Sekitar Aidiladha 2010

Penulis: wanmus Kategori: Ayah | Besut | Hari raya | Internet | La Hot Spring | Sauna | Terengganu Tarikh: 24 November 2010 | 10 komen

Hohoho..lamanya tak update blog..maklumlah bila dah balik kampung tu jadi berat je nak buka laptop..kalau buka pun semak jobs je..yerlah cek duit masuk..hehehe..nak update blog tu memang ada dalam hati, tapi last2 tinggal kenangan je..tak tahulah kenapa..mungkin sebab dah set balik kampung ni untuk berehat kan..ok jadi ni nak berkongsi sekitar Aidiladha atau Hari Raya Haji yang lepas..

Seperti biasa bertolak balik lepas isyak..bajet tak ramai orang..rupanya ramai juga yang sama otak. jammed tak hingat selepas tol Gombak sampailah ke tol Karak tu. masuk LPT (Lebuhraya Pantai Timur) dah dalam pukul 12 tghmalam..apa lagi, pecutlah Persona tu sampai 140-160..hoho..tapi ada juga time cuak rasa bawak laju, slow kan kereta jap..yerlah taknaklah sampai masa sembahyang raya kan kat Besut.

Kejar punya kejar, alhamdulillah sampai dalam pukul 4.30pg kat Besut. Sampai tu tengok pintu rumah dan pagar terbuka dan Hilux kat depan rumah..ingatkan apa, rupanya kawan ayah dari Jerangau datang hantar lembu untuk korban pagi nanti. Sampai tu salam2 jap dengan parents, pastu tunggu subuh..selepas subuh je, terus colapse..hohoho..Bayangkan tahap mata dan badan masa tu. tapi best sebab dah lama sebenarnya tak balik raya haji kat kampung. Sepatutnya beraya pagi tu kat rumah isteri kat Nilam Puri, tapi sebab terpaksa balik ikut LPT risau jalan jammed, jadi berayalah dulu pagi tu kat Besut.

Petang tu selepas makan tenghari, berangkat pula pulang ke Nilam Puri. Pagi tu? ape lagi, berkubang dengan daging lembulah..sampaikan terkerat jari ni sikit..maklumlah pisau tajam (padahal dah lama tak potong daging..hehe). Tengahari tu semuanya belaukkan hasil korban..Singgang Tulang, Perut Asam, Daging Goreng dan Daging Bakar..Perghh memang best dapat makan yang fresh..

Balik ke Nilam Puri pun sama..sampaikan anak buah tanya, kenapa tak ada ayam..asyik2 daging..hehe..kesian budak2 tu tak dapat makan ayam raya haji. Yerlah mana ada kedai jual ayam raya2 kan. Raya ketiga baru ada kedai bukak dan dapatlah kak ipar beli ayam.

Raya ketiga, 19 November tu selepas jumaat terus bertolak balik ke Besut..oppss sebelum tu, singgah jap kat Kemubu, ada kawan sekatil masa kat UTM dulu bertunang. Ni gambar dia kat bawah tu. Namanya wandy ambik kos elektrikal dan sekarang kerja kat kilang DENSO. Tunangnya pula nama Fairuz.

Lepas setel semua, terpaksa balik awal sebab nak ke rumah mertua otai ebook pula iaitu bro Jamal di Kuala Besut. akhirnya sempat berjumpa otai sorang ni. Sempoi, rileks dan peramah memang kena dengan bro jamal ni. banyak juga rahsia dan tips dikongsikan walaupun perjumpaan singkat sampai makan roti dan gulai daging (perghh mengangkat habis)..

Dah nak maghrib tu, bertolak pula ke La Hot Spring, jauh juga tau dalam 45 minit sebab ianya menghala ke hulu besut dah..La hot Spring ni terletak di Kampung La, Hulu Besut. Apa lagi nak mandi ari panas a.k.a sauna free lah malam tu..hehe..kitorg memang biasa gi mandi air panas tu tengah malam. sebelum turun pekena dulu air teh beng segelas sorang (tu gambar kat atas sekali post ni). Best air kat situ sebab guna air fresh dari bukit..sedap tu..sape yang tak pernah try, torailah sekali..

Malam tu turun dalam pukul 9 lebih baru gi mandi selepas diorang tukar air kat kolam air panas. Panas wei..lebih kurang suhu dalam 50-60 darjah celcius..bayangkan korang mandi air sepanas tu. tapi ku kebalkan juga urat sarafku akhirnya boleh turun seluruh badan dan siap boleh berenang lagi..hahaha..part ni boleh berbangga skit sebab tak ramai boleh turun satu badan..tu biasa orang datang rendam kaki je..hehe

ni gambar sekitar kolam air panas la atau la hot spring waktu pagi dan malam…Best raya haji tahun ni..korang punya macamana?



  1. ahmad

    wahh bestnya..

  2. hanif

    memang menyegarkan.. saya penah mandi kat air panas di Ulu Legong, Baling.. memang best..

  3. omecool20

    Saya tgk kolam tu saya pun nak pergi jugak 🙂 bestnya … Juga bila bro cerita tentang makan2 tu ..pergh .. terliur saya 🙂

  4. lin azlina

    saya baru jer g air panas gadek kat n9 aritu…yg kat sg.kelah pun pernah jugak g…asal air panas jer mmg bestla…

  5. Happy Birthday Ayah

    […] petang tapi still ramai giler orang kat sana..lepas maghrib barulah ada tempat duduk kosong..iya, la hot spring yang saya gi masa raya haji lepas tu..apa pun..selamat hari lahir buat ayahanda tersayang Wan Harujan Bin Sulaiman..semoga ayah […]

  6. akuorgkmpng

    siap berendam lgi tu.. mmg hebat la..
    try p rendam time tgahari.. mau melcur badan,.. hahaha

  7. mhnizam

    post ni apa yg paling best adalah La Hotspring haha…nak g jugak la kalau dari kb agak2 dalam sejam lebih gak ni

  8. jutawansenyap

    perkataan hotspring pon dh sedap lagik lah kalo mandi fuhh pbest nyer

  9. jutawansenyap

    mau kecut segala bender kalo berendam kat sini nih ..masak masak

  10. jutawansenyap

    memang best kalo bawak family semua kat sini