Susah Ke Nak Curi Motor Ni?

Terkejut dan terkedu saya melihat video ni. Walaupun dah lama, sekitar 2007 dulu, namun ianya menunjukkan mudah sangat sebenarnya nak curi motor. Tengoklah, siap gelek motor tu dan ada pulak kawan dia dah tunggu nak tolong tunda. Wat masuk bengkel pastu leraikan..

Dalam masa tak sampai sejam, motor tu rasanya dah tinggal rangka je kot yang siap untuk di campakkan dalam sungai atau semak. Tu sebab diorang tak nak kantoi ngan polis. So, sapekah pencuri ni? hoho..

Saya letak video ni bukan nak korang belajar curi motor tapi nak ingatkan kepad tuan empunya motor tu, berhati-hatilah..Jangan ingat matikan enjin motor sahaja dan cukup untuk elakkan orang curi motor anda. Tulah sebab pentingnya ada kunci pendua atau pentiga ( ada ke istilah pentiga? hehe).. Paling kurang, anda dah berjaya melambatkan si pencuri tu untuk mencuri motor anda.

So..berhati-hatilah dan beringatlah kawan-kawan semua!

4 Comments

  1. Aik!? sng tul curi. org yg rakam pun x jerit plak. subahat ke tu?

  2. wanmus

    Tulah pasal. Bukan subahat kot cuma mungkin tak berani. Xtaulah..tengahari camtu pun berani lagi mencuri, inikan pula kalau malam hari

  3. Ekal

    paling senang, jangan pakai jenis motor yang ‘favourite’ dicuri, contohnya kalau kapcai jenis Suzuki, kalau ada duit lebih sikit beli Superbike yang ada GPs tu,
    Mesti orang tak berani curi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.