: Buat duit | Business | Internet | kursus | Pengalaman Tarikh: 07 June 2010 | 14 komen

Pok Mat (bukan nama sebenar) sedang perbetulkan tangga di ruang sempit kat foyer tepi rumah sebab nak betulkan air-cond baru pasang minggu lepas..masalahnya kipas jalan cuma tak sejuk..Pok Mat pun naik dan terus capai penyambung kat tepi compressor air-cond box tu(alaa yang kotak segiempat kat luar tu yang tik tik keluar air air cond tu)..lalu dengan selamba cakap “oooo…ni nat penyambung dok kemas ni, tengok berminyok sekali”..

Hebatnya Pok Mat..yang pasang air-cond tu pun tukang elektrik senior lah jugak tapi kurang arif bab air-cond. tapi sebut bab air-cond, pakar elektrik pun kalah ngan pakar air-cond :)… Bila je sebut masalah air-cond tak sejuk tapi kipas jalan, Pok Mat dah tahu 2 masalah utama iaitu mungkin kebocoran kat nat penyambung atau penyambung kat paip penghubung tu..lepas dia check, rupanya betul..dua2 penyambung tu bocor sebab berminyak..hoho

Sambil-sambil dia betulkan yang longgar tu, ayah bertanya kat mana Pok Mat belajar selok belok ni..ada ambil kursus ke, kat ikm ke..jawab Pok Mat dengan selamba bangga..”ambo xdok gi kursus pun, mulo dengan kijo kedai air-cond, ikut orghe gi bekki (baiki) air-cond, pastu wak nego (niaga) sendiri air-cond”..Pok Mat doh brapo lamo baiki air-cond? ” ado dalam 30 tahun doh duk main ngan air-cond”..hoho..dah 30 tahun Pok Mat kenal air-cond..Kalau Pok Mat tak minat, kenapa dia masih di bidang ni? Korang pun tahu jawapannya..

Ayah tanya lagi.. Doh guano Pok Mat hok budok lepasan ikm tu kalau suruh bekki air-cond x boleh2 bekki..Pok Mat pun menjawab..”bendo ni nok pengalaman..kalau baru2, memang dok tau goni”..maknanya pengalaman Pok Mat yang membawanya menjadi pakar bab air-cond..kalau ada ilmu pun takde pengalaman, susahlah nak kerja..betull..cubalah gi mana2 syarikat sekarang ni, gerenti diorang akan tanya ada pengalaman ke tak..

KENAPA?

sebab pengalaman tak boleh dibeli..Kalau bayar suruh ajar pun takkan sama..yang terbaik untuk dapat pengalaman dari orang berpengalaman ialah dengan join sekaki dengan mereka ni..contohnya nak jadi pakar bab air-cond, cuba kerja ngan orang macam pok mat..bile pelanggan sebut masalah, kita dah tahu masalah kat mana..masa wat kerja ngan dia tu, curi-curilah ilmu dan perkongsian rahsia dari dia..

So untuk mencapai tahap macam ni, jangan set keuntungan atau duit di peringkat awal..kalau kita set motif kita adalah duit, kita mesti main amik je kerja yang penting ada duit..last2 kita tak pakar dalam bab mana2..tapi kalau kita slow2 wat kerja untuk untuk kutip pengalaman walaupun gaji tak seberapa, insyallah ada kepakaran kita akan kuasai nanti. Atau boleh jugak kerja dulu apa2..then bila dah cukup duit nanti, baru patah balik ke jalan yang diminati tu..kutip pengalaman sebanyak mungkin..tapi biasanya perlukan kekuatan sebab kita dah selesa kerja tu, susah nak tukar kerja..

Sebagaimana cerita Pok Mat tadi..dia asalnya kerja ikut orang je gi baiki air-cond..tapi bila dah sebab lama kerja dalam bidang tu, gerenti dah beribu masalah dia lalui..atau dia perbaiki..so sekrang, kalau bandingkan Pok Mat dan lepasan IKM dalam bercerita bab air-cond, mana lagi mahal ceritanya?? sudah tentu cerita Pok Mat..

TIPS:

Jadi, dalam apa kita buat…pastikan kutip pengalaman sebaiknya jika mahu jadi yang terbaik 🙂

OOoo lupa pulak..tulisan saya ni bukan nak perendahkan sape2, cuma perkongsian cerita benar dari seorang tua yang tak pernah bergraduasi tapi pakar dalam bidangnya..

**Tambahan: Jika ada adik2 yang berminat belajar di IKM, anda bolehlah daftar secara online Institut Kemahiran MARA sebelum tarikh tutup yang dipaparkan..



  1. sah90

    Lagi, Cerita best dari bro wanmus.
    Betul tu bro..
    Pengalaman sangatlah penting lagi2 time diinterview.. Berpeluh juga nak menjawab pertanyaan macam tu kalau takde pengalaman..:D
    .-= sah90´s last blog ..Pengenalan – Website Baru Saya Dah Berjaya Dibuat!! =-.

  2. xsispm

    mohon ambik gambar budak tu naik tangga ye …

  3. Johor Bahru Guy

    Bro, apa yang ko cerita sangat-sangat betul. Sebab tu pengalaman seseorang sangat penting dan boleh meningkatkan nilai dia.

    Fresh engineer walaupun ada degree, master hatta phd sekali pun, bila terjah industri, meraba-raba juga berbanding mereka yang takde degree tapi dah 15 tahun pengalaman…. Aku dah pernah rasa situasi itu dan aku belajar dari supervisor dan plant operator aku….walaupun mereka berada di bawah aku…apa salah nya belajar dari sesapa?
    .-= Johor Bahru Guy´s last blog ..Tiram Indoor Water Park- First Indoor Water Park in Johor =-.

  4. wanmus

    pengalamanlah akan bantu kita jawab soalan pelanggan nanti..hoho

  5. wanmus

    boleh bro, gambar tu pun google yang bagi..hehe

  6. wanmus

    yang penting kita belajar dengan orang berpengalaman..

  7. jutawansenyap

    pelanggan adalah segala-galanya

  8. lin azlina

    hebat tul pak mat tu..mmg pengalaman takleh beli…kdg belajo tp xtau mende pun bila realitinya..

  9. akuorgkmpng

    betoi tu wanmus.. pengalaman mmg penting..
    skrg ni mmg susah nk dpt kerja klu xdak pngalaman..

  10. akuorgkmpng

    oleh itu, bljar dri org yg ada pngalaman mcm wanmus.. bukan teori ja.. kena praktik skali..

  11. mat kalut

    hahahhaa

  12. mat kalut

    keje gov pn..walau ade sijil tp pengalamn bnyk lebih tinggi taraf dengan fresh dip

  13. mat kalut

    jgn belajar dengan org yg kurang plak ngn kite2 nnti kurang hahaha

  14. mat kalut

    hehe..sebab tu yg xleh jwb tu msti pkai kabel msuk keje