Mudahnya Bayar Zakat

Penulis: wanmus Kategori: Islam | Pelaburan | Saham | Zakat Tarikh: 05 July 2011 | 10 komen

Alhamdulillah..minggu lepas selepas sembahyang jumaat, terus drive ke Kaunter Zakat kat Tmn Melawati..dapat juga pergi ke pejabat zakat ni sebab memang dah lama nak tanya soalan2 yang tersimpan dalam kepala ni..yerlah nak tanya orang pun, baik tanya orang yang lebih arif kan..Haa..jangan takut, memang mudah je bayar zakat..mesti korang pun pening kan cara macamana nak kira zakat? sangat mudah dan senang je..

Ok..sampai2 je tengok macam gelap je.dah betul dah kat atas tu tulis Kaunter Zakat Lembaga Zakat Selangor..tapi bila pergi dekat dah buka rupanya cuma cermin gelap skit. Masuk tu amik nombor dan tunggu..takde orang lagi masa tu..then keluar pegawai kat kaunter dan panggil nombor saya.. saya pun terus ke kaunter dengan semangat sebab nak tahu banyak benda..yerlah nak tanya depan orang, kita ni kekadang malu..hmmm tu lah, malu dengan benda tak tahu..huhuu..

Jadi ni saya cerita bukan nak bangga atau nak maklumkan 1 dunia!!! tapi nak share..sebab saya tahu mesti ramai orang macam saya ni..lagi2 yang kerja sendiri ni..memang bab ni jeles skit yang kerja dengan majikan atau kerja kerajaan sebab korang dah dapat slip gaji dan sangat mudah nak gi uruskan zakat tau..saper yang dah ada slip gaji tapi tak bayar zakat jugak tu, tak tau lah..

Zakat pendapatan ni tak semestinya gaji tau..apa benda yang memberikan kita pendapatan, ianya patut dibayar zakat jika cukup nisabnya..

ok sambung cerita tadi..Bila bagitau nak tanya tentang zakat pendapatan dan perniagaan, dia pun refer saya kat pegawai yang lebih arif..namanya encik kamarul. Saya tanyalah macamana nak kira zakat pendapatan dan perniagaan sebab saya ni kerja sendiri dan kekadang takde proper statement..tapi mujurlah akhir2 ni dah ada proper management terutamanya bahagian kewangan, dapatlah bagitau detail sikit pendapatan dan keuntungan perniagaan..

Untuk zakat pendapatan, secara mudahnya, kirakan gaji/pendapatan korang untuk setahun. Contohnya gaji/pendapatan bulanan purata RM2500, setahun RM30,000. Kemudian gunakan kalkulator zakat pendapatan di http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-pendapatan/ .

Tips: Kalau permulaan, isikan je bahagian pendapatan secara purata. Kemudian isi dulu bahagian BAHAGIAN C : TOLAKAN HAD KIFAYAH. pilihlah kalau dah ada isteri atau pun anak. Kemudian tekan butang “KIRA” kat bawah tu..ada hasilkan?? haa, pastu review balik ruangan2 kat atas tu, isikan sebaiknya dan tekan butang “KIRA”..ini memudahkan korang untuk nampak secara kasar pendapatan korang kene zakat atau tak.

Jangan risau, banyak tolakan yang boleh membantu mengurangkan bayaran zakat, antaranya:

  1. 1- Tanggungan isteri dan anak
  2. 2- Langganan takaful atau insurans yang berlandaskan syariah
  3. 3- Tanggungan ibu dan ayah (jika ada)
  4. 4- Tabungan di tabung haji atau koperasi syariah

Tapi jika korang belum pernah lagi mendaftar untuk bayar zakat, saya amat sarankan pergi ke mana-mana kaunter zakat..best sangat sebab korang boleh tanya macam2 dan minta pegawai tu kirakan untuk anda. Lepas dah tau nilai, lepas ni boleh wat bayaran guna online je dah. haa pada yang tak bawa duit masa tu, jangan risau sebab mereka terima kad debit dan kad kredit yang terpilih (biasanya yang islamik).

Yang bestnya bila korang keluar dari pejabat zakat tu, rasa tenang sangat..lagi2 masa ustaz tu bacakan doa untuk kita..pergilah..biar lewat hari ini tapi jangan terlewat di akhirat nanti..lagi-lagi bila dah ada family..ada anak..semoga rezeki kita lebih diberkati..insyallah..peringatan untuk kita semua termasuk diri yang lemah ini..

So apa lagi? lawatilah segera kaunter-kaunter zakat terdekat..pada yang berada di KL atau Selangor, boleh semak kaunter zakat terdekat di Senarai kaunter zakat Selangor dan KL.

 



  1. Terima kasih atas perkongsian yang berguna 😀

    Artikel terbaru:
    Facebook – Medium Komunikasi Utama

  2. mun

    Saya memang da lame terpiki nak baya zakat nie. Tapi x tau cmne nak wat pembayaran tue.

  3. Raja Kamil

    Terbaik information ni.
    Saya share di FB ye…..

    PS : Sebelum ni buat kira-kira sendiri berdasarkan buku sekolah dulu je…..Tu pun sure tak sure je….Alhamdulillah, sejibik macam Wanmus cakap.

    Malu nak tanya (Malu apa pun tak pasti).
    Mungkin perkataan yang lebih sesuai, tidak tahu nak bertanya di mana.

    Rupa-rupanya, kaunter Zakat pun boleh.
    Biasa orang beralasan tak nak keluar zakat sebab tak tahu duit zakat tu akan salur di mana. Ye lah, ada rumours kata, duit tu tak sampai lah macam-macam lagi.

    Tapi bila saya fikir-fikir semula, itu tanggungjawab diorang, tanggungjawab kita WAJIB bayar zakat, so selesaikan tanggungjawab kita dulu.

    Terbaik Wanmus.

    Terima kasih;

  4. wanmus

    harap lebih ramai mula membayar zakat 🙂

  5. wanmus

    mudah dan SANGAT MUDAH..just pergi ke kaunter zakat, mereka akan bantu untuk kira sebaiknya dan dengan mudah..insyallah kita mudah beribadah ni, Allah akan permudahkan rezeki pada kita nanti..

  6. wanmus

    boleh bos..sebaiknya share untuk kita sama2 kongsikan info ni..takpe bos, kita kerja sendiri ni memang camtu..tu baik kita purata setiap bulan..then nanti cerita kat pegawai kat kaunter..insyallah mereka akan tolong..

  7. mun

    saya pun nak mintak kebenaran share kat fb saya..

  8. wanmus

    Boleh.sgt disarankn

  9. mohd syafiq

    saya kat luar negara. masih belajar lagi, tapi income ada la skit-skit untuk tambung makan kat sini. wajib bayar ke zakat pendapatan. Sorrylah dah lama tak balik mesia dan memang x arif tentang zakat pendapatan kecuali zakat fitrah je

  10. wanmus

    kalau dapat income sikit2 tu memang jawabnye tak wajib. untuk negeri selangor n KL ni, nisab RM10,650. jadi kalau awak ada lebihan dari tolakan yg saya cerita kat atas tu, dan lebih dari Rm10,650 untuk setahun, wajib bayar..so lebih kurang RM880 sebulan.jika lebih dari nilai nisab nu, wajib bayar zakat pada 25% sahaja 🙂 rasanya tak cukup lagi kan? 🙂