Seminar Smart Blogging Di Buka Untuk Pendaftaran

Penulis: wanmus Kategori: Rohaizad | seminar | smart blogging | UTM | wanmus Tarikh: 08 September 2009 | 29 komen

Alhamdulillah..seperti yang telah dirancang di mana seminar smart blogging anjuran Bro Rohaizad dan kerjasama Wanmus Technologies, telah dibuka untuk pendaftaran. Seminar ini akan berlangsung selepas hari raya iaitu pada 18 Oktober 2009 hari AHAD selepas Deepavali. Sebab ramai sangat tanya saya bila seminar ni akan diadakan, jadi saya share kat sini..

Screenshot kat atas tu saya tunjukkan screenshot paypal saya dari mula saya terima bayaran pada 26/8/09 sehinggalah 5/9/09. Dalam masa 2 minggu tu saja, saya sudah balik modal dan dapat keuntungan. Saya dapat USD 158.5 atau dalam ringgit jadi RM 554.75 lebih kurang.(nak clear, klik pada gambar screenshot untuk besarkan).

Tempat? Akan diadakan di lab yang nyaman dan siap ada sistem peredam bunyi lagi. Komputer semua jenama DELL dan beserta LCD monitor. Tak caya? tengok gambar bawah ni.

Pandangan saya tentang seminar ini:

  1. Ianya teknik yang orang cakap mudah dan selalu dipandang enteng je. Tapi bro ijad menunjukkan jalan yang lebih luas untuk perkara yang mudah ini.
  2. Tidak sesuai untuk orang baru belajar buat blog atau nak belajar buat blog.
  3. Tidak akan diajar cara buat duit dengan blog dalam masa yang singkat.
  4. Ianya adalah step seterusnya jika anda nak belajar cara lain buat duit dengan blog selain cara biasa orang buat
  5. Membazir duit korang je jika nak datang just belajar tapi xde impian nak praktikkan dan buat apa yang diajar.

Harga?? Bermula dengan seminar di UTM yang akan datang ini, harga telah kembali kepada RM450. However, untuk 10 PESERTA TERAWAL yang membuat tempahan, mereka akan diberikan early bird price iaitu RM400 sahaja!

Jadi bertindaklah sepantas yang mungkin dengan membuat tempahan di laman web Seminar Blogging. Sila isikan maklumat yang dikehendaki. Maklumat yang tidak lengkap akan menyukarkan keadaan.



  1. wanmus

    so masih berifkir nak join ke x? aritu ramai je nak join, so janganlah lepaskan peluang ni

  2. hasbul aqill

    salam
    wah,kene check jadual exam ni
    🙂

  3. wanmus

    @hasbul aqill: check jangan tak check..rugi kalau terlepas..ntah bila pulak bro ijad nak buat seminar ni

  4. cyza

    Ada sedikit pertanyaan dari saya…

    Berapa orang satu session?
    Apa beza dengan coaching yang di buat oleh Bro Ijad baru-baru ini?

    Saja tanya dulu…thanks

  5. msarbin

    Wauu di johor.. teringin nak p memandangkan aku tak pernah pegi Johor lagi. Kena check schedule family dulu. hohoho!!! Peluang sudah datang. InsyaAllah akan diusahakan.

  6. wanmus

    @cyza: tak dalah..ni seminar+bengkel..peserta sasaran seramai 30 orang. seminar dan personal coaching kalau dah pergi, sama je..cuma ni nak buka peluang untuk yang belum sertai lagi.

  7. wanmus

    @msarbin: yup di Johor. jomlah sambil makan angin cari ilmu 🙂

  8. Der

    aku barunje nak belajar sikit2 pasal dunia internet ni,boleh di katakan zero knowledge jugak la aku ni,baru je kenal apa itu domain,hosting..layak ke aku ni

  9. nuaeman

    sebenarnya sesiapa yang ada semangat nak belajar dan mencuba mereka pun layak untuk sertai. Syarat yang dikenakan tu hanya satu peringatan supaya mereka-mereka yang nak pergi boleh persiapkan diri serba sedikit. Mudahlah nanti nak menyerap segala ilmu yang diturunkan.

  10. wanmus

    Betul tu.syarat tu nak pastikan yang datang tu betul2 nak belajar dan nak praktikkan..bukan sekadar datang saja2 nak dengar..persediaan tu juga nak pastikan anda betul2 bersedia nak terima apa yang akan diajar nanti

  11. Muaz Hadi

    pergh trasa nak pegi ni. serius.

  12. wanmus

    @Muaz Hadi: jom bro turun UTM sekali lagi..bila lagi..hehe

  13. Fazli

    waduh. saya berada dihujung utara. nak pergi ke hujung selatan. mmm…. kene fikir panjang sebab jalan panjang nak kene lalu. kalau jalan pendek(buat kat utara), mungkin saya akan berfikir pendek. hehehe… tq for the info.

  14. wanmus

    @Fazli: Nak seribu daya bro..hehe..jomlah, berkorban kerana ilmu takpe bro

  15. Muaz Hadi

    tgh adjust2 jadual jap. rasanya mcm on. tapi wanmus kena tolong bli tiket bus dari skudai ke seremban la. member hari tuh dah submit tesis, tgu viva la kot. dah balik kampung

  16. msarbin

    Saya dah tempah satu tempat. kalau tak ada aral insyaAllah kita jumpa..hohoho

  17. wanmus

    @Muaz Hadi: boleh je xde hal..cuma bro perlu email bro ijad dan saya akan uruskan.

  18. wanmus

    @msarbin: beres bro..jumpa di sana nanti

  19. MyDailyBlog.Info

    aku pon dh tempah satu,apa2 pon infom plak laa..jumpa di sana

  20. wanmus

    @MyDailyBlog.Info: alhamdulillah, nanti kita jumpa kas seminar insyallah

  21. […] nampaknya perancangan untuk seminar smart blogging bro ijad pada 18 Oktober 2009 di UTM menampakkan ianya akan disertai ramai blogger dan bakal blogger dari […]

  22. […] specialnya nasi ayam penyet ni sampaikan saya membawanya sebagai menu tengahari untuk seminar blogging pada 18 oktober ni? haaa..rahsianya pada ayam yang diperap dan digoreng garing beserta sambal yang cukup membuatkan […]

  23. TanyaLelaki.com

    Amaran!! pada hari tersebut, bro akan banyak kehilangan blogger dari india, kerana tarikh yang tidak sesuai.. Errp.. Alhamdulillah dh kenyang saya..

  24. wanmus

    @TanyaLelaki.com: dah tutup pun bro penyertaan. dah tercapai bilangan peserta yang kami nak. memang sengaja buat pada 18hb supaya kita leh cuti dulu sabtu tu dan berseminar pada ahad tu 🙂

  25. TanyaLelaki.com

    la bro.. duk kt tepi2 pun tak boleh ke? melepas lagi sy bro.. help me.. i need to go.. huhu

  26. […] dah start seminar smart blogging kat UTM Skudai..so sebagai penganjur, kene tidor awal skit. Happy Deepavali untuk pelawat Indian yang setia di […]

  27. hafeez

    bro,nape tak buat kat k.l..aku rasa mesti dapat sambutan nyer,fasilitis kat sini pun apa kurangnya,dah lama sangat aku tggu bro ijad datang sini,teringin gak nak buat duit ni

  28. wanmus

    bro, sedangkan budak kelantan pun boleh turun jb sebab nak belajar, inikan pula dari KL yang beberapa jam je tu.bukan apa, bila lagi kalau tak masa ni korang turun jb, banyak tempat untuk korang lawati tau.. ayam penyet tu pun menanti korang..so datanglah melawat jb. KL dah selalu sangat ada seminar, orang pun dah boring asyik2 buat kt KL tau..tu ijad buat perubahan, buat kat JB

  29. Ronaldmohoni

    Harap-harap seminar ini akan terus diadakan. Masih belum berpeluang mengikuti seminar ini.