Ragut, Samun, H1N1 dan Bunuh Adalah Bala Bagi Kita?

Penulis: wanmus Kategori: Bala | Internet | Ragut | Rogol | Samun | Zina Tarikh: 22 May 2009 | 7 komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Balik dari jumaat ni, terus nak menulis sebab nak berkongsi apa yang diceritakan oleh imam tadi dalam Khutbah Jumaat. Semuanya tentang perkara dan keadaan terkini. Khutbah tadi bertajuk Epidemik dan Penyakit Adalah Bala (rasanya macam tu lah kot). Tapi yang nak kongsinya perkara yang kita tak sedar..

Kenapa saya kata kita tak sedar? Sebab lepas dengar khutbah tadi baru saya terfikir yang masalah teruk sekarang ni tiba-tiba je terjadi kan? Dulu mana ada teruk macam sekarang ni. Lepas satu masalah belum lagi selesai, masalah lain pulak datang.

Meningitis, Leptospirosis, dan sekarang H1N1 atau Infulenza A pulak datang bertalu-talu. Pelik tak kenapa? Selain penyakit, datang juga bala bentuk lain iaitu hilangnya keamanan. Mana taknya, nak kemana-mana sekarang pun perlu berhati-hati sebab terlalu banyak bahaya kat luar tu samada samun, ragut, bunuh, rogol, dan macam-macam lagi.

Mengikut perangkaan, secara purata 26 kes ragut dilaporkan setiap hari di seluruh negara kita ni. Angka yang cukup mendebarkan. Kalau sebulan dah 780 kes. Tengoklah dalam berita, setiap hari ada je kes orang mati dibunuh, yang dirogol, yang disamun, yang diragut..

Anda tengok 360 malam rabu lepas? sedihkan tengok kes ibu mengandung yang diragut dan meninggal ditempat kejadian yang berlaku di Bachok, Kelantan baru-baru ni. lagi sedih sebab mereka meragut dan membunuh 2 nyawa sekaligus tapi hanya dapat habuan RM3! Bodoh! Kalau nak merompak, merompaklah 8 juta tu barulah berbaloi masuk penjara.

Mengikut imam dalam khutbah tadi, ni adalah bala yang diturunkan Allah bagi membalas perbuatan kita yang tamak, pentingkan diri, lupa bersyukur dan bermacam lagi. Bala yang diturunkan tak semestinya penyakit ataupun kemusnahan yang nyata semata-mata. Seperti sekarang, Allah menarik sedikit demi sedikit nikmat keamanan dan makanan..Begitu juga dengan kekayaan bumi sekarang. Makanan makin mahal, barang naik harga dan macam-macam lagi. Tambah pula ngan kegawatan ekonomi sekarang ni. Bila dah orang tak ada kerja, mana nak dapat duit? Itu yang menjadikan kes samun, ragut dan pelbagai jenayah lagi meningkat.

Semuanya Bala dari ALLAH! Ingatlah dan insaflah sebelum terlambat..



  1. akuazwan

    salamz
    bala tu ustaz aku ada kata sebagai satu balsan kepada umatnya. allah s.w.t tu akan turunkan bala kepada seluruh umatnya jika ada dikalangan umatnya yang melakukan kesalahan. jika dalam 1 komuniti tu salah seorang ahlinya melakukan kesalahan, seluruh komuniti tu yang akan di timpa bala.
    kenapa?
    sbb tidak saling tegur menegur dan saling ingat mengingati.
    contoh paling senang,
    kita lebih banyak mengajak kawan2 kita pergi minum berbanding pergi solat. betul tak wan?
    aku pun macam tu gak, tak pandai nak menegur..

  2. wanmus

    betul tu azwan. tapi adakah semua ni dari kekurangan ilmu dalam diri kita? yerlah, nak ajak kawan gi solat tapi kita sendiri pun solat tak terjaga..macamana tu? Sebab tulah Allah dah sebut, kalau nak menegur tu ada 3 cara iaitu dengan tangan, suara dan last sekali dengan hati.

  3. akuorgkmpng

    aku sokong pndpt hng ni..
    bala ni kena x kira sapa..

  4. akuorgkmpng

    betoi tu..
    tapi ini la realiti skrg..
    susah nk tegur org ni..

  5. akuorgkmpng

    Tu baru bala yg mnimpa umat kita..
    blum tiba kiamat lgi..

  6. Ronaldmohoni

    Memang betullah, semenjak dua menjak nih macam-macam perkara berlaku. Penyakitlah dan macam-macam lagi.

  7. ninjas

    http://www.youtube.com/watch?v=umfzoOptSUU …..kalau ini dilaksana diMalaysia.. saya percaya dan amat yakin..dari sekecil kecil masalah..sehingga sebesar besar masalah akan hilang dengan sendirinya..kita mempunyai segalanya..kuasa,bangunan kepakaran.kenapa TUNGGU DULU???Tepuk dada tanya selera..Prinsip orang islam terhadap perintah Allah ialah..KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH.