Resepi Nasi Ayam Penyet

resepi-nasi-ayam-penyet-special

wahhh..my feberet ni tau. tapi kalau tanya orang KL, ramai masih kurang kenal nasi ayam penyet ni. search kat google pun tak ramai yang post..so saya nak kongsilah resepi nasi ayam penyet ni. Tapi awas, kalau korang jenis tak tahan sabar bahaya makan ayam penyet ni.

Kenapa bahaya? sebab sambalnya mesti pedas dan ini akan menambahkan ketidaksabaran korang. Yang lagi penting ialah, korang takkan sabar nak tunggu restoran tu bukak nak beli ayam penyet. Dah ramai yang kena penyakit ni, mujurlah saya kena sikit je..hehe

Apa specialnya nasi ayam penyet ni sampaikan saya membawanya sebagai menu tengahari untuk seminar blogging pada 18 oktober ni? haaa..rahsianya pada ayam yang diperap dan digoreng garing beserta sambal yang cukup membuatkan orang menangis mengalahkan sedih tengok filem hindustan. Tapi yang bagusnya nasi ayam penyet ini ialah kekadang anda akan berpeluh-peluh lepas makan macam baru balik jogging..hehe

Ok..kembali ke resepi ayam penyet:

1- Ayam:

1/4 ayam tua (pencen)

2- Bahan untuk perap ayam:

4 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

2 sudu besar ketumbar

* semua bahan ni dikisar

3- Cara menyediakan ayam penyet:

  1. Ayam diperap 30 hari minit dengan barang yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit garam
  2. Rebus ayam tadi sehingga empuk sebelum digoreng garing
  3. Kemudian hidangkan bersama hirisan timun, salad, kobis dan ulam-ulam yang anda suka

4- Menyediakan sambal

  1. Bahan-bahan ialah 20 biji cili api, 5 biji cili merah, 3 biji tomato dan 3 inci belacan.
  2. Semua bahan ini digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk (nak blend pun boleh).

5- Cara nak makan:

  1. 1 pinggan nasi putih (beserta nasi tambah)
  2. 1 pinggan ayam yang telah siap digoreng tadi pada step 3
  3. 1 mangkuk sambal
  4. 1 mangkuk sup
  5. 1 jag gelas air suam 🙂

*kalau nak rasa nikmatnya dan malas nak masak, saya sarankan pergi je kat Restoran Ayam Penyet Pinang di hadapan Apartment Melana, Tmn Universiti, Skudai ni..memang tip top. Kalau datang silap masa (biasanya pukul 7-8) memang korang takkan ada kerusi nak duduk sebab penuh.

96 Comments

  1. Zaim

    nasi ayam penyet aka nasi ayam penyek. mcm mnde baru n tak pernah didengari. bg pndapat yg blom pernah makan ataupun pernah termakan skali ini, gaye cm nasi goreng ayam + nasi ayam biase + ulam. ayam digoreng slps direbus n pastu dipenyekkan. pstu nasi ayam aka nasi. pstu ulam plus smbal.
    huhu. evolvekn la kan sikit masakan itu. mgkin tengah kenyang kot skrg. jdnye selere tu kurang sket. huhu.

  2. ika

    nasi ayam penyet x pernah org buat pn xgok pn x per nh mcm mn nk tau

  3. Zue Reiny

    Welawey……..sedapnyeeeeeeeeeeeee…. ermmmmmmmmmm…… nak satu…… order plssssssssss……………

  4. ni resepi dah ada kene try wat sendiri lah..hehe

  5. mia

    ayam penyet satu piring complete berapa d kl? klu d Brnei $ ada yg $2,$3,$3.50 ..tu harga d gerai…rstrn $5,$5.50,$6 paling mahal …k.tq

  6. Sedap ni. Biasanya aku makan kat Restoran Wong Solo Kg. Baru.

    Dah ada resepi ni, boleh try ni hehehe…

  7. noriza

    saya suka makan nasi ayam penyet….utama nya sambal dengan ulam….hehehe

  8. maria

    rindu nasi aym nyet pinang,skudai~~~

  9. Seumur hidup, belum pernah rasa ayam penyet. mesti sedap. terliur dibuatnya.

  10. skali tersalah pulak..
    aku ingtkan betoi ja wanmus tulis tu..

  11. betoi tu..
    belah johor mmg femes..
    jarang ada kt tmpt lain..

  12. cikt sudah lah
    banyak nanti tak abis
    he he makan ayam ngan sambal
    makan ayam ngan sambal asam pon sedap gak

  13. betul penyet lebih bunyi sedaop sikit dari openyek macam ayam kene langgar jer kan

  14. Ermm…nasi ayam penyet kat pasar borong pandan jb ngn bestmart jb pon sodap,smbalnya sedap giler…kat benafe tu yg kureng coz kdg2 xde kuhh supnya…tu yg potong selera tuh…

  15. sara

    thu x kdai mkn nsi aym penyet endang???kt tmn u kn??

  16. sy seumur hdp blum rs lg nasi aym penyet ni…rs nya mcm kene rs cpt ni…

  17. yup..very delicious..try dulu gerenti nak lagi

  18. Angah

    Nasi ayam penyet ni memang sedap dimakan tak kira bila2 pn. Mula2 dulu cuba buat tapi tak berapa menjadi sampai la jumpa sorang kakak dari indonesia ni, dia sewa tapak niaga nasi ayam penyet di larkin perdana,JB. Ayam, sambal dan nasi tu sendiri memang istimewa, biasalah..menu dan orang dari seberang. Bila dah try, balik buat sendiri baru dapat tune. Even tak sama tapi bole la asal merasa buat sendiri. Tapi apa pun, sesiapa yang ada kat area Larkin Perdana,cuba la nasi ayam penyet di restoran Jam & Jus.

  19. Angah

    endang atau penang?kat situ memang sedap,tp 2 tahun lepas la.sebab orang yg masak tu dah pindah tampat,tak pasti kemana.suggestion bagi peminat-peminat nasi ayam penyet,sila cuba di restoran Jamm & Jus, Larkin Perdana, JB.ada stall jual nasi ayam penyet,sure sedap!

  20. saya biasa makan kat Tmn U tu..sebab memang sellau lepak kat situ

  21. bibik tu bukak kedai tepi tu je..tapi tak sedap..takleh lawan pinang jugak..

  22. abby

    Nasi Ayam Penyet kat pandan … yang sedap tu dekat mana ye… kedai yang mana satu ye?

  23. assalam..

    best giler ayam nieh… zana pernah sekali makan ayam penyek@penyet nie masa melancong di Bandung.. makan masa panas2 plak tuh… berpoloh2!!

    p/s: ty share resepi nieh.. nak ambik resepi nieh ek.. nampak gayanya selalu laa zana masak kat rumah nnti.. hehehehe…

  24. sue

    1st time mkn nasi ayam penyet ni masa g sarawak tahun lepas.itu pun bekas student yg bw and belanja.best giler! teringat2 sampai skrg.sejak balik tu x prnah makan lg.ni yg tgh cari kt mana best.ramai yg ckp kt johor sedap,jauh la pulak…kat kl xde ke?

  25. sue… x yah cari kedai lagi laa.. buat sndri jer.. hehehehe…

  26. betul..wat sendiri..tapi kene try dulu wat..

  27. Websites worth visiting…

    […]here are some links to sites that we link to because we think they are worth visiting[…]……

  28. Zue Azarien

    Hhhah…memang sedap nasi ayam penyet ni…tapi kat utara susah nak dapat,nak makan kena ke selatan

  29. kat KL pun ada, AP ayam penyet pun ok rasanya, sedap jugak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.