Rezeki Memang Datang Bergolek

Penulis: wanmus Kategori: Business | doa | Duit dengan blog | Duit Percuma Tarikh: 25 February 2009 | 3 komen

Rezeki memang datang bergolek..Alhamdulillah.. Orang tua-tua dulu kata rezeki tak akan datang bergolek. tapi kenapa saya cakap boleh pulak rezeki datang bergolek? itulah yang terjadi kepada saya..Alhamdulillah. Rahsianya ialah..

Sebenarnya tak susah nak minta rezeki ni datang bergolek. Kisahnya hujung minggu lepas saya pening memikirkan tentang sales yang saya dapat berkurang, jadi saya pun memikirkan kenapa. Sepatutnya taklah seteruk ni. Dan akhirnya terlintas difikiran saya bahawa ada janji yang belum saya penuhi iaitu wat pembayaran ejen myekamus, submit utk link customer saya ke 20+ search engine dan dermakan 10% dari sales JOMHosting ke Rumah Siraman Kasih.

Lalu, saya mulakan dengan submit sikit demi sikit domain-domain ke 20+ search engine seperti yang telah dijanjikan kepada pelanggan saya. Saya pun dah kira 10% dari jualan iaitu RM476 akan didermakan ke Rumah Siraman Kasih. Manakala ejen myekamus akan dibayar sedikit masa lagi. 

Malam ini saya terkejut melihat akaun nuffnang, beberapa affiliate yang saya join, dan sales atau pendapatan saya bertambah. Nuffnang saya untuk minggu lepas baru Rm55 tapi untuk malam ni dah RM104..walaupun tak adalah sebanyak mana, tapi ianya adalah rezeki dari-Nya..Alhamdulillah.

Antara rahsia yang saya boleh kongsikan ialah:

  1. Kotakan janji dan kata-kata anda sebelum ni dan sebelum anda berjanji lagi
  2. Berdoa dan tunaikan yang mana hak kita kepada tuhan, diri, agama, keluarga, jiran, bangsa dan negara
  3. Jangan tangguh kerja yang sepatutnya anda lakukan
  4. Jangan buat orang tertunggu-tunggu


  1. Mohd Safuan

    Betul2. kalau kita nak sesuatu, kita kenalah beri sesuatu..
    lebih kurang camtu la maksudnya.
    dipetik dari ayat Robert Kiyosaki.

  2. wanmus

    ikut ajaran Nabi Muhammad. tangan yang memberi lebih baik dari menerima.. Lebih banyak kite memberi, lebih banyak kita akan terima..Insyallah

  3. Ronaldmohoni

    terima kasih dengan pendedahan 4 rahsia tu. Baik untuk dijadikan panduan.