Etahlil online tawarkan tahlil, sembahyang hajat dan yassin berbayar

Penulis: wanmus Kategori: Agama | Al-Quran | E-tahlil Online | Internet | Islam | solat | Solat hajat | Yassin Tarikh: 18 September 2008 | 6 komen

Etahlil online

E-tahlil online. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi kali ini..Insyallah untuk bersama2 mencari keberkatanNYa..

Ya kali ni nak kongsi nak kongsi skit tentang e-tahlil online..Pelik tapi saya sangat2 bersyukur kerana ada lagi hamba Allah yang sanggup berkorban jiwa, raga dan wang ringgit untuk membantu rakyat Malaysia yang sangat mundur sekarang ni termasuklah diri saya ni.

E-tahlil online ni di tubuhkan oleh beberapa hamba Allah yang menguruskan permintaan orang ramai, untuk mengadakan majlis tahlil, bacaan yassin dan solat hajat secara berbayar..sekarang ni mereka memilih Madrasah Alyamani, Kg Baru KL sebagai tempat untuk adakan majlis ini..tapi jangan pelik kerana tiada harga tetap dikenakan..ianya bergantung kepada anda, seikhlas mana anda dengan niat untuk bersedekah kepada madrasah tersebut.

Caranya mudah saja..daftar nama dan maklumat diri anda dan sertakan nama atau matlamat anda mengadakan majlis tahlil, bacaan yassin atau solat hajat tersebut. kemudian buat bayaran terus kepada Madrasah tersebut seberapa ikhlas yang anda mampu. Kemudian mereka akan mengadakan tahlil, bacaan yassin atau solat hajat seperti yang anda pohon.

Mengikut pengetua

Nahh..sungguh mudah sekarang..jika anda mampu, buatlah di rumah anda..tapi jika tak mampu dan kurang berkesempatan, anda sepatutnya menggunakan perkhidmatan mereka..tapi ini hanyalah usaha yang tambahan untuk usaha anda sendiri..janganlah harapkan orang lain untuk kejayaan kita..

Sila klik untuk daftar majlis, tahlil, solat hajat dan bacaan yassin

Sedikit info tentang Madrasah Alyamani:

madrasah alyamani

Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur – Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru KL berdekatan Stesen LRT .

Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli, seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Kuliah tetap Ustaz Fadzli adalah  di Masjid Jamek Kampung Baru KL hari sabtu lepas asar.

Setakat ini Madrasah Alyamani ini menyewa 8 buah rumah di atas flat tinggi kampung Baru dan 5 buah rumah teres sebagai tempat pengajian dan tempat tinggal pelajar. Madrasah ini mempunyai 30 orang pelajar tahfiz berumur di bawah 12 tahun, dewasa 15 orang, pelajar perempuan 26 orang. Dikendalikan oleh 5 orang Ustaz, 2 Ustazah sepenuh masa dan seorang tukang masak.

Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Madrasah ini memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM35,000 sebulan untuk menanggung kos sewa rumah, makanan pelajar dan gaji tenaga.
Kepada yang berhajat untuk boleh sedekah wang atau barang-barang makanan atau perkakas letrik seperti peti ais, mesin basuh bolehlah email kepada alyamani@etahlil.com.my atau boleh terus hubungi Ustaz Fadzli 019-3838730.

Untuk urusan membayar zakat, fidyah atau urusan aqiqah, juga boleh hubungi Ustaz Fadzli.
Kepada sesiapa yang berhajat untuk melawat Madrasah ini, sila hubungi ustaz terlebih dahulu melalui Handphone atau SMS
Semoga usaha dan sumbangan yang kecil ini besar rahmatnya disisi Allah.



  1. Aku Tak Nak Masuk Neraka

    Nabi SAW, para sahabat, tabieen & tabiut tabiien tidak pernah melakukan tahlil, Yasinan, selamatan, solat hajat. Semoga usaha mu menghidupkan amalan tokok tambah di dalam ibadah yakni bid’ah akan mengundang murka daripada Allah SWT.

  2. wanmus

    Memang tahlil, baccan yasin dan solat hajat tidak diajar oleh Nabi. Tapi ramai ulama’ mengatakan yang perkara ini dibolehkan jika memberikan manafaat. Yang dilarang ialah bid’ah yang memberikan kesan buruk kepada kita.

  3. jutawansenyap

    first time aku dengor ader buat service cam nih

  4. jutawansenyap

    bidaah hasanah di boleh kan

  5. lin azlina

    betul kata jutawan senyap…first time tahu pasal service camni…makin maju masyarakat kita kan

  6. jutawansenyap

    cuma takut2 salah gunakan service camni