Mudahnya Nak Berniaga Di Internet Sekarang Ni..
Sekarang semua dah mudah..Nak makan, Nak bergerak, Nak rileks, Nak macam2 lagi semua mudah je..Semuanya dah disiapkan untuk anda..hmm siap ada pakej lagi tu..Kalau di zaman tok nenek kita dulu, nak makan pun susah kena cari sendiri, kena kupas sendiri, kena masak sendiri. Sekarang ni bayar je, zuuppss terus sampai apa kita order.. Macam tu jugak nak berniaga sekarang ni..
Sangat mudah!
Yerlah kalau dulu nak berniaga perlukan kedai, lesen, kelulusan dan macam-macam lagi. Tapi sekarang makin mudah.Lagi murah pulak tu. Tak caya? Ok, senang kira lah..Sewa kedai paling kurang RM800 sebulan lah termasuk api dan air..Tu tak masuk gaji pekerja yang tolong jaga kedai kita lagi. Setahun dah berapa? Untuk sewa dan utiliti saja anda dah habis RM800x12= RM9600 setahun. Campur gaji pekerja, minyak kereta, sewa parking lagi..mau jadi RM15K-20K atau dalam 1500-1700 sebulan..tu minimum tau..
Sekarang tak perlu dah!
Iya, tak perlu kedai tapi perlukan kedai online. Anda sorang handle pun boleh. Yerlah, tunggu duit masuk, hantar barang..tu je tugas anda. mudah kan?? Kenapa tak perlu upah pekerja? Takde kedau macamana nak berniaga? Semuanya kini mudah jika perniagaan anda diuruskan online oleh Niagakit yang dikeluarkan oleh Team Flarebiz.
Apa itu niagakit?
Secara ringkas, Niagakit merupakan salah satu sistem kedai online yang terawal di Malaysia dan dalam dua bahasa tau. Sistem kedai online Niagakit ini dibangunkan oleh usahawan internet untuk membantu individu yang berminat untuk menjual produk mereka secara online. Hanya usahawan internet yang sebenar memahami apa yang diperlukan oleh seseorang individu untuk menjual produk secara online.
Dengan sistem Niagakit semuanya menjadi mudah dan ringkas. Pengguna boleh melakukan semuanya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan. Para pengguna juga tidak perlu lagi membazir masa dan wang ringgit untuk memilih sistem kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan. Semuanya telah disiapkan untuk anda tau.
Selain produk berkualiti, laman web jualan yang menarik juga SANGAT PENTING untuk menarik jualan bagi suatu perniagaan internet.
Nak tengok bentuk niagakit
Jom kita tengok bentuk niagakit ni sebenarnya dan bagaimana bila dah siap. Ok. di bawah ni ialah contoh salah satu web jualan yang menggunakan sistem niagakit. Cantik, mudah dan menarik.. Anda boleh menjual hampir apa sahaja tau. Tak perlu pening-pening dah.
Apa Kelebihan Niagakit Ni?
Banyak sangat kelebihan yang mungkin tak ada pada sesetengah shoping cart sistem.
- Rekabentuk ringkas, kemas dan cantik..memang tak dapat dinafikan
- Variasi Warna : 10 warna tema diberikan..boleh tukar-tukar
- Paparan Produk Yang Berbeza : paparan secara list view ataupun grid view.
- Tiada Had Produk : sumbatlah seberapa banyak produk anda nak jual..Iya, UNLIMITED PRODUCTS
- Urus Harga Dengan Bebas : Harga dipaparkan dengan menarik dan boleh letak diskaun % lagi
- Satu Produk, Pelbagai Variasi : 1 jenis produk tapi pelbagai warna atau saiz? sekali post je, semua siap
- Penggunaan Kupon : Tawarkan kupon potongan harga untuk menarik lebih pelanggan
- Imej Tambahan : Gambar boleh letak banyak2 untuk satu2 produk bagi meyakinkan pelanggan
- Pembayaran Melalui Bank Tempatan : Bayar menggunakan bank Malaysia? tak ada masalah. Sangat memudahkan
- Bukti Pembayaran Melalui Bank Tempatan : Borang untuk hantar bukti pembayaran pun dah disediakan.
- Kredit Kad & PayPal: Ni untuk pembayaran lain atau dari oversea..mudahnya
- Menyokong NBePAY : NBePAY ni sistem pembayaran keluaran Malaysia, macam paypal jugak. Tapi boleh untuk bank Malaysia..lagi memudahkan kerja anda..tau-tau je duit dah masuk, dah boleh pos barang
- Mesra Pelanggan : sangat mudah nak guna. Pelanggan pun tak pening nak buat pembelian.
- Maklum Balas Secara Terus : Pelanggan boleh hantar testimoni atau review produk dan servis kita secara terus. Naah..bertambah lagi nilai tambah dalam perniagaan anda.
- Promosi Produk Dengan Social Bookmarking : Peluang pelanggan anda nak share dengan kawan2 nya di social bookmark dan social website seperti facebook..bertambah lagilah pelanggan anda $$$$$
- Urus Jualan Anda Dengan Teratur : Sebelum ni tulis dalam buku tiga lima je, sekarang tak lagi..semua sistem niagakit uruskan. Tak perlu tekan kalkulator dah
- Rekod & Kaji Jualan Anda : Data semua dah disimpan rapi dalam database sistem. Report pun boleh semak setiap masa..boleh nilai performance jualan kita. Nak cari, search je..
- Penetapan Kos Penghantaran Fleksibel : Boleh menetapkan kos penghantaran mengikut berat, kuantiti ataupun secara tetap. Jadi pelanggan tak perlu pening nak kira jumlah bayaran berapa nanti
- Pelbagai Pilihan Bahasa : BM atau BI? semudah satu klik je tukar antara 2 bahasa ni
- Widget tambahan : Nak letak iklan boleh, chatbox boleh..kotak undian pun boleh..
- Mesra SEO : “Search Engine Optimization” ni yang penting untuk pelanggan jumpa perniagaan anda. Bila pelanggan search di Google je, laman web jualan anda akan berada dalam list carian tersebut.
- Ruangan “Featured Products” : Promosi produk lain juga semasa pelanggan tengok produk lain..Nah..bertambah lah sales anda lepas ni..
Memang banyak kelebihannya. Tak macam shopping cart lain. Ianya sangat mudah nak digunakan oleh pelanggan kita dan kita sendiri nak uruskan pun mudah.
Susah Ke Nak Uruskan Niagakit?
Mudah sangat-sangat..lagilah dalam Bahasa Melayu semua arahan..mudah sangatlah nak guna. Gambar bawah menunjukkan paparan di bahagian admin..kemas dan mudah difahami kan? Ok, untuk mudahkan korang nak guna sistem ni, siap ada video tutorial ajar macamana nak uruskan niagakit ni. videonya di bawah ni.
Video 1 : Cara mudah menguruskan sistem dan pembelian menggunakan niagakit ni
Video 2 : Cara mudah memasukkan widget tambahan
Nak trylah..Free je
Iya, anda boleh test drive dulu sistem ni..free je tau nak test guna. macamana? ini stepnya.
- Masuk ke laman Niagakit
- Pergi ke bahagian “Cuba Demo Niagakit”
- Masukkan nama dan email anda diruangan disediakan
- Klik “CUBA DEMO”
- Sila semak email anda, detail login untuk demo dihantar terus ke email anda.
Really memang puas hati. Test dulu dan tengoklah kehebatan hasil sistem anak tempatan kita sendiri sekarang. Jangan lupa untuk test drive niagakit sistem kedai online mudah Malaysia.
Antara Testimoni
Ketika saya baru nak mulakan perniagaan internet, saya ragu-ragu dengan sistem NiagaKit. Adakah berbaloi dengan harga yang ditawarkan? Namun, selepas saya sendiri mencuba sistem NiagaKit ini, hasilnya sangat memuaskan. Support teknikal yang diberikan oleh team NiagaKit boleh dipuji kerana sentiasa memberi maklumbalas yang sangat pantas. Saya telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih untuk memiliki sistem Niagakit kerana ia adalah satu pakej yang sangat lengkap dan paling penting ‘support after sales’ yang bagus!
Alif Zulhilmi – www.SoccerPitStop.com
Dalam banyak-banyak ecommerce yang pernah saya jumpai, Niagakit v2 adalah paling murah dan sempoi. Niagakit v2 saya telah booking 2 bulan sebelum di lancarkan. Dua sebab menarik bagi saya tentang Niagakit 2 ini adalah tiada limit list seperti ecommerce lain dan mempunyai susun atur yang mudah.
Nabieel– www.eSaveBudget.com
OPPPSSS..Nak bonus tambahan??
- 1- PERCUMA 1 tahun domain .com/.net
- 2- PERCUMA 1 tahun Web Hosting 1GB
- 3- PERCUMA submit url anda ke 100-140 search engine & directories
Berminat? Tinggalkan komen di bawah dengan mengatakan anda berminat untuk dapatkan BONUS dan saya akan hantarkan detail ke email anda.
29 March 2010
Masa 3:13 pm
Macam kurang ikhlas je post ni. Hehe..
29 March 2010
Masa 3:54 pm
hehe..review ikhlas ni bro
29 March 2010
Masa 5:14 pm
Kalau review ni dibuat esok barulah saya percaya ianya ikhlas. Hehe
29 March 2010
Masa 6:25 pm
berminat utk dptkan bonus .
sila hantar detail
Ibrahim
29 March 2010
Masa 8:13 pm
Memang best sistem niagakit ni.
Insyaallah nanti nak dapatkan satu juga untuk sendiri.
Cayalah orang malaysia !!
30 March 2010
Masa 12:41 am
Oooo….buat review yea?
Haha!
30 March 2010
Masa 12:42 am
esok dah tak bermakna..hehe
30 March 2010
Masa 1:09 am
memang sngat best dan rugi jika peniaga online tak dapatkannya..cuma mungkin masalah kat kos tu..tapi jika kena dengan bisnes, insyallah pelaburan niagakit tu sikit sangat berbanding untung yang akan dapat
30 March 2010
Masa 1:10 am
hehe
30 March 2010
Masa 3:58 am
Insyallah kalau ada produk akan gunakan sistem niaga kit ni.mantap juga..
31 March 2010
Masa 7:22 am
Saya ingat garis2 tu dah menunjukkan habis entri, tapi belum rupenye.hehe.
01 April 2010
Masa 2:29 pm
panjangnya review..
sya selalu pakai mudah.my shj..senang cari buyer..free somemore..tp klu ada brg nak jual, blh jugak cuba niagakit nie..
02 April 2010
Masa 3:08 am
meniaga memang mudah.. tapi hati2.. banyak skim cepat kaya kat internet ni..
02 April 2010
Masa 1:11 pm
niagakit nie bagus… erm kena cari barang2 apa nak jual ek?? hehe..
03 April 2010
Masa 8:40 am
[…] domain untuk blog, web atau perniagaan online anda sekarang dengan syarikat kami yang telah memasuki pasaran […]
06 April 2010
Masa 1:43 am
Bagus review ni dan terima kasih di atas review ni. Bonus yang ditawarkan juga menarik.
Apa macam jadi tak mini-seminar di Johor? 🙂
06 April 2010
Masa 9:04 am
hihi..ternampak testimonial soccerpitstop 😛
06 April 2010
Masa 11:38 am
hehe..ada can menang ke ni labanon? seminar tu saya dah reply, insyallah jadi kalau tak ada halangan bro 🙂
06 April 2010
Masa 11:39 am
memang sgt bagus..apa2 barang pun leh jual
06 April 2010
Masa 11:44 am
tapi sistem ni untuk jual barang kat internet..berniaga apa pun, mestilah nak jujur baru betul bisnes tu
06 April 2010
Masa 11:53 am
yup. tapi mudah.my tu free dan kita tak ada total management system. kalau guna niagakit ni, kita sendiri boleh kawal semuanya
06 April 2010
Masa 12:01 pm
memang sgt disarankan
06 April 2010
Masa 12:02 pm
belum..panjang lagi..hehe
07 May 2010
Masa 12:56 pm
cam best je… bole di pk kan
08 May 2010
Masa 1:02 am
berniaga di internet dengan produk fizikal… di review oleh tuan wanmus hehehe.. aritu dah dapat hadiah oleh adly.. no 1 lagi hehehe…
07 February 2011
Masa 3:21 pm
niagakit masyuk…teringin gak nak guna niagakit ni tapi stkt ni banyak guna platform free macam zencart tak pun facebook jek
07 February 2011
Masa 3:24 pm
potensi nak dapat buyer dari Fb lagi senang…
07 February 2011
Masa 7:17 pm
memang mudah sekarang banyak sumner dah sekarang nih
08 February 2011
Masa 12:58 am
Niaga kit terlampau mahal memng tak sesuai kalo newbie nak buat selain ader modal banyak lah
08 February 2011
Masa 1:01 am
Tak faham sangat pasal perniagaan coz masih bersekolah dan Yied masih bawah umur