[Review & Praktikal] Pakej Dominasi Laman Sosial Bagus

Penulis: wanmus Kategori: ebook | Facebook | Internet | review | Video Tarikh: 01 November 2009 | 15 komen

dominasi laman sosial facebook twitter youtube

Assalamualaikum dan salam sejahtera pelawat wanmus.com..dah lama rasanya tak post berkaitan internet marketing atau yang berkaitan dengannya kan..Ok, sebenarnya saya tidor lewat (rasanya lepas subuh kot) arini sebab nak test apa yang ada dalam pakej laman sosial bro faizalhamid. Maaf lambat bagi review sebab kekurangan masa. So review saya kali ni bukan sekadar bercakap dari bacaan sahaja tapi dari segi praktikal yang telah saya buat dan hasilnya..

Ok..pakej ini nampaknya lebih memfokuskan bagaimana dengan anda dominasi Facebook, Twitter dan Youtube (video) membolehkan anda mendapat jualan yang lumayan. Kenapa lumayan? Sebab kuasa laman sosial ni memang kuat. Tengoklah bilangan pengguna diorang sehingga Jun 2009:

  • Facebook 200,000,000 pengguna.
  • Classmates 50,000,000 pengguna.
  • Myspace 253,000,000 pengguna.

Dalam pakej ini ada 7 video (+1 video bonus) dan 1 ebook panduan dibekalkan kepada semua pembeli. Ebook 26 muka surat adalah ringkasan atau catatan yang perlu anda baca untuk mendapat idea dan tujuan setiap apa yang akan di ajar dalam 8 video tu nanti. Saya baca pun pening sebab banyak sangat term nak kena faham dan tahu. tapi saya baca sekali imbas je dan amik point2 pentiang dalam ebook tu. Ebook ni juga macam manual book lah kalau korang sesat nanti boleh refer balik. Tapi mesti baca ebook panduan dahulu sebelum tengok video kecualilah anda dah familiar dengan Facebook, Twitter dan youtube.

Ok, saya teruslah ke video ek..so video ada 8 video termasuk 1 video bonus yang memang sangat berguna saya rasa Video awal-awal kebanyakkannya memberi penerangan secara ringkas dan tak terlalu detail kerana fokus utama pakej ini ialah pada beberapa video akhir.

  1. Video 1 – Langkah Bina Website Perniagaan. Dalam video ni anda diterangkan bagaimana nak register nama domain dan hosting. Selepas itu anda ditunjukkan bagaimana nak setup laman web menggunakan web template atau blog platform. Untuk menjual produk, anda memang memerlukan satu laman web yang dapat menarik pelanggan untuk membeli. JOMHosting juga menawarkan pakej yang terbaik.
  2. Video 2- Bina squeeze page (minisite) dan daftar email marketing. Bagi bina minisite tu sama sahaja dengan untuk bina web kat video 1 jadi diterangkan secara ringkas sahaja. Untuk email marketing ini, anda akan diajar bagaimana untuk daftar dan penerangan ringkas mengenai fungsi email marketing ini. Jika anda perlukan panduan minisite, anda boleh dapatkan di panduan mudah bina minisite.
  3. Video 3- Cara mempromosi laman web anda. Untuk video ini, diajar cara bagaimana untuk mempromosikan link web perniagaan @ blog anda. Cara ini memang berkesan.
  4. Video 4 – Wajib daftar. Haa..kat sinilah mulanya special ebook ni. Anda diwajibkan mendaftar secara percuma di beberapa laman web untuk digunakan selepas ini. Siap step by step lagi diajar cara untuk daftar dan antaranya konfirmlah facebook dan twitter.
  5. Video 5 – Link. Yang ni pun penting bagi anda untuk faham step by step bagaimana link ini berfungsi dan bagaimana nak setup..Jangan risau, semuanya di ajar dengan terperinci.
  6. Video 6 – Ini adalah versi lanjutan dari video 3. So penerangan lebih mendalam.
  7. Video 7 – Buat dan promosi video. Ini pula video cara untuk buat video dan promosikannya secara menyeluruh. Mudah dan cepat sebab semuanya ada ditunjukkan.
  8. Video 8 (BONUS) – Optimumkan fungsi twitter. Dengan video ni, barulah saya tahu bagaimana cara mudah nak dapatkan follower, optimumkan fungsi twitter, minimumkan kerja kita dan apa lagi, maksimumkan pendapatan kita.

So yang boleh saya katakan di sini ialah memang berbaloi membelinya. Sesuai untuk newbie atau orang baru mahupun otai yang nak tambah ilmu atau punca pendapatan. Nak tengok hasilnya yang saya test beberapa jam tadi? ok. Yang bawah ni ialah screenshot saya jam 11 malam tadi (31/10/09) dan sekarang dalam pukul 6 pagi (1/11/09). 554-257 = 297 follower dalam masa 7 jam dan semakin bertambah tapi ni cara bukan guna trick atau sebagainya tau.Button yang bawah gambar tu adalah button yang menunjukkan bilangan follower terkini.

twitter follower 31-10-09

twitter follower 1-11-09

Rasanya 300 follower dalam masa 6 jam tu jarang orang dapat..dan bukan senang nak dapat. Tapi saya dah buktikan. Tak guna cara viral pun tau. Cara viral ada yang bro pedagang it buat tapi saya tak guna untuk praktikal ini. Anda tengoklah jugak email saya yang bertalu-talu mendapat makluman saya dapat follower baru. Yang viral tu ialah Kuasa Viral Twitterkaboom yang memang akan explode twitter anda untuk dapatkan follower yang makin ramai.

twitter follower 1-11-09-update

Kalau anda tanya saya berbaloi ke tak beli pakej ni, saya kata SANGAT BERBALOI-BALOI!! Tambah pulak ada jaminan 60 hari wang dikembalikan tanpa soal. Memang best lah kalau macam tu kan? Tapi terpulang pada koranglah nak beli atau tak. Saya hanya nilaikan dan buktikan untuk kepercayaan korang pada produk ni. So beli sekarang pada harga RM 50 lagi. Nanti dah naik RM 100, anda dah terpaksa keluar modal 2 kali ganda..So belilah sekarang masa harga masih RM 50 ni.. Untuk membeli, dapatkan sekarang di:

Panduan Bervideo Dominasi Dan Buat Duit Dengan Laman Sosial

order-dominasi-laman-sosial



  1. pedagangIT

    nampak macam ,menarik grafik dia bro

  2. wanmus

    Memang menariklah ecover n minisite dia. tapi video biasa je. yang penting ilmu tu saya nak kongsikan..

  3. Mantra

    Memula ingat tak siap lagi minisite. Rupanya ini satu benda baru bagi saya. Jualan menggunakan video. Semuanya ada dinyatakan dalam video…

  4. wanmus

    yup..memang antara strategi. video tu menerangkan segalanya. pakej ebook dan video panduan ni memang berhasil

  5. Faizal Hamid

    kan saya dah cakap..

  6. safar

    laman social memang ada kuasa yang kuat.saya pernah melanggan emel dari IM luar negara.beliau menerangkan bagaimana menjana pendapatan hanya dengan laman social.

  7. Aqif

    Salam Wanmus. Bagaimana pula dengan teknik yang diajar tentang Facebook? Adakah promosi yang biasa kita ketahui (facebook pages / group) atau beliau mempunyai kaedah lain daripada yang lain?

    🙂

  8. wanmus

    teknik ni tak sama..tp lepas diterangkn baru sy perasan..hehe

  9. Khairudin

    Saya rasa cukup bertuah kali ni untuk menjadi wakil penjual kepada en.Faizal ni. Tak boleh lepas peluang ni 🙂

  10. wanmus

    yup memang bagus produk ni..walaupun ianya tidaklah menerangkan segalanya..tapi ianya menepati apa yang digambarkan

  11. shahrul

    Thanks atas penerangan. Nk belilah video nih.

  12. zuls

    ohh… pakej ni sesuai untuk golongan mana? Beginner, intermediatte atau advanced?

  13. wanmus

    yup..mesti beli

  14. wanmus

    Lebih kepada intermediate..beginner pun boleh jugak sebab ada yang basic di ajar dan ada yang intermediate

  15. sabree hussin

    banyak benefit boleh dapat dari produk ni