Pergilah Tonton Filem 2 Alam Dr Rozmey Tu, Memang BEST!

Penulis: wanmus Kategori: Business | Dr Rozmey | Filem Tarikh: 27 November 2010 | 54 komen

Ingatkan saya je yang duk terfikir atau terbayang macamana DDR atau datuk dr rozmey tu nak dapat kutipan RM40 juta bagi filem 2 alam yang dimasyhurkan sebagai filem terbaik tu..rupanya cek kat google, ramai yang kutuk dan pening memikirkan bagaimana DDR nak naikkan jualan tiket filem tersebut. Untuk seminggu tayangan baru RM230,000 dikutip. Perlu lagi RM39.77 juta..hohoho

Tapi rasanya baca hasil penulisan carian kat google tu, takde pun yang di tengok lagi..semuanya nak tunggu dan lihat termasuklah saya..hehe..sebab filem melayu saya takkan tengok sebelum tahu dari mulut orang lain yang cerita tu best atau hasil filem afdlin shauki..yang lain memang fikir berbelas kali kalau nk gi tengok. Yerlah rugi tu bayar tiket RM10 untuk tengok filem yang lepas tu buatkan kita tensyion dan menyesal bayar tiket tu..Betul x? rasanya ramai yang setuju ni..hehe..

Ok berbalik kepada filem DDR iaitu 2 alam ni, katanya tentang jenazah yang bertukar jantina..saya tak berani komen lebih-lebih sebab saya pun tak gi tengok lagi. tengoklah trailer kat bawah ni:

SINOPSIS FILEM 2 ALAM ( HARIAN METRO)

Seorang daripada penerbit filem itu, Imran Ismail yang juga penulis skrip 2 Alam berkata, sebelum menghasilkan filem itu dia sudah melakukan kajian selama lima tahun. Dek kerana terlalu berminat menyelusuri kehidupan mereka yang sanggup menukar jantina asal menjadi lelaki atau wanita, selain 2 Alam, Imran akan menerbitkan tiga lagi sekuel filem itu.

2 Alam bermula dengan kisah Haji Ishak (Aaron Aziz) menguruskan jenazah rakan baiknya sendiri yang bertukar jantina daripada lelaki kepada perempuan. Tiga lagi sekuel filem itu turut memberi fokus utama kepada watak Haji Ishak yang menjadi tunggak utama dalam keempat-empat filem itu.

Jelas Imran, 2 Alam bermula dengan perjalanan hidup Adam dan Ishak di mana mereka bersahabat baik sejak kecil. Meningkat dewasa, keluarga Ishak menghantarnya belajar di Mesir dan sekembalinya dia ke tanah air menjadi ustaz dan guru agama di kampungnya. Manakala Adam pula dihantar belajar di United Kingdom dan terpengaruh dengan kehidupan sosial di sana.

Daripada seorang yang dilahirkan sebagai lelaki dia menukar jantina menjadi wanita jelita bernama Amy. Menariknya kedua-dua watak Adam dan Amy itu ditangani pelakon baru dari Singapura, Suhaillah Salam. Selepas ‘menjadi’ Amy, dia berkahwin dengan lelaki mat salih dan menjalani hidup kebaratan.

Selepas berpisah dengan ‘suami’ mat salihnya itu, Amy pulang ke tanah air menjadi penyanyi dan pelakon terkenal.

Dia berkenalan pula dengan seorang jejaka yang wataknya dipegang Royadi. Untuk mengetahui apa terjadi pada Amy seterusnya nantikan tayangan filem itu pada Mei ini.

Lagi berita menarik untuk Filem 2 Alam ini:

2 Alam Filem Terbaik Selepas 40 Tahun – Dr Rozmey

Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam

Preview Filem 2 Alam Dr Rozmey Yang Hancur!

Apapun saya bangga ada businesman macam ni. Kenapa?

  1. 1. DDR tak pernah fikir negatif
  2. 2. DDR akan cuba sebelum tahu gagal atau tidak
  3. 3. Walaupun orang kutuk, dia tak keluarkan statement kutuk org tu balik. Dia masih tetap berfikiran positif
  4. 4. Over confident sampaikan ramai jeles dan kutuk (termasuk saya sendiri 🙂 )
  5. 5. Berbangga dengan diri sendiri dan jenama sendiri DDR.
  6. 6. Berjaya menjadi bualan dibibir orang ramai setiap kali baca Metro
  7. 7. Stylo rambut dan bow tie dia tu buatkan ramai tak leh tidor malam
  8. 8..korang tambah sendiri lah..

Susah nak kata..wallahualam



  1. akuorgkmpng

    ya smoga dia juga mndpt pngajaran yg sckupnya..
    jgn la over confident

  2. akuorgkmpng

    hahaha..
    trus x jdi tu..
    kesian kt dr rozmey..

  3. akuorgkmpng

    tau xpa..
    lain kali buat la filem pasai mcmna nk kurus..hahahhaha

  4. akuorgkmpng

    siap ada yg x mengaku tengok filem dr rozmey ni..
    ada masuk dlm paper ari tu..
    wrtwan nk temuramah.. tapi depa kata x tgok..
    padahal bru kluar pintu pnggung..
    hahaha