Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia KWSP?
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia kawan2..Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia KWSP? akan dibongkarkan dalam post kali ini. Saya sebenarnya tak faham sangat apa benda skim ni dan apa faedahnya..Jadi saya pun pergilah bertanya dan ternyata saya mengisi borang permohonan..Nak tahu selanjutnya? Jom kita sama2 fahaminya..
Kisah ni bermula semalam semasa saya temankan 2 orang cikgu membuka akaun KWSP mereka. Oleh kerana saya kurang faham tentang skim persaraan 1 Malaysia yang ditawarkan KWSP ni jadi saya pun gi bertanya kat kaunter. lagipun rohaizad pernah war-warkan skim ni dulu, maklumlah kami ni kerja sendiri perlukan juga skim simpanan ni selain simpan dalam bank tu.
Bertanya kat abg kaunter tu dia cakap skim ni untuk sesiapa yang kerja sendiri dan bergaji tidak tetap. Skim ni pula untuk 5 tahun sahaja iaitu dari 2010-2014 sahaja (selagi DS Najib jadi Perdana Menteri untuk 1 penggal kot)..mungkin jika lepas tu DS Najib still jadi PM, skim ni akan dilanjutkan lagi kot (ini tanggapan saya saja). Minimum caruman ialah RM50 dan maksimum RM5,000.. Tapi jangan lupa, skim ni selain mendapat bayaran dividen setiap tahun dari KWSP, tambahan 5% (maksimum RM60) setahun dari Kerajaan turut diberikan.
So rasanya ianya berbaloi untuk kami yang tak bergaji tetap ni..Paling kurang adalah simpanan hari tua nanti. Tapi yang tak bestnya, caruman mestilah dibuat direct melalui kaunter2 kwsp dan tak boleh melalui bank atau kiosk pintar KWSP. Takpelah, yang penting saya dah buka..hehe..
Ok, ni saya kongsikan detail skit pasal Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia ni..semoga sama2 beroleh manfaat..Insyallah
Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia
Lanjutan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2010 lalu, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diperkenalkan sebagai inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Skim ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2010.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
A. TUJUAN
1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi:
a. Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
b. Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
c. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
B. PERMOHONAN PILIHAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
B1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. ‘Orang yang Bekerja Sendiri’ ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja; DAN
3. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).
B2. CARA MEMOHON
1. Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M)) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web ini mulai 3 Januari 2010.
2. Serahan permohonan di kaunter KWSP atau melalui mel.
C. BAYARAN CARUMAN – SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
C1. SYARAT-SYARAT BAYARAN – SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
1. Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
2. Amaun bayaran caruman minimum adalah RM50.
3. Amaun bayaran caruman maksimum adalah RM5,000.
C2. CARA MEMBUAT BAYARAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
1. Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia – KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP mulai 3 Januari 2010.
2. Serahan Borang Bayaran bersama tunai/cek di kaunter KWSP.
C3. SUMBANGAN KERAJAAN DAN PENGKREDITAN – SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
1. Di samping dividen tahunan, Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 5% tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun. Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 5 tahun mulai tahun 2010 – 2014.
2. KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan. Apabila wang sumbangan Kerajaan diterima oleh KWSP, ia akan dikreditkan ke akaun ahli.
D. PERTANYAAN
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, sila hubungi:
• Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-89226000
• Enquiry
Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP.
E. SOALAN LAZIM
Untuk melihat soalan-soalan lazim berkaitan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, klik di sini.
Makluman ini diambil dari page kwsp: Berita Skim Persaraan 1Malaysia
09 January 2010
Masa 10:53 am
rajin wanmus buat review..sgt infomatif pada sesiapa yang bekerja sendiri:)
09 January 2010
Masa 11:04 am
Salam Wan Mus,
Nice entry. Maklumat yang berguna dan berkesan untuk usahawan yang bekerja sendiri. Sememangnya kesedaran untuk menyediakan tabung persaraan patut ada pada usahawan.
Ramai yang saya jumpa tiada kesedaran untuk mengadakan tabung persaraan sendiri. duit yang mereka perolehi lebih di gunakan untuk membangunkan dan melaburkan semula untuk syarikat dan perniagaan.
Mereka terlupa bahawa mereka perlu untuk mengasingkan duit tersebut untuk tabung persaraan. sebagai majikan adalah menjadi kewajipan mereka untuk mencarum di KWSP bagi para pekerja mereka. Selalunya mereka LUPA untuk mencarum bagi diri mereka sendiri. Akhirnya bila dah pencen, pekerja mereka akan lebih kaya dari mereka..
Jadi untuk usahawan-usahawan yang berada diluar sana, jangan lupa untuk membuat simpanan dihari tua ya. Kerana perancangan tersebut menetukan keadaan dimasa tua nanti. Dengan izin Allah.InsyaAllah.
09 January 2010
Masa 1:39 pm
Simpan… jangan tak simpan ye kengkawan.. 🙂
09 January 2010
Masa 2:51 pm
review tentang apa yang terjadi pada diri sendiri..hehe
09 January 2010
Masa 3:02 pm
yup..sangat perlu kita menyimpan untuk hari tua
09 January 2010
Masa 3:22 pm
aku tak pie apply lagi, insyaAllah akan turut serta ambik manfaat. 🙂
09 January 2010
Masa 4:01 pm
daftar bro jika sempat..rugi tak ambik kesempatan ni..
13 January 2010
Masa 6:48 pm
nanti boleh beli nasi ayam penyek..hehe
13 January 2010
Masa 7:17 pm
maklumat baguslah.. sememangnya aku kerja sendiri
13 January 2010
Masa 7:38 pm
kerja sendiri memang perlukan simpanan bro..sikit pun takpe, yang penting ada simpanan
13 January 2010
Masa 7:52 pm
hehe..belanja makan ayam penyet pun boleh..hehe
18 January 2010
Masa 3:33 am
Tabiat menyimpan ini memang tiada siapa dapat nafikan kebgusannya. Simpanlah untuk masa hadapan anda dimana anda rasa selamat dan memberi pulangan yang menguntungkan. 🙂
Walaupun KWSP ini dijamin kerajaan, ia juga mudah diguna oleh kerajaan… 🙁
sila baca ulasan ringkas saya berkenaan tabungan di http://www.kamarudinazhar.com/jutawan/amalan-menabung-untuk-masa-hadapan/#more-226
semoga ada manfaat
18 January 2010
Masa 7:07 am
memang bagus bang menyimpan ni..cuma kekadang kita tak tahu yang mana yang terbaik
04 February 2010
Masa 2:34 pm
thanks mus!
entry ni sangat membantu 🙂
04 February 2010
Masa 5:59 pm
sama2 rina..bukalah akaun ni masa masih ada lagi ni..option lain selain dari simpan kat ASB atau mutual fund
06 May 2010
Masa 3:24 pm
kalau suri rumah boleh buka kwsp ke dengan mencarum hanya Rm50 sahaja bolehlah simpan kat dalam tu…
06 May 2010
Masa 3:26 pm
boleh rasanya..sebab syaratnya tak ada pendapatan tetap..so akak cakaplah akak jual apa2 dari rumah kecil-kecilan 🙂
01 August 2010
Masa 11:31 pm
wahh bagus entry ni..akan ash syorkan kepada yg tertentu..yerlah kan kesian pada yg bekerja sendri yg tiada pendapatan tetap so…ni salah satu cara yg bagus…sebagai langkah keselamatan..two thumbs up..;>
02 August 2010
Masa 2:45 pm
sangat bagus utk simpanan hari tua nanti..
02 November 2010
Masa 9:01 pm
saya terlupa no kwsp,
17 January 2011
Masa 11:12 am
bgs jg skim ni,br dengar n fahami tadi.Kalo dlm tempoh 5 thn tu..wang d bekukan ke?..
17 January 2011
Masa 11:50 am
ehh taklah..duit tu still akan rolling dalam akaun tapi tak dinamakan skim 1 Malaysia dah. duit dan dividen tu still akan berjalan tapi bawah skim kwsp biasa rasanya
18 January 2011
Masa 12:10 am
[…] Skim ni sangat bagus untuk sama-sama kita gunakan untuk simpanan masa hadapan..tapi bagi yang bekerja sendiri jelah ye.atau yang takde potongan KWSP..yerlah selain pulangan dari KWSP sendiri, sumbangan dari kerajaan pun ada tau. Boleh semak lanjut di apa itu skim kwsp persaraan 1Malaysia. […]
06 February 2011
Masa 8:07 pm
ambil la skim persaraan MAA takafulink..
dividen pn tnggi..siap ada perlindungan takaful lgi..http://khaianam89.blogspot.com/
07 February 2011
Masa 12:10 pm
aik sempat lagi promosi ni huhu…skim baik cuma promosi tak kena caralah bro
21 July 2012
Masa 8:41 am
Skim pencen sgt penting bg staff swasta… Maklum la harga brg skrg makin meningkat. Selain KWSP actually kita ada skim pencen yg lebih tinggi pulangannya. Kami di PRUDENTIAL turut menyediakan khidmat tersebut. Dividen minimum setahun 9%. Last year 22%. So kalo interested contact sy di
Emel: ayeek_1984@yahoo.com
Phone: 013-7319773