Server Pun Sebuah Komputer Juga

Penulis: wanmus Kategori: Business | Jimat | jomhosting | Server | vps Tarikh: 06 March 2010 | 17 komen

Hmm..kenapa saya tulis tajuk ni ye? hmm..sebab nilah soalah atau andaian saya sebelum kenal apa itu server atau web hosting atau apa2 berkaitan internet. Dah tahu bab internet pun masih kurang faham, sehinggalah 3 tahun lalu menceburi bidang web hosting dan server ni barulah saya faham. Rasanya masih ramai kurang faham..meh saya share sikit..

Hmmm..rasanya sebelum saya tahu bab2 ni semua, saya ingat server tu adalah suatu alat yang canggih dan susah nak rosak atau jammed..yerlah sebab kita biasa tengok server kat TV tu gedabak besar dan banyak..so, sistemnya mestilah canggih dan susah nak rosak. rasanya ramai juga yang masih tak faham macam saya dulu kan?

Ok, Server sebenarnya adalah sebuah komputer jugak..cuma komputer atau pc kat umah korang tu untuk anda atau family guna je kan? tapi sistem server ni diubah sikit untuk kegunaan beratus malah beribu pengguna dalam satu2 masa..so bayangkanlah jika ramai tu guna komputer anda, mesti hang atau jammed jugak kan?

Processor server ni sama jugak macam pc korang. Antaranya Intel Core 2 Duo, Intel Core 2 Quad, Intel Xeon, Intel Dual Xeon dan macam2 lagi. Lagi power processor tu, lagi lajulah pemprosesan data untuk akaun anda tapi harga makin mahal lah. 🙂 .hmmm..nak watpe processor power2?? ok, kalau korang buka banyak2 program atau software kat pc korang, mana lagi laju untuk buka samada guna processor biasa atau yang power? sudah semestinya lagi laju guna processor power kan? tapi harga mahal lah berbanding guna processor biasa tu.

RAM atau Random Access Memory macam pc korang pun, server guna jugak. Ini lebih di panggil memory server. Memory biasa server 2-6GB DDR2, DDR3 @ ECC Ram. Dan macam2 lagi perkakas pada pc korang, ada diguna dalam server.Hardisk pun sama.. Sebab apa??

Sebab server juga adalah sebuah komputer

Ok, berbalik kepada limit pada setiap perkakasan dalam server tadi, ini menyebabkan web hoster atau penyedia web hosting terpaksa hadkan sebarang penggunaan dalam satu2 akaun pada server mereka bagi mengelakkan keadaan jammed atau rosak. Itulah yang biasanya pengguna dihadkan dari segi, saiz akaun, bandwidth, cpu usage, memory ataupun mysql. Kalau jammed atau rosak, kesemua pengguna dalam server tu akan tak boleh akses akaun mereka.

Kebanyakkan limit dikurangkan untuk pengguna vps atau virtual private server dan dedicated server.

Kenapa??

Sebab pengguna vps ni dihadkan ke 5-7 akaun je untuk setiap server. Berbanding shared web hosting kekadang 300-400 akaun untuk setiap server. Kalau nak best lagi tanpa sebarang had, angkatlah dedicated server sebab server tu hak anda sepenuhnya..sumbatlah apa korang nak sumbat.. Tu yang menyebabkan harga antara 3 servis web hosting ni berbeza.

Alhamdulillah..lepas jugak nak tulis post ni selepas beberapa bulan tersangkut.. Apa pun, harap sangat korang semua faham yang server adalah sebuah komputer.. Bila bercakap tentang keupayaan atau keistimewaan sesebuah server, bayangkan anda bercakap tentang keupayaan atau keistimewaan sesebuah komputer.



  1. pedagangIT

    saya cari server yang boleh hantar email melebihi 100k senarai email….

    ada ke server macam tu

  2. wanmus

    server macam tu memang ada..cuma nak elakkan email kita tu di block oleh pembekal email tu susah skit.

  3. sah90

    pasal server ni..
    semalam juga lecturer di kolej ada terangkan sikit..
    tambah lagi perkongsian kat blog saudara wanmus ni,,
    bertambah ilmu..:)
    Tq Bro…:)

  4. wanmus

    alhamdulillah..tapi saya terang ni xdelah teknikal sangat sebab kan nanti orang pening

  5. lanchini

    Salam Wanmus.

    Saya ni masih mentah pasal server2 ni. Apa yang saya tahu, kalau tak boleh bukak website kita, terus rasa tak puas hati kat pihak server. Rasa macam nak saman terus, hehe..
    Bagi pihak pengguna, servis dari penyedia hosting mesti lah tiptop. Kalau nak servis ke, nak off kejap ke, mestilah bagitau awal2 kat user. Saya pasti JomHosting servisnya antara yang paling top kat Malaysia ni, betul tak?

  6. wanmus

    wsalam.
    kita sama2 belajar ilmu yang luas kat dunia ni bro. Jomhosting hanya menyediakan apa yang terbaik.. wallahualam

  7. zamrin

    Server – “Service Entire Request Via End Requirement”..memandai je aku letak makna server tu..hahha

  8. wanmus

    hehe..tu nama penuh bagi server kot..hehe

  9. Omar

    salam,

    saya pun sebenarnya agak berminat dengan bidang setup server ni, dan saya ada membangunkan server sendiri (tapi cam tak jadi jer, guna Windows Server 2008 pada Pentium 4 (lembab jer) ), jadi ada beberapa soalan saya nak tanya kepada awak yang tentunya pakar dalam dunia server ni:

    1 – Camana nak setup DNS tu, sebab saya ada domain, tapi bila nak buat DNS tak reti la…server yang saya buat tu guna DynDNS jer.

    2 – Adakah setiap server menggunakan backbone yang sama, sebagai contoh, jika Server A mempunyai 100 orang pengguna (client) dalam tu, dan 100 orang client request file-file yang sama serentak, adakah server tu menggunakan talian internet yang sama untuk hantar fail-fail tu?

    Itu aje,
    thanks

  10. ira

    salam..sy pening ar….nak wt final projek bekenaan server…tp x de idea…harap wanmus boleh kongsi idea……..

  11. zik

    Setuju bro… server nie kadang2 kena maintenance … kalau tak jammed dibuatnya…

  12. Menjawab Persoalan FAQ Mengenai Web Hosting

    […] telah saya maklumkan dalam post sebelum ni, Server juga sebuah komputer. Apabila kita sebut tentang komputer, ia mempunyai had yang tertentu bergantung kemampuan hardware […]

  13. Amir

    menarik2.. 😀

  14. ima

    pelbagai jenis sever..selain mel sever

  15. Ladfe Amir

    tapi memang ada server yg besar n banyak harddisk tu.

    server yg bro maksudkan kadang2kala ada diiklankan penjualan di paper. mmg ianya komputer biasa aje.

    kalu server mcm mesin yg besar tu..jenuh la nak setup balik kalu problem.

    kllang tempat saya berkerja , servernya mmg banyak harddisk n saiznya mmg besar.

  16. mhnizam

    setelah 4 tahun dalam berblogging baru ku tahu apa itu server…jahilnya pakcik hoho…tapi takpe la at least dapat tau gak akhirnya

  17. nurul aina

    saya bru nk belajar tentang server ni pening kpla jga untuk memahminye…….