Dari dulu sampai sekarang, bila disebut asal kejadian bumi adalah dari kejadian big bang..apa2 terjadi sekarang ni sebab big bang..Sampaikan discovery channel ada satu slot khas untuk kajian teori big bang dan ada satu loji besar dibina untuk tiru kejadian big bang ni..semuanya tipu. Maknanya kalau kita percaya asal kejadian bumi dari big bang, ianya berdosa.
Kacau betul akidah kita sekarang ni..cuma tengok penerangan dari Ustaz Azhar ni tentang teori Big Bang ni..Tengok dan nanti senang untuk kita faham betul ke Big Bang tu berlaku.
Memang kelakar cara ustaz ni ceritakan. Tapi memang betul apa ustaz ni cerita..
ni kuliah kat masjid kg aku ni, kg batu 6.he.
pasal big bang tu, ustaz azhar maybe banyak membaca lagi, banyak kajian oleh ulama Islam berkaliber membenarkan big bang tu. bah kan, kajian big bang itu bertepatan dengan Al-Quran dan membenarkan lagi Islam.
boleh rujuk juga buku dr Dr Daniel Zainal Abidin, Quran Saintifik
tapi big bang yang diceritakan sains tak sama dengan apa yang Islam cerita kan?
http://www.youtube.com/watch?v=GZXz5SXWOLE
Cuba tengok video di atas…
Wallahualam..
Pernah saya dengar satu cerita dalam rancangan al kuliyyah TV3, seorang ahli fizik dari barat yang mengkaji tentang asal kejadian alam. Dia berfikir, kalaulah benar alam ini ada pencipta, sudah semestinya pencipta alam ini tahu macam mana alam ini dicipta, sehinggalah dia terjumpa ayat2 quran yang menceritakan ttg kejadian alam dan ia adalah bertepatan dgn apa yang dia kaji. Saintis ini akhirnya masuk islam.
Hanya Allah swt yang maha mengetahui..
sains pentipu..ahaha..sbb tu ak xsuke sains..ahaha
ok faham dah.yang samanya ialah bumi ni asalah dari habuk, gas dan lain2 tu. cuma big bang teori ni jadi salah sebab letupan tu tiba2 je berlaku..mane ade benda dalam dunia ni tibe2 je berlaku, mesti ada yang mengatur segalanya, dan itulah Allah..
Ya betul!
Siapa la yang cipta teori Big Bang-ang ni ye..
haha..pandailah wat alasan..
saintis org putihlah ni, kononnya pandai sgt
rasanya ustaz telah terlambat kerana teori bigbang ini telah dibatalkan oleh saintis pengkaji bigbang sendiri.. huhu
bagus la klu dah batal…
dalam buku teks sekolah pun kena keluarkan juga
oo dah batal.. kita hanya ikut jerk entah betul atau tidak nasib ;ah janji lulus pekse
Yied tak suka sangat dengan SAINS… Susah nak faham.. Huhu…
Yied pun tak suka gak.. Suka sikit2 je.. Sebab susah sangat nak faham.. Huhu
biasa yied memang ramai tak minat sains ni…tp kalau kita tau skit2 n boleh kaitkan dengan ciptaan Allah dan kita akan sedar kekuasaan Allah..cuma orang kafir je buta tak nak ngaku bahawa segala yang berlaku atas kehendak Allah
itu tandanya Allah buka pintu hatinya..
dia..
aku pn xsuka.. tensen aku ng sains.. pening3..
mat saleh la tu.. entah2 geng yahudi gak.
mmg jnis nk sesatkn org.
dh batal.. bagus la..
jgn la trsebar lgi benda tu.. trsebar video ni ok la.. ahahaha
suka dengan subjej sains sbb berkait dengan kehidupan kita seharian…apapun yang berlaku dan tercipta semua atas kehendak Allah
sama la kita yied.. klu matematik aku suka.. peminat fanatik.. ahaha
saya suka matematik dan sains! bestla…
betoi kata ustaz azhar ni..
tapi lawak la cra dia ceramah tu.. mmg aku suka..
kt minit 3.31 tu best.. “cikgu mari sini, amik mercun bola 2 tir, buh dlm lubang idung cikgu, cucuh”..
msti tensen klu cikgu sains baca ni..haha
Teori bigbang ke teori Steady state yg UAI maksudkan
Rasanya apa yang dia cakap tu teori steady state
CUba rujuk suran al-anbiya’ ayat 30
ayat tu ada menyokong teori bigbang
banyak lagi ayat quran yang menyokong teori bigbang
Memanglah ustaz Azhar Idrus ustaz yang terkenal dimalaysia, tapi x semestinya semua yang dia cakap tu benar
dia manusia juga
sila kaji dulu sebelum percaya