Lebih Berilmu Dan Berinformasi

Penulis: wanmus Kategori: Blogger | Fuhyoofm | Internet | internet marketer | Radio Tarikh: 27 December 2009 | 3 komen

sidang-blogger

Apa yang lebih berilmu dan berinformasi? itulah slogan tempat yang saya dan para blogger & im JB berkumpul pada malam 16 Disember 2009 yang lepas untuk satu upacara yang saya rasakan meriah dan special walaupun tidak sebegitu besar. Apa yang meriahnya? Apa aktivitinya? Apa yang dimaksudkan?

konti-fuhyoofm

sebut-betul-betul-fuhyoofm

Ianya ialah perasmian radio internet pertama berunsurkan pendidikan iaitu Fuhyoofm dan FMCC (Fitrah Media Commercial Center).  Anda boleh layari web mereka di fuhyoofm.com. Fuhyoofm diuruskan oleh Fitrah Media Enterprise (FME) iaitu syarikat bumiputra yang banyak menguruskan kem motivasi dan radio sekolah sekitar Johor. Sedikit info berkaitan FME:

Pengenalan.
Fitrah Media Enterprise telah ditubuhkan pada 13 Julai 2006 dengan no pendaftaran : JM0434322-D.

Alamat perniagaan (dahulu):
No : 10,
Jalan Molek 1/22, Tmn Molek, 81100 Johor Bahru

Kini berpindah (alamat sekarang)
No. 3A, Jalan Padi Mahsuri 12,
Bandar Baru UDA,
JOHOR BAHRU.

Jenis perniagaan.

Membekal peralatan Studio Radio Sekolah, Peralatan computer dan multimedia, Pengurusan acara, Bengkel Asas Penyiaran, Kursus pendek , seminar dan motivasi keusahawanan.

Sejarah.

Fitrah Media enterprise dipelopori oleh 2 orang individu yang sememangnya ahli dalam bidang penyiaran ini iaitu.

Ketika ini syarikat Fitrah Media Enterprise di terajui oleh En. Harun Omar bekas Ketua Berita radio best 104 dan En. Marzuki Ismail yang juga bekas Dj Best 104. Pengalaman luas mereka dalam bidang penyiaran ini dimantapkan lagi dengan sokongan seorang lagi bekas dj Best 104 iaitu saudara Badrulzaman Ismail, juga merupakan bekas seorang guru.

Sesuai dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang penyiaran radio yang berbelas tahun itu, maka mereka menggerakkan usaha untuk memperkenalkan konsep radio sekolah kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk menggunapakai konsep ini.

Idea ini nampak simple iaitu berkongsi pengalaman dan ilmu penyiaran dengan pelajar sekolah tetapi mempunyai impak yang besar kepada pelajar terbabit di mana mereka akhirnya akan dibentuk menjadi personality yang dikenali, berketerampilan, bijak berkomunikasi dan berdaya saing.

Sewaktu awal penubuhan syarikat dulu, idea ini sekadar suka-suka. Ketika itu kami merasakan ilmu dan pengalaman ini akan terkubur begitu sahaja sekiranya tidak dikongsi bersama orang lain. Sedangkan di luar sana begitu ramai yang amat berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai bidang penyiaran ini. Jadi mengapa tidak kami masuk gelanggang dan sekaligus berkongsi ilmu bersama mereka yang satu kepala.

Program bermula dengan perasmian oleh YB Adam dan penerangan ringkas tentang operasi fuhyoofm dan FMCC oleh bro rohaizad. Selepas itu, majlis MOU oleh FME dan DJ 2010..yang menariknya, kesemua DJ adalah masih budak sekolah. Kemudian selepas jamuan, kami di bawa melawat sekitar tempat berkenaan..memang best. Dan last sekali, ada sidang blogger..Apa tu? biasanya kita dengar sidang media kan? kali ni ditukar kepada sidang blogger di mana blogger dijadikan media utama untuk fuhyoofm ini..menarik kan? sebab tak pernah dibuat orang..

P1000257

dj-fuhyoofm

Konti-dj-fuhyoofm

fmcc

Yb-adam-fuhyoofm

sidang-blogger

Atas ni beberapa gambar sekitar majlis tersebut..Alhamdulillah banyak benda dapat difikirkan pada malam tu..bila suruh blogger dan im memberi pendapat memanglah tak cukup masa..yerlah idea banyak dalam kepala tapi tak sempat nak dilaksanakan je sebelum ni..Nantikan juga suara-suara im dan blogger jb berkumpul di konti pada malam 31 Disember nanti sama-sama sambut New year..jangan risau, ianya pasti berunsur “SESUATU YANG MENARIK” dari kami team blogger & im JB (TEBIM-JB)  🙂

*sorry sebab lambat update post ni



  1. Zairi Zaidi

    Mantap2…

  2. wanmus

    insyallah nanti malam new year, nantikan kami on air beramai2.. 🙂