Baru Nampak Johor Balik
Alhamdulillah. flight AK5447 dari Pulai Pinang ke Johor Bahru selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Johor jam 5.20pm setelah hampir 1 jam penerbangan. Time tulah baru nampak Johor balik lepas 4 hari di Penang. Ingat malas nak balik lagi tapi sebab dah beli tiket, kenalah balik..huhu
Sorry kawan2 sebab lama tak update blog sebab susah nak dapat line internet. Bertolak Jumaat malam dan petang tadi baru sampai rumah memang memenatkan, menyeronokkan dan menakutkan saya. Serius takut sebab nak cek email yang mesti dah beratus. Sebab kat sana kekadang tu tak sempat nak buka laptop pun. Mujurlah ada partner saya, Shah yang handle syarikat hosting sepanjang saya offline.
Nak tahu cerita lanjut saya kat Penang? hehe..nanti..banyak edisi saya rasa nak buat..sebab ada cerita best, sedih, gembira dan macam2 lah..tapi nanti korang mesti pelik sebab blog wanmus yang cerita bab perniagaan internet dah jadi blog travel..hehe
Alaaa tak salah rasanya nak berkongsi cerita suka dan duka..Lagi-lagi 4 hari tak ngadap bisnes ni, lain sangat rasanya. Pastu nak share jugak hasil perbincangan, perkongsian dan pertukaran idea dengan kawan2 sepanjang di Penang untuk kita bincangkan nanti.
So secara briefly, saya bertolak jumaat malam jam 9.40pm dan sampai dalam 45 minit lepas tu. Saya pun pelik nape bertolak pergi makan masa dalam 45 minit tapi nak balik hampir sejam..hmmm..mungkin laluan lain kot. Satu lagi, kami naik flight ni bukan nak berlagak tapi sebab harga tiket tu sama ngan harga tiket bas..so kitorg wat keputusan untuk naik flight je cepatsikit sampai. Lagipun penerbangan airasia ni direct dari johor terus ke pulau pinang. Kalau MAS kene transit kat KLIA.
Ok.. then sampai malam tu, menumpang rumah khalis kat depan Politeknik Seberang Perai. Ingatkan dekat dari airport, rupanya jauh..mujurlah khalis sanggup amik saya n rahimi. opps..dinner kat Restoran Route 69 memang best sebab tomyam kat situ memang superb.
Then esoknya kami round2 butterworth, gi queensbay mall, Bukit Jambul dan yang penting sekali borong jeruk kat medan selera depan station keretapi butterworth tu. Apa yang specialnya? nantikan post seterusnya.
Malam tu tidor kat rumah family angkat di dalam flat Markas RAMD Sg Ara. Sempat jugak merayap keluar malam tu jap tgk pantai seagate, bandar dan macam2 lagi..hehe..Ahad petang kitorang check in hotel dan bermulalah tujuan sebenar ke Penang. Conforence ICADME 09 anjuran Unimap ni berlangsung 12-13 Oktober dan banyak presenter dari India, Arab tapi sedikit dari U tempatan..tak tahulah kenapa. Yang ramainya presenter dari Unimap je.
14 October 2009
Masa 3:14 am
Salam bro. Wah..sudah jadi traveller nampaknya.
Ni balik Johor pun mesti sebab tarikh seminar dah nak dekat kan? kalau x mesti dok kat penang lagi.
hehe
🙂
14 October 2009
Masa 11:08 am
@Aqif: tau xpe..ingat nak stay lagi sehari tau. tapi sebab banyak lagi benda nak buat kat sini dan susah nak dapat line internet, so baik balik awal..huhu
14 October 2009
Masa 12:31 pm
Beratus-ratus email? wahh.. makin kencang nampaknya bisnes bro nih.. Nampaknyer tak lama lagi bro kena pakai blackberry la baru senang nak check email kat mana² 😉
14 October 2009
Masa 1:02 pm
@ferdy: sebenarnya lagi pening kalau guna smart phone camtu sebab kejap2 bunyi dapat email, kejap2 bunyi dapat SMS..hehe..tapi insyallah jika semuanya dah ok, tak salah nak gunakan teknologi nak mudahkan kerja..
15 October 2009
Masa 1:36 pm
a ah bro ni… cite travel plak.. haha… ok gak, kita ni duk tgu ada update terbaru tak wat duit ni.. buka tgk, takde, besok buka takde.. lusa takde.. aik g mana plak bro ni? last2 dh smpai johor.. nnti kalau dh abis seminar tu, bagi la review dan idea baru ye.. at least yg tak dpt pegi tu, dpt la jugak sikit input utk boost money.. stay save, have a nice holiday n seminar
15 October 2009
Masa 1:38 pm
ops salah eja save tukar kepada safe.. hehe
15 October 2009
Masa 3:00 pm
@TanyaLelaki.com: hehehe..sory tak dapat update sebab hotel tu sengal n kedekut..so pikir2 balik, baik tggu sampai jb je baru update sebab busy jgk kat sana
07 February 2011
Masa 9:47 pm
tomyam?terliur lak pulak rasanya…
07 February 2011
Masa 9:54 pm
hu hu ramai jugak family angkat ko kan