Written by wanmus on Aug 18th, 2008 | Filed under:
Business,
Economy,
Share,
rumah,
termahal

Rumah termahal dunia
Mukesh Ambani bakal menggaji 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah 27 tingkat
KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. ‘Istana’ yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Fakta Menarik Antilla
Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.
Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
Dua tingkat di atas ‘health level’ menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.
‘Health level’, aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga.
Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.
Credit to: Berita Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti anda semua tahu, minggu lepas saya telah ke PWTC untuk menyertai konvensyen pertama dalam sejarah hidup saya dan juga yang pertama kali pergi sorang diri.. takpe tu jadi pengajarn dan pengalam buat saya..Alhamdulillah akhirnya sampai malam tu dah tumpang tidor umah aren dan mirul di pantai dalam. Ok..gambar atas sekali ni sebelum start program pada 18/07 iaitu pagi jumaat. Pagi ni ada pembentangan dari EPU atau economy planning unit oleh En Mat Noor Nawi yang telah membentangkan data2 dan statistik2 terkini mengenai peratusan kegiatan ekonomi bumiputera buat masa sekarang dan sudah pasti menakutkan… (more…)