Rahsia Makan Di Dunkin Donut FREE

Penulis: wanmus Kategori: Dunkin Donut | Free | Makanan Tarikh: 19 February 2009 | 17 komen

Hehe..kali ni nak kongsi rahsia saya dapat makan dunkin donut free..betul free..Saya tak kenal pun pekerja kat situ, malah tulah kali pertama saya makan dunkin donut kat situ. Makan yang free tu pun dah cukup kenyang. Tengoklah gambar kat atas tu..Semua orang kan tahu betapa bestnya donut kat Dunkin Donut ni..Nak tahu rahsianya?

Hehe..ramai jugak yang nak tahu rahsia saya dapat makan dunkin donut free ek? Kisahnya camni..saya gi makan Dunkin Donut aritu kat cawangannya di KL Sentral aras 2 kot tepi kedai buku tu. saya gi dalam pukul 11 pagi. Mula2 tu memang amiklah donut2 5 biji sebab beli 5 kan percuma 1. Then cashoer tu cakap ada promosi untuk tambah iced coffee, so saya amik je lah

Tanpa di sedari, tepi cashier tu ade letak satu bekas yang dalam tu ada donut kecik2 tu macam gambar kat bawah ni. Banyak jugak lah. Ada dalam 12-14 biji donut. Kalau beli dalam RM6-7 kot. Tapi bekas tu ada tulis, free to try kot kalau tak silap. tapi maksudnya camtulah..

Then saya pun tanyalah kat cashier tu ” Ni boleh amik ke donut kecik2 ni?” Cashier tu menjawab “Amiklah bang, free je”. Saya pun membalas “Kalau free, saya nak amik semua boleh?”. Cashier tu pun balas “Amiklah bang semua tu, memang free pun”. So apa lagi, saya terus amik sebekas tu letak atas meja untuk kitorang telan..

Perghhh..makan yang dalam bekas tu pun dah kenyang tau. Siap ada 2-3 biji kitorang bungkus dengan donut2 besar yang beli tadi..Hehehe.. so bukannya FREE semua, tapi yang dalam bekas tu yang free..hehe..Jangan marah ek..so lepas ni kalau ramai2 serang Dunkin Donut Kl Sentral tu, saya dah boleh tersenyum sebab ramai ikut jejak saya..JOM kita serang Dunkin Donut.. Hehe..Apa pandangan anda? Tinggalkan komen skit kat bawah ni.. 🙂



  1. Mohd Safuan

    Erm, rezeki 2, jgn ditolak. tapi kata ada promosi.promosi ape ye sampai bagi free donut2 kecik tuh?
    mesti ada sebab diletakkan sebelah kaunter cashier kan..

  2. wanmus

    bukan promosi..ala-ala macam tester kot. tapi dah cashier tu cakap boleh amik semua, siap boleh bungkus lagi, ape lagi..rezeki jangan ditolak..hehe

  3. ida

    yg tu namanya munchkins… sedap… tp, xtau lak leh dpt free.. ktne lg leh free tu? if tau, inform ler…

  4. wanmus

    a’aa munckins..baru ingat namanya..hehe..thanks ida.. tempatnye ade saya tulis kat atas tu. Dunkin Donut KL Sentral..try ar gi..harap2 ada lagi lah

  5. wandy

    weh siot tak ajak aku..

  6. wanmus

    haha..manelah aku tahu dapat makan FREE..haha

  7. farin

    nak donut free jugak…huhuhu…asek ajak2 aym jer..jap lagi ayam yang datang..hehehe..belanje donut kastard 1 lori,banggg!!!

    nyum…nyum..nyum…

  8. wanmus

    hehe..rilex ar..so sape2 cuba nak dapat makan free, cubalah teknik di atas ni ek..hehe..tq

  9. samdaddycool

    …nasib baik cashier tu sporting…

    p/s- paling aku tak tahan tapaw bawak balik umah.. 😀

  10. wanmus

    haha..dah nak wat cmner, cashier tu cakap boleh je tapaw..so ape lagi, dah rezeki..hehe

  11. Raja Kamil - Perniagaan Internet

    Pergh, gila gamble kamu ni Wanmus 🙂
    Cayalah.

  12. wanmus

    hehe..memang gamble sebab time tu bertiga, tu yg berani tu..hehe..tp nak jadi rezeki kot, tu dpt free siap leh tapau lagi..hehe

  13. mirlme

    wow..
    tak kena marah gelojoh ker?

  14. wanmus

    hehe..kene marah ngan orang sebelah je..hehe..tapi jurujual tu x marah pun.

  15. Kasyidi

    Salam, bos. wah..bestnya demo makan free.

    tadop aroh kat area besut ni tadop donut stail ni.. :p

  16. wanmus

    Wsalam boh.
    hehe..tu ar susoh nok cari donut beh ginih kat besut..hehe

  17. Ronaldmohoni

    dunkin donut? kat sabah saya kurang pasti ianya ada atau tiada.