Ingat tak email2 forward yang kata korang boleh duit atau menang hadiah jika forward email tu banyak2?? Haaa..korang tau tak korang semua kena tipu??!! Yup..DI TIPU! semuanya dibuat semata-mata untuk kumpul list email yang valid sebanyak mungkin dan jual untuk promosi SPAMMING! Geramm tau..sebab email saya termasuk sekali..Ni semua sebab ramai yang rajin sangat forward email tu. Ni terbongkar tadi bila saya cek email. Bila pulak saya jadi customer dia..penipu semua tu
Modus operandi diorang tu bentuk viral yang korang tak sedar sebenarnya..camni.. Korang dapat email tu dan kata jika korang forward, korang berpeluang menang hadiah atau dapat duit kan? contohnya USD0.15 untuk setiap email yang di forwardkan..so anda pun semangatlah forward sebanyak mungkin. Tapi syaratnya, korang mesti masukkan jugak email dia tu cthnya succesever@gmail.com ke dalam list forward tu..so si penipu tu akan auto dapat email member2 korang tu.
katalah sorang forward kat 20 orang. Kalau 20 orang tu forward pada 20 orang lagi..20 orang tu forward pada 20 orang lagi..dan begitulah berpanjangan sampai beratus ribu yang forward..
Tapi diorang nak buat apa ngan email banyak-2 tu?
Semua DI JUAL!!! yup anda nak tahu harganya? “We sell it each 10k=rm100” yup.. 10,000 email dijual Rm100..kalau 50,000 ialah RM500.. giler ke ape..modal free je tapi jual mahal nak mampus..so tengoklah, diorang buat duit dengan hasil kerja korang.
This list is fresh and just collected (4/03/10). We collected it manually and gathered from business forwarding emails
Huhu..tak tahulah diorang akan jual email tu pada sape..kalau pada along macamana? katakanlah along tu buat iklan dan ada kawan anda tertipu, and tak rasa bersalah ke? semuanya kerana anda yang forward email mereka..so tolonglah lepas ni kalau ada email kata menang apa2 tu, jangan percayalah..tak ada orang nak bagi duir free ni..
satu lagi..tolong jangan beli senarai email ni..sebab anda telah terlibat dalam melakukan spamming yang salah di sisi undang-undang..so jauhi..
buruk perangai btol la diorang tu..
Spam lagi…. tensionnya… 🙁
haihh..aku benci betul spammers ni..memang aku tak percaya benda2 camni..mana ada dalam dunia sekarang orang nak bagi duit free2 atau sennag2 je??aiyaa..
btw..blog ni sanagt biru kan??hehhe..cool..
memang buruk perangai..tu yang kena perangi
jom kita spam minah tu balik..nyampah betul
spammer ni memang menyusahkan hidup je..wat penuhkan email je..
yup, memang tema kebiruan untuk ketenangan..hehe
Spam ke… 2 pam…??? Hahaaa..
Asyik menyepam-nyepam jer kerja dia orang ni…
dah keje diorang bro..tu yg kita kena perangi benda ni..dah menyampah
Huhuhuhu..aku nak dpt 50 orang yg sertai mailing list akupun dalam sehari bagai nak rak. ni beli ngan spammer camni, tup tup, sekelip mata je dapat 100k senarai email..wow…hahahaha…alah, dalam org2 camni duk forward2 email, xsemua email valid.. penjual senarai email main ceduk aje…dalam 100 email, belum tentu 50 yg valid.
Semakin hari semakin licik diorang untuk menggunakan teknik spam. Hampeh tol!
Rokok sepam..
makin licik utk spam~ so bro cmne nk elak mnde ni? dah mark as spam pon masih masuk inbox. adui
ramai nak benda yang senang jer.usaha tak nak langsung.takde istilah duit dtg bergolek..
ish ish ish…takde etika langsung…nak senang je…cube la bersusah dahulu..I HATE SPAM!!!!!
tu ar tapi mesti ada yg beli jugak ni
ni taktaik dah lama..n ramai jugak yang masih tertipu
hisap rokok makruh..haha
takde cara lain..nampak je tajuk pelik2, delete aje..jangan baca pun,
tapi tetap ramai nak yang bergolek ni
sekarang ramai tak kira etika.asalkan boleh jadi duit, semua mereka sapu
I hate spammers..i hate spammer..i hate spammer..ginila bunyi kempen kite bro..
i really hate spammer
kebanyakkan mereka yang hantar bulk emel tu orang2 keje kat ofis, mereka tak faham dan tak tahu kesan perbuatan tu, ada satu kes lebih kurang bunyi “Bill Gates nak bagi duit tapi kena hantar ini emel kepada 20 orang dan CC kepada penghantar tu”, abis emel aku pun diorang masukkan. Sekali aku buat entry reply kat semua emel tu, yang diorang balas “Alah, kita hantar je bukan kena caj duit pun…” adoyai senang je jawapannya..huhu nak je aku tempeleng
lama-lama leh jadi masalah negara nie….
spammer yang paling aku skit atio adalah spammer yang kononnyewr dari maybank cam silaker
macam2 hal nk cepat kaya!xsuka betul email spam ni